Covid-19 Dan Stigma | Bersalahkah Setiap Pesakit Covid?

 Assalamualaikum & Hi Semua!



Umum mengetahui sejak berlakunya gelombang ketiga pandemik COVID-19 di Malaysia bermula 20 September 2020 yang lalu, sehingga kini kes sentiasa meningkat naik sehingga kita berada dalam fasa 4 angka. Masih tiada tanda-tanda penurunan buat masa ini meskipun PKP 2.0 telah dijalankan. Dalam masa yang sama jua, pakar telah mengesahkan bahawa virus covid-19 ini sudah 'berada' dalam komuniti kita. Sesiapa sahaja boleh dijangkiti. 


Ya, benar sesiapa sahaja mudah dijangkiti meskipun sudah melaksanakan SOP dan penjarakan sosial. Sangat sukar sebenarnya untuk mengelak darinya apatah lagi apabila ia sudah pun berada dalam komuniti kita. Kadang dah jaga SOP, tetapi ada pula orang  (misalnya salesperson) yang merapati kita. Kadang tak keluar mana-mana pun, tiba-tiba boleh terjangkit dari ahli keluarga yang kemungkinan terdedah dari rakan sekerja dan sebagainya. Ha, susahkan? Sebab tu lah kata tadi bahawa ianya sudah pun berada dalam komuniti kita. 


Pun begitu, masih ada lagi kah stigma salah menyalahkan apabila seseorang disahkan dijangkti virus Covid-19? Masih ada lagikah yang memandang serong terhadap pesakit Covid-19? Jika Ya, berhentilah! Kerana anda sedikit pun tidak membantu, malah boleh memudaratkan lagi keadaan seseorang. Tahukah anda apa yang akan berlaku sekiranya seorang pesakit covid menghadapi stigma seperti yang disebutkan? Sila baca dan hadamkan kenyataan dari KKM ini seperti di bawah.



Covid-19 Dan Stigma | Bersalahkah Setiap Pesakit Covid?



Stigma menjadi punca mengapa seseorang itu bertindak untuk tidak berkerjasama dalam mendapatkan rawatan dan pertolongan dari pihak-pihak berkuasa.



Dalam situasi Pandemik Covid-19 ini, marilah kita sama-sama mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang berlaku. Berhentilah menuding jari dan saling salah menyalahkan serta mempersoalkan siapa yang salah siapa yang betul. Nadhie bukanlah orang yang dijangkiti, tetapi kadang-kala kesal melihat sesetengah orang yang masih tidak terbuka tentang dengan situasi covid-19 yang sedang berlaku kini. 


Berhentilah memandang pesakit covid seperti penjenayah. Tak semua mereka yang tidak menjaga SOP dan mereka jua tidak pernah minta untuk diri mereka dijangkiti. Jika kita tidak mampu meringankan beban seseorang, sekurang-kurangnya usahlah menambah beban yang ada. Marilah sama-sama bermusahabah diri dan berfikiran positif serta berdoa moga Malaysia akan bebas dan aman dari situasi pandemik covid-19 ini. Moga ekenomi negara kita jua akan kembali pulih . Amin



Sekian. 



 




0 Comentarios