Sinopsis & Review Korean Drama : Sisphus the Myth

 Assalamualaikum & Hi Semua!



Tahun 2021 ni merupakan tahun yang terlalu banyak pengeluaran drama-drama korea yang menarik-menarik dan menepati citarasa sis, iaitu fantasi, action, thriller. Antaranya termasuklah Penthouse, Mouse , dan Sisphus The Myth. Pada sis, kebanyakan korean drama kini sangat menarik tau untuk di tonton oleh seisi keluarga, kerana jalan ceritanya yang tidak klise, tidak lagi memfokuskan hal cinta semata dan tidak juga membosankan. 


Tidak dapat dinafikan , sedikit pujian untuk produksi di sana kerana sentiasa kreatif dalam menghasilkan sebuah cerita pelbagai genre beserta jalan cerita yang tidak klise, sarat dengan pelbagai ilmu (cerita berkaitan kedoktoran, peguam misalnya). Kebanyakan telah mereka KAJI terlebih dahulu dan setelah itu barulah di paparkan untuk tontonan umum. 


Bagi drama atau filem yang berunsurkan fantasi, seperti Sisphus The Myth, Sweet Home dan Space Sweepers, efek CGI yang digunakan adalah sangat realistik, setanding dengan CGI yang digunakan dalam perfileman Hollywood. Okay, cukup setakat ini, di bawah sis kongsikan review Sisphus The Myth. 




Sinopsis & Review Korean Drama : Sisphus the Myth


Benarkah wujudnya sebuah teknologi yang akan membolehkan seseorang itu merentasi masa? Teleport (Berpindah) dari satu tempat ke tempat yang lain dalam sekelip mata. Apakah yang akan terjadi pada dunia ini jika teknologi ini benar-benar wujud? Pasti ramai yang akan menggunakan cara ini untuk mencari semula ahli keluarga mahupun kenalan mereka yang telah meninggal dunia dan menghalang mereka dari kematian. Tidakkah itu sesuatu yang mustahil?


Namun, itulah yang terjadi pada Han Tae Sul dan Kang Seo Hae. Han Tae Sul merupakan seorang CEO dan pengasas Quantum & Time, merupakan seorang jurutera yang sangat genius dan memiliki skills pengekodan yang sangat luar biasa. 


Sementara, di dunia akan datang, Kang Seo Hae sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan sehinggalah dia terjumpa sebuah buku nota yang seakan-akan ditulis oleh dirinya sendiri tentang Han Tae Sul dan tentang pengembaran mesin masa untuk menyelamatkan dunia. 


Disebabkan itu , Kang Seo Hae akhirnya memutuskan untuk kembali ke masa silam untuk mencari Han Tae Sul dan menghalang Han Tae Sul daripada mencipta mesin masa yang akhirnya akan membawa kepada kehancuran di sesebuah dunia. Disebalik itu, sebuah organisasi telah terlibat dalam memastikan kehancuran dunia itu berlaku. Han Tae Sul diburu pelbagai pihak yang tidak pernah diketahuinya. Kehilangan abangnya yang pada awalnya disangka mati juga terus menjadi misteri. Benarkah abangnya, Han Tae San masih hidup lagi? Berjayakah Kang Seo Hae untuk meneruskan misinya menyelamatkan dunia? Apakah yang akan berlaku pada Kang Seo Hae setelah berjumpa dengan Han Tae Sul? Benarkah nyawa Han Tae Sul sebenarnya di dalam bahaya? Semuanya akan terjawab dengan terus menonton drama ini. Btw, drama ini masih ongoing.


Bagi sis, permulaan sebuah cerita yang sangat menarik dan lain dari yang lain untuk di tonton. Dunia peperangan pada masa hadapan yang diceritakan kelihatan begitu realistik dengan efek CGI nya yang begitu canggih. Selain itu, pelakon-pelakon yang diambil juga semuanya tidak kaku dan boleh membawa watak dengan baik. 


Namun, ada sedikit bahagian yang kurang sedikit di mata sis apabila sesetengah babak dalam drama ini agak meleret dan seperti memfokuskan tentang berputiknya perasaan Kang Seo Hae dan Han Tae Sul. Possible kah mereka yang berlainan dimensi untuk mengahwini antara satu sama lain? Ha, jomlah sambung tengok. 


Okay, sekian sahaja dari sis. Bubye!


2 Comentarios

  1. Baru dapat tengok cerita ini 1 episod setengah. Haih..jenuh lah nak menghabiskan. Hahaha!

    ReplyDelete
  2. menarik..tunggu habis baru nak start tengok..hihi..

    ReplyDelete