Cara Mudah Tukar Duit Raya Guna ATM Mesin Sahaja!

 Assalamualaikum & Hi Semua!

 Credit Image: Rojak Daily


Selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua! Umum mengetahui penukaran duit raya selalunya agak leceh untuk dibuat, lagi-lagi apabila terpaksa beratur panjang di bank-bank tempatan. Selain itu, terdapat had-had masa tertentu yang diberikan membuatkan ramai yang terasa sukar untuk menukar duit raya di cawangan bank. Betul? Itulah yang Nadhie rasa setiap kali terpaksa beratur panjang apabila ingin menukar duit raya.

Kadang-kala malas nak tukar duit raya, Nadhie apalagi memang tidak lah nak beratur, just kumpul duit je. Bila ada note rm10, terus simpan begituh. Btw, rupa-rupanya ada cara mudah untuk tukar duit raya tanpa perlu beratur panjang. Hanya dengan menggunakan ATM Mesin sahaja. Tetapi bagaimana? Jom ikuti perkongsian di bawah.


Cara Mudah Tukar Duit Raya Guna ATM Mesin Sahaja!


Mungkin ada yang tak tahu lagi, saya share cara tukar duit raya baru :


1. Pergi ke Maybank yg besar (selected branch). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada dua mesin ATM yg boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.



2. Pilih ATM yg ada signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu ( seperti gambar ).

3. Semua duit dalam mesin ATM tu ialah note RM 10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount.



4. Maximum amount per transaction ialah RM 300. Oleh itu, jika anda nak 60 keping note RM 10 yg baru, kena buat dua kali.



5. OK mudahkan. Sarung angpow boleh minta kat brother yang jaga kaunter depan tu. Okay itu sahaja caranya. Semoga bermanfaat.


Apapun, ingin Nadhie ingatkan dekat sini yang tidak semua cawangan Maybank ada mesin tersebut. Oleh itu, siasat dahulu di setiap cawangan sebelum pergi. Sekian sahaja dari Nadhie, terima kasih .



Kredit : To Owner


1 Comentarios

  1. Tahun depan boleh guna method ni. Tapi mesti beratur panjang.

    ReplyDelete