Paling Kurang Amalkan Ibadah Ini Pada 10 Ramadhan Terakhir

 Assalamualaikum & Hi Semua!

Credit Image : Birthdaycake24


Salam ramadhan buat kesemua rakan blogger dan pembaca blog Nadhie. Rasa macam baru sekejap sahaja masuk bulan ramadhan, tahu-tahu sudah pun masuk 10 ramadhan terakhir. Tak lama lagi raya dah. Mesti kita akan merindui bukan bulan ramadhan ini? Bulan yang penuh rahmat dan nikmat yang tidak terucap darinya. SubhanAllah. 


Dalam kesibukan kita membuat persiapan hari raya, jangan dilupa untuk terus melaksanakan ibadah di dalam bulan yang mulia ini. Jika ada rezeki, semoga Allah pertemukan dengan lailatulqadar. Amin.  Bulan ini juga adalah bulan tika para malaikat merendahkan sayap untuk menghitung pahala berganda.  Semoga ramadhan ini akan sentiasa lebih baik dari sebelumnya. Dan semoga segala dosa-dosa kita semua diampunkan oleh Allah SWT dan mendapat pahala yang berganda bagi setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini. Amin.



Amalkan Amalan Ibadah Ini Pada 10 Ramadhan Terakhir | 
Semoga Dipertemukan Lailatul Qadar




1. SOLAT BERJEMAAH


Yang Pertama adalah solat. Sekurang-kurangnya amalkan solat jemaah pada waktu maghrib dan isyak. Disusuli dengan solat tarawikh dan Witir. Selain itu, bangun lah sepertiga malam untuk solat tahajjud meskipun hanya 2 rakat sahaja. Dan selepas sahur , amalkan juga solat Subuh berjemaah. 







2. DOA


Doa doa doa dan mintalah pada Allah. Kadangkala kita lupa dan alpa bahawa rahmat Allah itu begitu luas. Kadang-kala kita hanya berdoa untuk meminta keduniaan sahaja daripadaNya. Ya, tidak salah . Malah Allah SWT sangat menyenangi hambaNya yang sentiasa berdoa dan meminta-minta daripadaNya. Maka, ambillah kesempatan ini untuk berdoa semoga segala dosa-dosa kita akan diampunkan oleh Allah SWT. Pohon lah jua semoga kita semua diberi kesempatan untuk dipertemukan dengan lailatul Qadar. Allahuma Amin. 








3. MEMBACA AL-QURAN


Pada bulan yang mulia ini, ketika pahala kita dihitung berganda-ganda, maka ambillah kesempatan untuk membaca mana-mana helaian Al-Quran meskipun sedikit. Tidak lupa juga bacalah dua ayat terakhir surah Baqarah iaitu ayat 285 dan ayat 286. Boleh dilihat seperti di bawah. 

Dua ayat terakhir surah Al-Baqarah




Selain itu, tidak lupa juga boleh diamalkan surah Az-Zalzalah (2 kali), Al-Kafirun (4 Kali) dan Al-Ikhlas (3 kali). Setiap surah ini apabila dibaca maka pahalanya adalah seperti membaca senaskah Al-Quran. Wallahualam. 

Semoga artikel ini memberi manfaat buat semua. Maaf jika ada salah dan silap atau mana-mana kekurangan di mana-mana bahagian . Semoga kita semua akan sentiasa mendapat keampunan, rahmat dan keredhaan dari Allah SWT. Salam ramadhan Kareem semua.





Kredit : Madrasah Al Saqoff Official


1 Comentarios