Tips Dan Teknik Anak Kecil Tercekik Makanan | Ibu Bapa Wajib Ambil Tahu

 Assalamualaikum & Hi Semua!




Nadhie suka membaca perkongsian dari page seperti Public Health Malaysia yang selalu berkongsi tentang apa sahaja topik-topik berkaitan kesihatan. Samada terhadap orang dewasa, kanak-kanak, warga emas , berkaitan isu semasa dan sebagainya. Sangat memberi manfaat. 


Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil, salah satu artikel yang menarik perhatian adalah tentang tips dan teknik betul yang perlu dilakukkan apabila anak tercekik makanan. Yang ini ibu bapa wajib ambil tahu. Terutamanya tentang JENIS-JENIS MAKANAN YANG PERLU DI ELAKKAN DARI DIBERI KEPADA ANAK KECIL. Penting untuk kita sebagai ibu bapa tahu. Selain mempelajari dan mengambil tahu tentang topik ini, berdoalah semoga anak-anak kita akan sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT. 


Okay, sebelum berkongsikan tekniknya, di bawah ini adalah senarai makanan yang perlu dijauhkan dari anak kecil berumur 4 tahun ke bawah.



Tips Dan Teknik Anak Tercekik Makanan | Ibu Bapa Wajib Ambil Tahu



Punca Utama Kanak-Kanak Tercekik  Makanan


1. Kanak kanak berusia 4 tahun ke bawah adalah kumpulan berisiko TINGGI untuk tercekik makanaan. Ini adalah kerana mereka masih belum pandai mengunyah makanan dan hanya menelan makanan.


2. Selain itu, saiz saluran pernafasan yang kecil menyebabkan ia mudah ditutup sepenuhnya terutamanya makanan yang keras dan berbentuk bulat.


3. Sosej adalah makanan yang paling banyak menyebabkan kejadian tercekik kerana ia bagaikan penyendal yang sempurna untuk saluran pernafasan kanak kanak.


4. Jika anda ingin memberi makanan makanan seperti hot dog, buah anggur, sayuran dan buah pastikan ia di potong kecil dan memanjang.


5. Pantau semasa mereka ketika mereka sedang makanan dan pastikan mereka duduk diam.


6. Ambil tahu teknik bantuan kecemasan untuk menyelamatkan kanak kanak tercekik. Malang tidak berbau dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. 



Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan




Tips Dan Teknik  Anak Tercekik Makanan 


Lakukan teknik Heimlich. Ianya teknik bantuan kecemasan yang membantu mengeluarkan objek yang tersekat.


Kami kongsikan teknik Heimlich. Pastikan anda simpan dan share teknik ini untuk rujukan anda bila diperlukan. Ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa anak anda atau orang lain pada masa hadapan. Apapun mencegah lebih baik ye. Elakkan dari memberi makanan yang berisiko tinggi untuk tercekik




1. Pegang bayi dengan satu tangan. Kedudukan kepala ke bawah dan lebih rendah dari badan.


2. Tepuk 5 kali di antara tulang belikat dengan menggunakan satu tangan. [rujuk gambar]


3. Pusing bayi dan kekal pegang dengan satu tangan. Dengan menggunakan dua atau tiga jari, tekan tengah dada sebanyak 5 kali.


4. Ulang semula sehingga objek tersekat itu keluar. 




Okay, sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga info ini bermanfaat dan dapat memberi kebaikan kepada semua. 



KREDIT : Public Health Malaysia

Kredit Imej : Public Health Malaysia, Google. 

Disclaimer : Gambar Sekadar Hiasan Sahaja


0 Comentarios