Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Makanan Pertama Bayi Anda Ketika Berusia 6 Bulan

  Makanan pertama merupakan asas makanan yang paling penting sekali ketika bayi memulakan makan seawal usia 6 bulan. Sangat penting untuk ibu bapa memastikan anak-anak memulakan makanan pertama seperti yang disarankan oleh doktor, mendapat makanan berkhasiat mengikut usia dan menjadikan bayi tidak memilih makanan. Selain itu, kita juga boleh merujuk buku pink (kerajaan sahaja) sebagai panduan untuk memberi anak makan. Baru-baru ini, Nadhie hanya mampu menggeleng kepala apabila melihat seorang yang bergelar ibu anak dua, (yang Nadhie kenal)  memberi anaknya makanan manis seperti kek, coklat dan aisrkim ketika baru sahaja berusia 6 bulan. Allahu. Terkedu seketika dibuatnya. Apatah lagi anaknya itu sudah sedia obes sebelum dibolehkan makan lagi.  Tak tahu nak kata apa apabila yang emaknya pula berbangga-bangga apabila melihat si kecil itu bagai tidak keruan menginginkan kek lagi.  Nak tegur risau pula kecik hati. Apatah lagi kita pun masih baru lagi bergelar ibu dan masih banyak lagi

Adakah Air Masak Selamat Untuk Bayi?

Adakah air masak selamat untuk bayi? Jika suatu ketika dahulu saat media sosial masih tidak meluas, agak sukar untuk mendapatkan info lebih-lebih lagi berkaitan kesihatan.  Umum mengetahui terlalu banyak kes berkaitan nenek mahupun atuk memberikan air masak kepada bayi berusia bawah 6 bulan.  Tahukah anda mengapa air masak tidak sesuai untuk bayi? Tahukah anda mengapa air masak jua tidak memberi manfaat pada bayi? Ini kerana terdapatnya beberapa sebab dari segi klinikal yang menunjukkan mengapa air masak tidak sesuai untuk bayi. Antaranya adalah seperti di bawah. Air masak hanya boleh diberi selepas bayi berusia 6 bulan. Pada usia ini, buah pinggang bayi tidak mampu untuk menangani terlalu banyak air. Pemberian air masak boleh mengakibatkan bayi mengalami air berlebihan didalam tubuh dan mempunyai risiko otak membengkak dan kematian. Antara gejala bayi yang terlebih air adalah muntah, mengantuk, kelesuan, berpeluh berlebihan, suhu badan rendah, kencing berlebihan iaitu enam hi

Review KDrama One The Woman

Masa mula-mula tengok gambar poster drama One the woman ni memang kurang menarik. Tetapi, siapa sangka jalan ceritanya memang sangat menarik! Akhirnya, masa tu bila bosan-bosan sis sahajalah cuba-cuba tengok satu episod. Lepas tertengok satu episod terus nak tengok lagi dan lagi episod seterusnya. Tidak membosankan dan sentiasa ada babak yang mendebarkan, mencuit hati di setiap episod.  Drama bersiri 16 episod ini diterajui oleh Lee Honey dan Kwan Sang Won sebagai teraju utama. Memang sepadan, cantik dan hensem mereka berdua ni bergandingan. Nampak serasi dan bagai ada chemistry . Masuk bulan Oktober lepas, memang banyak drama-drama Korea menarik yang muncul. Semua sis tengok dan enjoy. Paling suka bila tengok One The Woman ni.  Lagi-lagi bila dah layan drama Korea bergenre berat seperti Mouse dan sebagainya. One The Woman ni genre dia macam ada action, investigation, comedy, family. Macam-macam genre ada. Tetapi, tidaklah berat sangat untuk ditonton. Jadi apa yang menariknya

The All-New Galaxy Z Series 5G Unfolds to Bring the Future of Mobile Experiences to Malaysia

Kuala Lumpur – September 17, 2021 – Samsung Malaysia Electronics has today entered the next chapter of foldable devices with the arrival of the Samsung Galaxy Z Fold3 5G and Galaxy Z Flip3 5G via the New Era, Life Opens Up with Galaxy virtual show. Hosted by Jin Lim and Yaya Zahir, the show commemorated the third generation of Foldables alongside other star-studded hosts and well-esteemed designers to reiterate the importance of local collaborations during this time of recovery. Following this announcement, special promotions for the mentioned devices and accessories will also be held from mid-September to end-November.  "The past year brought an unexpected change to the world and positioned technology as the only bridge between many individuals and their daily functions,” said Edward Han, President of Samsung Malaysia Electronics. “As an industry leader pioneering foldable technology, Samsung believes this moment requires a different approach – one where our devices wor

Pengalaman Vaksin Covid19 Dos 1 Dan Dos 2 Pfizer

Syukur Alhamdulillah. Pada tanggal 07 Julai 2021 yang lalu, sis sudah pun selesai mendapat suntikan vaksin bagi dos pertama dan lengkap dos kedua pada 29 Julai 21 yang lalu.  Semoga dengan usaha kecil ini dapat membantu negara kita untuk mencapai herd imunity  (imuniti kelompok) dengan secepat mungkin. Amin! Di sini sis akan ceritakan serba sedikit pengalaman sis sepanjang tempoh vaksinasi ini. Pengalaman Vaksin Dos 1 & Dos 2 Pfizer Dos Pertama Pfizer (7 Julai 2021) Seminggu sebelum mengambil vaksin,  dapat panggilan telefon yang sis kena datang dekat Hospital Daerah untuk mengambil vaksin. Dapat tarikh dan masa yang sama dengan ayah dan adik perempuan sis yang mendaftar pada masa yang sama.  Jam 8.00 pagi merupakan waktu pendaftaran kami. Masa tu risau juga kalau terlambat, risau ramai orang dan sebagainya. Syukur keadaan sangat terkawal dan teratur. Oleh itu, kami sekeluarga terus datang ke tempat PPV tersebut. Scan mysejahtera, ambil suhu & PPK bagi nombor giliran &a

Tips Dan Tricks Beli Durian Agar Tidak Mudah Tertipu

Seronok betul setiap kali tiba musim durian. Lagi-lagi bila dah sekian lama kepingin nak makan durian. Disebabkan itu masa awal-awal haritu alang-alang ternampak orang jual durian tepi jalan, kami terus beli sebab dah tak tahan sangat nak merasa.  Bagai orang mengantuk disorongkan bantal umpamanya bila tiba-tiba jumpa kedai durian. Husband sis tak kisah dah, terus beli biarpun mahal. Lagi-lagi bila dia tulis jenis durian tu durian IOI dan durian kahwin.  Biasa kami beli dekat orang lain. Dekat orang yang memang kenal, tapi disebabkan lama nak tunggu duriannya gugur, maka kami pun cuba-cubalah beli di kedai tepi jalan itu tanpa ilmu. Alamatnya memang kena tipu hidup-hiduplah jawapnya. Kah.  Harganya RM15/kg. Beli 3 biji kecik-kecik, total nak dekat RM70. Sayangnya, buka-buka je, cuma satu durian paling kecil tu je yang ioi. Yang lagi dua kecik-kecik tu durian kampung biasa yang isi nipis tu. Siap dah lembik dan masam. Allahu! Terpana seketika dibuatnya.  Akhirnya, kami redha

Jangan Buang Uncang Gel Silika Dalam Kotak Kasut Banyak Kegunaan Rupanya!

Lama dah sebenarnya terfikir benda ni. Setiap kali beli kasut baru mesti akan dapat gel silika sekali dalam kotak kasut. Biasanya memang akan buang terus bersama kotaknya walaupun kadang-kadang ragu-ragu terfikir-fikir jika ianya boleh digunakan. Tak sangka pula rupanya memang banyak kegunaan. Baru-baru ni terbaca perkongsian dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp di Media Sosial, iaitu tentang kepentingan penggunaan gel silika ini. Apa agaknya? Jom teruskan bacaan. Jangan Buang Uncang Gel Silika Dalam Kotak Kasut Banyak Kegunaan Rupanya! Selalunya bila anda membeli kasut baru, anda mesti akan terjumpa uncang gel silika dalam kotak kan? Apa yang anda buat dengan uncang gel silika? Buang? Ok, selepas ini jangan buang uncang gel silika tersebut. Gel silika sangat berguna untuk menyerap kelembapan dan mempunyai potensi tinggi untuk diguna semula! Berikut merupakan lima contohnya: 1. Letakkan di kotak peralatan bertukang (toolbox). Ia dapat mengelak pera

DIY: Buat Lilin Sendiri Lebih Menjimatkan Apabila Eletrik Tiba-Tiba Terpadam

Teringat sis kenangan masa budak-budak dulu, selalu sangat tiba-tiba rumah tiada eletrik. Lagi-lagi bila kena tengah malam. Meraba-raba kitorang seberadik pergi selongkar kabinet cari lilin. Lepastu kami seberadik main dengan  bayang-bayang dekat dinding. Buat rupa arnab lah, kucing lah, memang nostalgia. Masa tu boleh kata stok lilin merupakan stok-stok wajib yang perlu ada dalam setiap isi rumah. Dah macam satu keperluan. Masa tu juga zaman tak canggih macam sekarang, ada rumah yang ada backup power dan sebagainya. Apapun, zaman sekarang macam tak relevan je kan kejadian ni selalu berlaku. Yalah zaman dah berubah, serba canggih, serba cukup lengkap. Jadi sudah tiada maknanya kan nak simpan lilin banyak-banyak dekat rumah. Kadang memang tak terfikir pun. Tetapi, sesekali pernah juga lah terkena. Tiba-tiba ada pula kerosakan itu ini tengah malam, ada pula kejadian tiada eletrik selama beberapa jam. Jenuh juga lah bergelap harapkan lampu fone sahaja.  Pun begitu, jangan risau kalau

Lyrics: Qing Fei De Yi 情非得已 (Can't Help Falling In Love With You) - Harlem Yu 庾澄慶 - Meteor Garden OST Pinyin & English Translation

Qing Fei De Yi 情非得已  Dengar balik lagu ni teringat kenangan masa zaman sekolah rendah (darjah 5-6 tak silap sis) dan menengah rendah dahulu. Pada waktu itu drama taiwan yang bertajuk Meteor Garden ini sedang hangat ditayangkan di TV.  Setiap hari boleh dengar lagu ni. Best. Memang layan drama ni dan lagunya. Lagi-lagi masa tu zaman baru nak mengenali cinta, baru-baru nak ada 'crush'. Jodoh sebenar pun masih struggle dekat SBP lagi masa tu. Hahaha. Btw, antara lagu-lagu bahasa lain di luar sana, sis memang lebih minat dengan lagu bahasa mandarin, berbanding korea, hindustan dan lain-lain. Taste sis memang lagu-lagu ala-ala begini sejak dari kecil lagi.  Mungkin juga lah kan sebab faktor banyak tengok drama Taiwan waktu ni. Banyak sangat keluar dekat 8TV masa tu. Kemudian, masa belajar Diploma dulu, Lao Shi sis turut memperkenalkan lagu bahasa mandarin(Pinyin) dan ajak nyanyi sama-sama. Sis masih ingat lagi tajuk lagu tu Tong Hua. Sweet & romantik je liriknya. Lagu ni

Kenangan Belajar di UKM 2016-2019

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tempat yang dirindui. Zaman belajar yang terindah di situ. Ada pahit getir, ada manisnya. Ada suka, ada duka. Banyak betul kenangan di situ. Antara kenangan yang sis tidak dapat lupakan ialah kenangan memandu sendirian ke kelas sambil mengikuti jalan yang sempit dan berbucu tajam di bahagian lereng-lereng bukit, di area Bangi-Dengkil. Pernah sis merindui jalan itu selepas tamat belajar. :') Kenangan ibu bapa temankan pada hari pendaftaran, kemudian berkenalan dengan rakan sekelas, disangka muda dari usia oleh pensyarah di sana (ahaks), kenangan buat lab test yang sentiasa mendebarkan, jumpa pensyarah dan stayback , then satu kelas ke rumah pensyarah pada hari pertama pengajian, pergi kelas di fakulti lain (untuk subjek LMCK), disapa rakan sekelas buat pertama kali (tapi sis tak perasan 😂), then, ramai yang baik-baik tegur kita dekat apps Open Learning & bertukar-tukar pendapat pasal assignment ,  stayback bermalam dua hari di su

Senarai Resepi Biskut Raya Sedap Dan Mudah Tak Perlu Guna Yis

Musim perayaan masih berlangsung, meskipun tidak semeriah dahulu. Namun, kemenangan ini setelah berpuasa sebulan di bulan ramadhan tetap harus diraikan. Mungkin berbeza, tidak seindah dahulu, namun insya Allah semoga semua ini hanya sementara sahaja. Semoga covid19 akan berakhir dengan secepatnya dan menjadi kenangan suatu hari nanti. Insya Allah. Amin. Berbalik pada tajuk di atas iaitu resepi biskut raya senang dan mudah tanpa yis, Nadhie kongsikan resepi ini buat mereka yang tidak mahu menggunakan yis, baking powder, baking soda atau yang seumpama dengannya di dalam masakan.  Ini kerana ada sesetengah orang mempunyai alahan terhadap makanan yang berasaskan yis. Banyak rupanya resepi biskut raya tanpa yis.  Perkongsian resepi ini adalah dari seorang pengguna media sosial, Puan Norkomariah Norrohman. Di bawah Nadhie senaraikan beberapa resepi biskut raya darinya yang tidak mengandungi Yis. Senarai Resepi Biskut Raya Senang Dan Mudah Tanpa Menggunakan Yis 1)  Resepi Biskut