Skip to main content

Posts

Showing posts with the label karya

Cerpen: Aku Dan Dirimu Part 2

Sambungan daripada entri yang lepas... BACA :  Aku Dan Dirimu Part 1 gambar sekadar hiasan Zarissa tersenyum sinis. Sinis sekali. Tertawa riang tatkala mendengar khabar angin yang dibawa oleh rakan sekelasnya. Iya, sudah tentu tentang kisah buruknya yang telah mencuri kertas soalan peperiksaan Business Study dan telah menjualnya kepada pelajar lain. Zarissa masih galak tertawa sambil sesekali menggeleng-gelengkan kepala. Entah apa yang lucu, Fazliana pun tidak faham. Lagak gadis itu seolah-olah berbangga dengan publisiti murahan dan masalah yang telah diciptanya sendiri. Dan  buat sementara waktu, dia tinggal bersama rakan sekelasnya yang tinggal di luar kawasan kolej. Itupun secara terpaksa. Rakannya terpaksa membenarkan Zarissa tinggal di situ setelah diugut. Iya, Zarissa mengugut akan menyebarkan berita bahawa gadis itu jua turut bersubahat mencuri kertas peperiksaan.             “Sa, aku rasa...

Cerpen: Aku Dan Dirimu Part 1

Dari sini, bermulalah sebuah cerita...             “Sir, maafkan saya... Saya tak bermaksud nak buat macam tu Sir...,” rayu gadis itu, sambil terus mengikuti langkah pansyarahnya, Zaharil yang sedang menuju ke arah MyVi hitamnya.             “Sudah! Diam! Cukup tu Zarissa ! Saya bosan dengan sikap awak! Menyesal saya percayakan awak selama ni! Damn you!!” bentak Zaharil geram, lalu melangkah masuk ke dalam keretanya.             “Tapi, Sir....,” suara Zarissa mendatar. Dia hanya mampu melihat  dengan hampa kereta pensyarah muda itu berlalu pergi membelah jalan. Air matanya palsu yang dibuat-buat masih mengalir di pipi. Tiba-tiba dia tertanya-tanya. Bagaimana agaknya nasibnya selepas ini? Zarissa tidak pasti. Yang pasti dia akan bersiap-sedia untuk menghadapi semuanya. Berani buat,...

Cara Menggunakan Perkataan "Di" Dengan Betul

Pada posting kali ini Sis nak berkongsi cara menggunakan perkataan 'di' dengan betul. Walaupun di entri blog, Sis tidak selalu menggunakan tatabahasa yang betul, tetapi sangat penting apabila kita bertujuan untuk menulis cerpen, novel atau sesuatu yang lebih official.  Macam Sis juga, mesti ada yang keliru macam mana nak guna perkataan 'Di' dengan betul. Samada perlu dekat atau jauh. Di sini Sis akan berkongsi 'di yang dekat' dan 'di yang jauh' dengan harapan dapat menghapus sebarang kekeliruan pada kita semua. Menurut penulis daripada blog depsaafzan, ‘di yang dekat’ hanya EKSKLUSIF untuk penggunaan ‘di’ yang dipadankan dengan kata kerja/perbuatan (verb).Dalam kes ini, ia bertindak sebagai imbuhan. Jadi, ia harus didekatkan.  Manakala, ‘di yang jauh’ adalah ‘di’ yang BIASANYA diganding dengan kata nama/tempat (noun).Dalam kes ini, ia bertindak sebagai sendi (kata penyambung). Jadi, ia mesti dijauhkan. Contoh: ...

Cerpen: Mirage (Part Akhir)

Sambungan dari  MIRAGE Part1 "Siang malam termimpi-mimpi Pagi petang tercari-cari Tiap saat ternanti nanti Kau masih tiada disisi ... "  - Mirage, Pesawat   Datin Rafiza terduduk di sofa empuk di banglo mewahnya. Saat ini, kenangan lalu mula bermain-main dimatanya. “Kau ke Nur Irisha Abdul Aziz?” soal seorang wanita separuh umur sambil memandang Irisha dari atas hingga bawah seolah-olah ingin menerkam sahaja gadis itu. “Iya....sa....,” belum pun sempat menghabiskan kata-katanya satu penampar hinggap tepat di pipi kiri Irisha membuatkan dia hampir sahaja tersungkur. Irisha terkejut, tidak tahu mengapa dia ditampar tanpa sebab. “Dasar betina gatal! Hei, betina! Jangan sesekali kau cuba ganggu hidup anak aku! Kau sedar tak kau tu tak setaraf dengan kami??!! Aku jijik dengan orang miskin macam kau! Tak sedar diri!! ” tempik Datin Rafiza, menyinga tiba-tiba tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. “Kenapa?Apa salah saya puan? Lagipun siap...

Beza Prolog Dan Epilog

Assalamualaikum & Hi! Mungkin ada yang tertanya-tanya... Apa itu prolog? Dan apa pula yang dimaksudkan dengan epilog? Beza prolog dan epilog 1. Prolog  Bermaksud prakata. Merupakan pembukaan sesuatu cerita atau peristiwa dan akan diikuti oleh Bab 1. Biasanya prolog akan di hiasi dengan pantun, sajak , syair, imbas kembali atau sesuatu peristiwa yang berlaku di dalam sebuah penceritaan. 2. Epilog Apa itu epilog? Epilog biasanya adalah ringkasan atau bahagian akhir sesebuah cerita. Biasanya ditulis untuk menjadikan sebuah cerita itu lebih menarik lagi. Sekian, daripada saya. Harap info ini membantu :) rujukan : blog  @Nurul Farehah Jaamad

Cerpen: Mirage ( Part I)

   CERPEN: MIRAGE ( Part I)              'Cahaya terang menembusi Bagai   sebuah kisah misteri....' Di luar jendela, hujan telah mula berhenti. Awan-awanan mula berarak perlahan. Mentari mula menampakan diri. Tersenyum riang di dada langit. Dan dia masih lagi di situ, lena dibuai mimpi yang indah bagai tidak berkesudahan. Sedikit pun lenanya tidak terganggu dek kedatangan mentari yang memancar-mancar ke muka jendela. Naufal hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat kelakuan sahabatnya yang sering bangun lewat kebelakangan ini. Lenanya tidur Asyraf bagai tidak mahu bangun untuk beribu tahun lagi. Bagai ingin terus lena bersama mimpi-mimpinya yang indah. Kelihatan nyenyak sekali. Melihatkan lena Asyraf  itu, bagai tidak sampai pula hati Naufal untuk mengejutkannya dari tidur. Tetapi tidak kali ini, Asyraf harus dibangkitkan apatah lagi sahabatnya itu telah banyak kali ketinggalan...

Cerpen: Siapakah Di Hatimu?

P agi itu, tatkala mentari mula terbit dia berteleku di situ. Memerhatikan fajar mula menyingsing dan melihat sang camar yang berterbangan riang untuk mencari rezeki. Namun, hatinya tidak seindah hari yang menjelma. “Kenapa menangis ni?” Soal Daniel sambil duduk di atas pangkin kayu itu bersebelahan Nabeehah. “Eh, mana ada saya tak nangislah..,” Nafi Nabeehah lantas berpura-pura ceria sambil cuba menyembunyikan kesedihannya. Sedaya dia tersenyum semanis mungkin meskipun jauh di sudut hati dia jua tidak begitu menyenangi kehadiran Daniel pada ketika itu. Mengapa insan lain yang diharap insan lain yang datang? “ Eha, jangan cuba tipu abang. Abang tahu awak nangis. Awak takkan dapat sembunyikan kesedihan awak dari abang..,” ujar Daniel prihatin. “Abang Dani ni ada-ada ajelah. Erm.. kalau saya nangis pun apa salahnya, dapat buat senaman mata..,” ujar Nabeehah tersenyum ceria sambil sempat berseloroh. Tanpa sedar sedikit sebanyak kehadiran Daniel menyenangkan hati jua meskipun k...