Resepi Satay Ayam Dan Daging Hanya Menggunakan Air Fryer Sahaja!

Assalamualaikum & Hi Semua!

Resepi Satay Ayam Dan Daging Hanya Menggunakan Air Fryer Sahaja!


Tiba-tiba teringin nak makan satay rasanya. Lagi-lagi satay buatan sendiri. Tapi, itulah tak sanggup nak bakar membakar rasanya. Nak beli pula, musim-musim macam ni susah betul nak dapat. Jangan risau kerana rupanya nak buat satay ni senang sahaja. Boleh guan air fryer sahaja. 


Jadi pernahkah korang buat satay menggunakan air fryer? Pernah jumpa resepi yang  macam ni? Kalau belum marilah... Jom kita buat! Jom ikut sahaja resepi seperti di bawah. Resepi ini adalah perkongsian daripada seorang pengguna media sosial iaitu Riena Eris.




Bahan-bahan dan Cara-cara Membuat Satay Air Fryer


1st trial homemade satay ayam & daging versi air fryer di musim pkp puas hati 😋

Tips nk dpt kn cantik berkilat balik²  dan sapukan madu+air+minyak serai skit


Isi ayam 1kg potong kiub

Daging lembu 1/2 kg potong kiub




Bahan  Kisar

Bwg putih 5 ulas

Bwg besar 1 Biji

Halia 2 inci 

Serai 4 


Blend semua bhn kt ats then bahagikan 2 bekas tuk ayam & daging







2 sb jintan manis

2 sb jintan putih

2sb serbuk kunyit

1sb serbuk ketumbar 

14 sb gula putih (x nk manis bole kurangkan) 

3 sb gula merah

Sedikit garam


Perapkn semua bahan² td ke ayam ngan daging yg dipotong kiub sebatikan perap semalaman dlm peti ais lagi lama perap lg sedap


Cucuk satay dgn lidi & bakar dlm air fryer 40 minit suhu 180-200c




Air perapan satay td jgn buang bole guna tuk kuah kacang cuma tambahkn


10 tangkai cili kering di blend & tumis

1 serai ketuk

Kacang tanah yg digrg & kisar

Air asam jawa


Masak sampai pecah minyak perasakan dgn gula & garam.




Kredit: riena eris

4 Comentarios

  1. wow mantap... tapi akak punya air fryer tecik kene buat satay gaya mini lah jawabnya ehehhehe

    ReplyDelete
  2. wah rajin nya buat sate!!
    thorbaek laaa

    ReplyDelete
  3. wah! hebatnya buat sate sendiri!

    ReplyDelete
  4. Siyes laaa.. senang nak makan sate sekarang.

    ReplyDelete