Benarkah Kecurian Vaksin Covid19 Benar-benar Berlaku?

 Assalamualaikum & Hi Semua! 

Benarkah Kecurian Vaksin Covid19 Benar-benar Berlaku?
Kredit Imej: Fortune


Baru-baru ni tular di Media Sosial tentang kes vaksin tidak dicucuk dengan betul dan tidak kurang juga dikatakan telah dicuri. Sudah tentu ia sangat menakutkan orang ramai terutamanya yang ingin mendapatkan vaksin & perlindungan untuk covid19. Sekiranya proses vaksinasi tidak berjalan dengan betul, ya memang payah untuk mendapatkan Herd Immunity'. 

Apapun, sebelum kita terlalu cepat menghukum dan menuduh sesetengah frontliner sebagai pencuri, marilah kita sama-sama fahami & belajar sifat vaksin itu sendiri. Usah la menambah beban pada frontliner lain yang sedang bertungkus-lumus berjuang di Medan Peperangan Covid19 ini. Sekiranya benar berlaku kecuaian ketika proses vaksinasi berlaku, hukumlah mereka dengan cara yang betul. Membuta tuli menuduh MENCURI tidak menyelesaikan masalah & bukan satu motivasi untuk frontliner yang lain.

Saranan sis, sebelum vaksin check betul-betul jarum suntikan itu dan tengok betul-betul ketika prosedur dilakukan. 

Berbalik ke topik asal, benarkah kecurian vaksin covid19 ini benar-benar boleh berlaku? Logik kah vaksin boleh dicuri?  Jom teruskan pembacaan seperti di bawah.


Logikkah Vaksin Covid19 Dicuri?

1. Setiap vaksin yang sudah dibuka ni ada tempoh & had masa. Contoh kalau sudah buka, terus kena guna dalam 24 jam (sinovac). Pfizer pula misalnya kena guna dalam tempoh 3 jam.

(Part ni sis sangat alert sebab teringat masa tak jadi bawak anak pergi checkup & vaksin, nurse tegur kenapa tak bagitahu awal-awal. Katanya sudah terbazir satu vaksin sebab bila dah buka tahan beberapa jam sahaja. Sejak dari tu memang alert bab vaksin2 ni. Rasa sayang kalau terbazir.) 

 2. Setiap vaksin tu ada rekod & nombor siri.  Tidak boleh main sesuka hati ambil dan bawak keluar. Semua kena ada bukti.

3. Vaksin disimpan pada suhu tertentu. Bukan boleh main keluar. Bila dah keluar terus kena guna. 

4. Bila sekali dah suntik vaksin, terus kena buang jarum. Yang ni part hygiene. Tak logik jarum yang dah diguna pakai nak simpan dan guna pada orang lain. Setiap orang dapat jarum berbeza. 

5.  Vaksin covid19 ada sijil . Kena lalui pelbagai proses sebelum dan setelah vaksin, baru boleh dapat sijil. 


Bila Dah Vaksin Kena Ada Sijil Di MySejahtera


Sijil penting utk sahkan kita telah divaksinasi & untuk memudahkan urusan lain kita nanti.

Persoalannya macam mana yang beli secara haram tu nak dapat sijil yg sah kalau tidak melalui proses seperti yang disebutkan di atas & nama pula tiada dalam list? Tambahan lagi, setiap vaksin ada had tempoh. 

Sekiranya dicuri dan dijual, bila masa dia beli? Bila masa nak cucuk? So, yang beli secara haram ni memang tak dapat sijil takpa ke macam mana? Ha, yang ni pelik. Lepas vaksin mestilah semua orang nak sijil kan. Dan sijil tu kena lalui macam-macam proses baru dapat. 


Frontliner Kepenatan,  Burnout Atau Antivaks?

Maka untuk mengatakan vaksin itu telah dicuri adalah sangat tidak logik terutama isu melibatkan staff nurse yang memberi vaksin secara drive tru. Jika mereka terlepas pandang atau ianya suatu kecuaian ya logik. Jadi, hukumlah mereka kerana kecuaian dan dengan saluran yang betul. Bukan tuduhan melulu seperti mencuri.

Selain itu,  tular juga di sebuah PPV ketenteraan tentang pemberian vaksin kosong. Setelah disiasat mereka memang mengakui yang mereka  telah memberi vaksin kosong kepada staff. Namun, ianya tetap bukan isu kecurian kerana kecurian tetap tidak logik kerana sifat vaksin itu sendiri. Apapun niat mereka tiada siapa yang tahu. Ada juga sesetengah pihak yang mendakwa berkemungkinan ada antivaksin di situ, tetapi tiada pengesahan dibuat. Isu yang terjadi juga telah diambil tindakan oleh pihak berwajib. 

Apapun pangkat dan populariti kita di Media Sosial, siasat dahulu sebelum berkata-kata. Kerana setiap kata-kata kita, posting mahupun komen di Media Sosial akan melambangkan sejauh mana 'Kebijaksanaan' mahupun 'Kecetekan Ilmu' kita. Kadang-kala malu terbaca komen yang tidak seberapa bijak, tetapi tetap juga mahu komen dan mahu mengulas isu di Media Sosial. 

Tidak kurang juga kepada insan yang suka sangat guna ayat "Burnout, berhenti kerja." Sedapnya mulut anda berkata-kata. Bagaimana jika beramai-ramai frontliner ini berhenti kerja? Siapa nak ganti tempat mereka? Apatah lagi ramai yang kena quarantine, tak kurang juga yang letak jawatan 24 jam, sedangkan hospital masih kekurangan staff. Siapa lagi yang nak kita harapkan untuk sama-sama berjuang melawan covid19 ini? Jadilah seorang yang bijak ketika berkata-kata. Jika tidak mampu meringankan beban, usahlah menambah beban.

Hopefully, kerajaan mahupun KKM ada inisiatif lain untuk mengurangkan burnout & membantu para frontliner kita. Mereka adalah hero kita saat ini. Berilah sokongan moral kepada mereka. 

Jadi setakat ini sahaja perkongsian saya. Maaf sekiranya ada yang terguris hati atau terkasar bahasa atau ada info yang kurang tepat. Perbetulkan jika salah. Sekian, terima kasih sudi baca.





3 Comentarios

  1. Macam macam hal vaksin sekarang ni. Lepas satu, satu hal lain pulak muncul. Harap cepatlah proses vaksinasi ni settle.

    ReplyDelete
  2. kesian frontliner..
    kalo kita taktau pape baik kita diam kan..

    arapnya cpt la setel hal vaksin ni..

    ReplyDelete
  3. memacam kes tapi kesian la kalau betul, kesian pada frontliner kalau tak betul semua tuduhan tu

    ReplyDelete