Rentas Daerah Dan Makan Di Restoren Dibolehkan Untuk Negeri Fasa 2

 Assalamualaikum & Hi Semua!


credit image: Unsplased


Baru petang tadi, PM kita telah membuat pengumuman tentang kemudahan-kemudahan yang akan diberikan pada individu yang telah lengkap vaksinasi.  Petang tadi masa dalam kereta singgah pasaraya untuk beli barang-barang dapur, Nadhie sudah pun standby awal. Buka media sosial PM kita dan tunggu beliau 'Live' untuk membuat pengumuman yang dinanti-nantikan tentang kemudahan selepas lengkap dua dos vaksinasi. Tertunggu-tunggu rasanya untuk mengetahui pelan pemulihan apakah yang akan disampaikan?


Mengumumkan tentang Pelan Pemulihan Negara (PPN), antara kelebihan-kelebihan yang dipertimbangkan ini jua  tertakluk kepada negeri-negeri tertentu seperti di negeri fasa 2 dan dengan syarat-syarat tertentu. Kemudahan ini jua akan berkuat kuasa pada SELASA, 10.08.2021 ini.  Yang terlepas pandang pengumuman lengkap PM, boleh rujuk infografik di bawah untuk lebih faham. 



Kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah lengkap vaksinasi di bawah pelan pemulihan negara

 

















Walauapapun keputusan PM kita untuk ketika ini, marilah sama-sama kita berlapang dada dan menjaga SOP bagi mereka yang diberi pelepas. Semoga Allah SWT mengangkat Covid19 ini dari bumi Malaysia, semoga diberi kesembuhan sepenuhnya buat semua dan dipulihkan semula ekonomi Malaysia ini.

If ada apa-apa tak faham terus layari laman web MKN okeh. 

Semoga dengan setiap ujian dan dugaan yang kita sedang lalui ini dapat menjadikan kita insan yang lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah. InsyaAllah Amin. 


Kredit: Tan Sri Muhyiddin Yassin, MKN

1 Comentarios

  1. kami yang kat selangor ni entah bila la agaknya ya... aduhai nasib-nasib, cumanya kalau akak la still lagi takut la walaupun dah cukup 2 dos vaksin, tetap risau bila ramai-ramai tu. Cukup 2 dos vaksin bukan badan kita kebal dr covid

    ReplyDelete