Makan Banyak Tetapi Badan Maintain Kurus | Sihat Atau Tidak?

 Assalamualaikum & Hi Semua!

Kuat Makan Tetapi Kurus?



Kadang-kala hairan kan, ada sesetengah orang selamba je makan banyak, tetapi badan elok je maintain kurus cantik. Jeles kadang. Tetapi, persoalannya betul ke yang makan banyak tapi kurus ni sihat? Sihat ke tidak agaknya? Mungkinkah mereka menjalani rutin senaman yang ketat? Tapi, still mustahil kan kerana walau bagaimanapun pemakanan tetap kena jaga. Bak kata coach Kevin Zahri, pemakanan ni 80% efeknya, jadi senaman hanyalah 20%.


Perkongsian dari Public Health Malaysia ini ternyata memberi persepsi lain pada sis. Mari kita baca perkongsian  Public Health Malaysia seperti di bawah. 


Makan Banyak Tetapi Badan Maintain Kurus | Sihat Atau Tidak?




Anda pasti kenal mana mana individu yang makan dengan banyak, suka makanan segera dan minuman manis.. tetapi badan mereka sentiasa maintain kurus.

.

Tidak perlu cemburu kerana tubuh yang kurus itu, tidak semestinya SIHAT.


Walaupun memiliki berat badan ideal, tanpa disedari, akibat pemakanan dan gaya hidup, lemak mereka tersembunyi bersama organ orang penting di abdomen.


Situasi ini dikenali sebagai TOFI. “Thin Outside, Fat Inside”.


Hal ini, menjelaskan persoalan mengapa individu yang kurus turut menghidap penyakit penyakit metabolik seperti,


✔️ Kencing Manis

✔️ Darah Tinggi

✔️ Tinggi Kolesterol

✔️ Penyakit jantung dan strok

.


Jika anda perasan, individu TOFI ini tidak cergas, cepat penat dan kadang kala nampak pucat. Situasi stress dan kurang tidur menyebabkan paras kortisol meningkat dan seterusnya meningkatkan lagi pengumpulan lemak di organ.


TOFI sukar dikesan. Lemak tersembunyi itu hanya boleh dilihat menerusi ujian imbasan MRI atau ujian darah untuk mengesan paras kolesterol, gula dan fungsi organ.


Lebih bahaya, akibat sentiasa langsing, mereka tidak mengawal pemakanan dan tidak menjaga kesihatan. Mereka juga tidak pergi menjalani ujian saringan kesihatan seperti orang lain.

.

Kesimpulannya, tubuh kurus tidak bermakna anda lolos dari risiko penyakit metabolik. Makanlah dengan kadar sederhana.. kurus bukan lesen untuk tidak menjaga kesihatan.



KREDIT: Public Health Malaysia

0 Comentarios