Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2020

Lirik Lagu Sungai Lui - Aizat Amdan

Baru-baru ini aku terdengar semula lagu lama dendangan Aizat Amdan ini, Sungai Lui. Ada apa dengan lagu ini? Aku pasti setiap orang pasti ada lagu yang menjadi memori-memori dalam kehidupan seharian masing-masing kan? Samada saat sedar ataupun tidak.  Begitu juga aku. Lagu ini bukan lagu favourite aku. Tapi, pada ketika itu situasi itu membuatkan aku tanpa sedar menjadikan lagu ini penguat aku ketika melalui situasi itu' di 'situ'. Untuk melalui hari-hari yang mendatang dengan positif, dengan happy. Saat jasad aku disitu, tetapi minda dan hati aku tiada di tempat itu.  Ketika itu, ada seseorang di situ. Hanya dia seorang yang aku rasakan seolah-olah menyebelahi aku. Seolah-olah dia mengatakan yang aku tak perlu risau, kerana di sini tempat aku. Tapi, akhirnya aku dan dia tetap tidak mampu untuk melakukan apa-apa.  Setelah sekian lama aku menanti, akhirnya detik itu tiba. Pada waktu yang tepat, aku mengundur diri dari situ dengan hati yang lega dan bebas. Kerana aku