Lirik Lagu Biru Malam - Amir Masdi Feat Chubb-E

 Assalamualaikum & Hi Semua!

Credit Image : Wallpapercave




Baru-baru ni Nadhie terdengar lagu ni dekat TV. Boleh tahan. Sedap. Alunan musiknya yang lembut dan lemah gemalai ni kenalah dengan taste Nadhie yang sukakan lagu-lagu lembik ni. Btw, penyanyinya dua-dua Nadhie tak kenal. Seorang dak Amir , seorang lagi dak Chub. Maybe nama dia Acap atau Asyraf? Pedulikanlah. Yang penting Nadhie bagi 5 bintang lah dekat mereka sebab berjaya bawakan lagu yang sedap, lemah gemalai dan kena dengan taste Nadhie ni. 


So, Nadhie malas nak membebel panjang-panjang lagi. Bukan ada orang baca pun.­čść Jadi marilah kita tengok dan dengarkan liriknya. Memang layan. Siapa yang sama macam taste Nadhie ni, ha boleh la layan sambil berangan. 



Lirik Lagu Biru Malam - Amir Masdi Feat Chubb-E



Walau senyum indah cahaya

Bagai bulan kala gelita

Namun hati masih gelisah

Terkenang dirimu


Walau bibir indah berkata

Hilang dalam dunia tawa

Sendiri bertemankan purnama

Menanti dirimu

Biru malam


Di saat diri ini tak berteman

Sendiri mencari jawapan

Adakah mampu aku terus berjalan


Ku hanya mampu tuk berdoa

Agar semua tak sengsara

Gelap ku menanti bulan menyinar agar bercahaya

Aku berjanji akan kucari diri ini

Yang lemas di dalam mimpi

Ku ubah jadi realiti


Walau senyum indah cahaya

Bagai bulan kala gelita

Namun hati masih gelisah

Terkenang dirimu


Walau bibir indah berkata

Hilang dalam dunia tawa

Sendiri bertemankan purnama

Menanti dirimu

Biru malam


Ku sedar diri ini tidak sempurna

Senyuman menutupi hati yang luka

Pada Tuhan ku berserah

Kuatkan hati diri takkan menyerah…




1 Comentarios

  1. hahahha tula kan bebel panjang2 pun nda semua orang rajin baca lol
    feeling2 ya lirik lagu :D

    ReplyDelete