Facebook Page

Monday, 25 April 2016

Pertemuan dan Perpisahan




Assalamualaikum semua…

Topik hari ini ingin saya ulas mengenai pertemuan dan perpisahan. Saya tidaklah sebagus mana untuk mengulas topik ini, kerana saya juga manusia biasa yang penuh dengan kelemahan dan pernah menangisi perpisahan. Namun, berharap moga-moga sedikit perkongsian ini dapat meredhakan hati-hati yang sedang bersedih, yang tercari-cari jawapan. 


Siapa yang suka kan perpisahan? Sudah tentu tiada siapa. Lagi-lagi jika pertemuan itu telah memberi kesan yang besar kepada kita. Setiap pertemuan pasti akan adanya suka duka, pahit manis dan meninggalkan kenangan yang boleh memberi kesan mendalam pada hati. Siapa jelah yang mahu semua itu berlalu pergi? Percaya atau tidak, setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Samada perpisahan sementara, jangka masa panjang mahupun selamanya. Ada orang kata jika tidak mahu adanya perpisahan, elakkan pertemuan. Tetapi, mampukah kita untuk mengelak daripada dipertemukan?


Kadang-kadang kita menangis bila ditinggalkan orang tersayang, terpaksa berpisah dan melepaskan orang tersayang, samada keluarga mahupun kekasih. Kita mungkin akan memberontak, menyesali takdir dan ada yang mungkin seolah-olah menyalahkan Tuhan. Astagfirullah alazim.  Tetapi, kita lupa yang aturan Allah itu cantik sekali dan setiap apa yang berlaku tu mesti ada hikmah disebaliknya kan? Kadang-kadang Allah menguji kita dengan perpisahan daripada org tersayang sebab kita terlalu taksub dengan cinta dan kasih-sayang manusia. Sampai kita lupa bahawa Allah sepatutnya nombor satu di hati dan bahawa cinta manusia tidak kekal abadi, tetapi cinta Allah swt lah yang kekal dan abadi. Cinta teragung dan indah. Sebab apa? Sebab kita tahu bahawa Allah tidak akan pernah tinggalkan kita. Sejahat-jahat mana pun kita, Dia akan sentiasa sudi menerima dan mengampuni dosa-dosa kita selagi kita bertaubat dan kembali kepadaNya.





Apapun yang sudah biarkan sudah. Yang berlalu biarkan berlalu. Move on. Learn how to let go. Kadang-kadang bila sukar melepaskan kita akan terleka terlalu lama pada pintu yang tertutup sampai tidak menyedari akan pintu yang terbuka untuk kita. Lepaskanlah dan bebaskan dia. Serahkan semuanya pada Allah. Biarlah Allah yang menilai baik buruknya sesuatu perkara itu untuk kita.



“Boleh jadi kamu membenci sesuatau, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padalah ia amat buruk bagimu; allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah [2]:216 )

Redha kan semua yang terjadi. Anggaplah pertemuan dan perpisahan itu kerana Allah. Dan semata-mata untuk mencari redhanya.  Serahkan dia dan serahkan semuanya pada Allah. Dan jangan lupa sebut nama mereka yang anda sayang di dalam doa. Kerana doa juga merupakan saluran untuk mencurahkan kasih sayang kita. Mengingati seseorang di dalam doa merupakan kasih sayang yang paling dalam buat seseorang.





Setelah itu, senyumlah, bangkitlah. Lihatlah sekeliling, dunia ini begitu luas. Lihatlah seandainya kita ada terlepas sesuatu ketika kita hanyut dalam kesedihan. Mungkin saat kita bersedih kita terlupa seketika pada insan-insan lain yang turut sama menyayangi kita sedang risaukan kita. Hargailah mereka yang ada. Yang pergi biarlah pergi. Doakan mereka dan selalu sedekahkan al-fatihah, samada mereka yang pergi itu masih hidup atau telah tiada di dunia ini. Yang ada disisi, hargailah. Dan ingatlah satu perkara bahawa mencintai & menyayangi itu tidak semestinya memiliki. Kerana dunia ini sementara, pinjaman seketika buat kita semata-mata untuk mencari redha Allah.







Jika terlalu sukar melupakan kesedihan, selalulah perbanyakan solat sunat taubat dan solat hajat. Mohonlah apa yang dimahukan dan istikharahlah demi meminta petunjuk dari Allah swt. Teringat lagi pesanan seorang Ustaz, paling penting carilah kekusyukan dalam solat fardhu dan awalkan solat fadhu anda. Ingat, dalam apa-apa perkara yang kita lakukan, letaklah dan niatkan semuanya kerana Allah. Kerana bila kita tahu apa yang kita buat semata-mata untuk mendapat redha Allah, perasaan sedih itu seolah-olah tidak wujud lagi. La tahzan innallaha ma'ana.  



Sekian, Assalamualaikum :')


12 comments:

  1. Betul tu...Mencintai tidak semestinya memiliki, sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang Terbaik. Yakin dan Redha. Dia tahu segala yang tersurat dan tersirat di dalm hati hambanya ;')

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. insyaAllah moga ada hikmah disebaliknya :)

      Delete
  2. Entry yang menarik dear. ♥ Setuju sangat, setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap yang berlaku, ada hikmah bahkan ia sebenarnya ujian & dugaan dari Allah supaya kita tidak leka mahupun terlalai dalam fantasi dunia. Walhal akhirat lah kekal abadi. Setiap yang terjadi juga telah ditakdirkan menerusi Qada' Qadar Allah. Jika kita tidak mempercayai Qada' Qadar Allah, maka kita tidak percaya dengan perancangan Allah. Nauzubillahiminzalik, moga dijauhkan perasaan itu. Berdoa banyak-banyak agar satu masa nanti, the right one is the best for you dear. Aminnnnnn. ♥☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn... insyaAllah. yup.. dan kena redha, percaya dan yakin dgn setiap qada dan qadarnya meskipun perit macam mana. insyaAllah ada hikmah & nikmat yang akan cuba ditunjukkanNya. Alhamdulillah.. sedikit demi sedikit dah mula nampak sekarang. btw tqsm for the support dear :')

      Delete
  3. My dear Nadhie.. =)
    Sometimes Allah removes everyone from our life at a time where we feel desperate for attention, for an understanding soul, for reassurance, so he could remind us that only in Him we find the peace n relief. =) He test us lil bit to keep our Iman firm, as he loves to hear us making dua to Him. This world is a test field for the believers. Allah will never burden someone if they can't carry on. He swears that every difficulties, there will be ease. Keep faith. Insyaallah... If something is meant to be, it will happen at the right time with the right person for the best reason. (^__^) xoxo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said kak aina. alhamdulillah. And I always keep in mind that Allah would never put us in a situation that we can't handle, and trust that everything happens for a reason even when we are not wise enough to see it. Alhamdulillah.. feel ease right now. :) btw tqsm for the thought and support :) Really appreciate it =)

      Delete
  4. Sedihnya baca sebab memang lepas ni kena berpisah dengan bestfriend. Dia dah habis matrik dan saya still dekat matrik. Lepas ni nak lepak dengan sapa, nak cakap dengan sapa, nak makan dengan sapa T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee. chill okay my dear. dulu akak pun time dah abes study kena berpisah dgn bff. mula2 memang sedih giler, tapi lepas je abes study, masing2 dah kerja ktorang still keep in touch. selalu wassap, selalu keluar tengok wayang , hangout. takpa, lepas abes study & dah bekerja nanti boleh selalu hangout dgn dia. hihi =D Moga Allah berkati dan panjangkan hubungan kalian. aminn..

      Delete
  5. sabar ye.. Allah akan gantikan yg lebih baik dr sblm nie.. yg penting jgn terlalu sedih hingga lupe Allah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...