Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri Kahwin

 Assalamualaikum & Hi Semua!



Musim PKP ni lama sudah tidak makan makanan kenduri. Baru-baru ini, adik ipar kahwin pun tidak dapat pergi. Sis redha sahaja. Nak buat macam mana kan. SOP kena follow dan yang penting biarlah kes Covid19 ni cepat-cepat beredar barulah ada mood nak pergi mana-mana. Selagi kes masih diangka ribu, baiklah kita duduk rumah diam-diam sahaja. Tak gitu?


Btw, pada yang teringin nak makan lauk kenduri, nasi minyak ke, jom kita buat sendiri di rumah. Antara lauk feveret sis tidak lain dan tidak bukan ialah Ayam masak merah. Mana tahu esok lusa boleh buat resepinya. Resepi yang sis taruk sini (supaya senang nak baca balik) adalah perkongsian dari Ibu Resepi. Jom tengok! 


Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri Kahwin



Bahan2

1 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih

(Garam, kunyit dan goreng - jangan garing sangat.)

3 biji bawang besar (size besar tau)*

4-5 ulas bawang putih*

1 1/2 inci halia*

(Blend semua bahan bertanda *)

3-4 senduk cili kisar

5 sudu besar sos cili

2 biji tomato

2 batang serai - diketuk

1 kulit kayu manis

3 bunga lawang

5 buah pelaga

Garam dan gula secukupnya

.

1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai.tumis sekejap.

2. Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.

3. Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.

4. Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.

Siapppp...!!!



Btw, senang kan resepinya? Yang penting rasanya sedap dan tidaklah kita craving masakan kenduri kahwin nanti. Okay , sekian sahaja perkongsiannya. Semoga bermanfaat. Terima kasih sudi singgah. Bubye!



Kredit: Resepi Ibu



4 Comentarios

  1. Ai lah tu salah sorang yang rindu lauk kenduri.

    ReplyDelete
  2. sedap nih..all time feveret..

    ReplyDelete
  3. Ni antara lauk pilihan ramai masa akak meniaga last year. Ramai peminat lauk ni.

    ReplyDelete