Skip to main content

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam



Tanda-tanda Seseorang Meminati Anda Di dalam Diam | Biasalah kadang-kala bila minat, tapi segan nak cakap.  Atau mungkin juga waktu tidak berpihak pada mereka. So senyap-senyap je lah kan. Apapun, jika nak tahu samada seseorang itu meminati anda di dalam diam, mungkin boleh perhatikan ciri-ciri di bawah ini. 


Jika banyak persamaannya mungkin ya, dia sedang meminati anda di dalam diam. Jika tidak faham-faham jelah. Boleh move on dah.  Oleh itu, jom tengok apakah tanda-tanda jika seseorang itu mungkin meminati anda di dalam diam. 






Tanda-tanda Seseorang Meminati Anda Di dalam Diam



1.Resah Gelisah Apabila Sedang Berhadapan Dengan Anda


Apabila seseorang meminati kita di dalam diam, sudah pasti dia akan merasa resah gelisah, malu dan nervous setiap kali berhadapan dengan kita. Sangat sukar untuk dia bersahaja dan relaks apabila berhadapan dengan seseorang yang senyap-senyap diminatinya. Seolah-olah bila korang ada, bagai ada yang tidak kena dengan dirinya. Apa sahaja yang dilakukan terasa serba tak kena, rasa serba salah membuatkan dia berpeluh sendiri tanpa dipinta. 

Sampaikan setiap kali berhadapan dengan kita, dia pasti akan menundukkan wajah dan kadang-kala memandang ke arah lain. Membuatkan kita terpinga-pinga sendiri. Padahal nak bercakap dengan kita ni, tetapi pandang tempat lain pulak? Nak bercakap ke tidak sebenarnya ni? Ada bau mulut ke? Atau ada cili dekat gigi kita? Ha, tak pasal-pasal sampai gitu sekali terlintas di fikiran.

So, macam mana? Pernah jumpa tak seseorang yang berciri-ciri macam ni? Kadangkala best jugak jumpa orang yang tiba-tiba nervous dengan kita ni tau. Rasa macam sweet pun ada, macam wahh.. tak sangka ada orang nervous dengan haku. 


rasa serba tak kena


2.Tersenyum Setiap Kali Melihat Anda


Seseorang yang meminati anda di dalam diam secara tidak langsung akan tersenyum ketika melihat anda. Nak tahu kenapa? Kerana hatinya sedang berbunga-bunga. Apabila melihat kita, hanya yang indah-indah sahaja yang terbayang difikirannya. Mungkin juga dia sedang membayangkan sedang bersalaman dengan tok kadi dan sedang bersanding di atas pelamin dengan anda. Hoh. Sampai gitu sekali tau. Dah membayangkan masa hadapan terus. Sweet. 

Tidak kira apa sahaja yang dilakukannya, memandang dari jauh, berbual dengan kawan, senyuman tetap akan terukir di bibirnya saat kita melintas di hadapannya atau saat dia ternampak kita walaupun dari jauh.

Jadi, sambil lalu-lalu tu, ushar-ushar lah sikit kowt ada orang tu tengah pandang sambil tersenyum melihat anda. Jangan dia pandang orang lain tapi anda pulak yang perasan dah lah ya. Hihi.


Terbayang detik-detik bahagia, hati berbunga-bunga


3.Tak sah kalau tak tegur dalam sehari!


Apabila seseorang sedang meminati anda di dalam diam, sudah pasti apa sahaja perkembangan tentang diri anda ingin diketahuinya. Selain itu, dia jua turut berasa senang apabila dapat berbual dengan anda. 

Perhatikan, seseorang yang meminati anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bertanya khabar dan menghantar pesanan ringkas melalui whatssap messenger. Kadang-kala dia mungkin malu untuk menegur secara berhadapan, oleh itu whatssap messenger, facebook messenger dan sebagainya merupakan platform wajib untuk berbual dengan anda. 

Jika tidak menegur dalam sehari, hidupnya rasa macam tak sah! Kebiasaanya dia akan gemar mengusik dan memuji insan yang diminatinya itu. 


Setiap hari mesti nak tegur, at least buat muka comel ke 


4.Berangan/Terpaku setiap kali Berbual Dengan Anda


Tengah-tengah bercakap dengan orang yang berada di hadapan kita, tiba-tiba dia senyap semacam je sambil tenung muka kita. Dah apehal dengan dia ni kan? Sampaikan kita terpaksa panggil dia berkali-kali dan barulah dia macam tiba-tiba tersedar dari lamunan! Huh! Apehal kan? Takyah nak tiru drama sangat boleh tak encik/cik? haha.


Hal ini berlaku apabila seseorang yang meminati anda sebenarnya sedang berangan ketika berbual dengan anda. Bukan berangan dengan merenung ke arah lain, sebaliknya berangan sambil merenung wajah anda. 

Adakalanya, mungkin juga dia sedang mencari kekuatan untuk meluahkan perasaannya. Atau mungkin juga dia sedang berangan seolah sedang bermain bersama anak-anak anda berdua suatu hari nanti. Ceh sweetnya. keh!


Berangan


5. Aura Dan Perasaannya Seolah-olah Dapat Kita Rasai


Apabila seseorang meminati dan menyayangi anda di dalam diam, otaknya mungkin asyik memikirkan anda. Membuatkan dia tanpa sedar telah menghantar gelombang-gelombang tertentu kepada anda. Dan membuatkan dia seolah-olah sedang menghubungkan telepati dengan anda. Jadi tidak hairan jika seseorang sedang meminati anda, anda juga seolah-olah bagai dapat merasai perasaannya itu. 

Mungkin bila anda berdepan dengannya, anda pula yang tiba-tiba rasa nervous. Pernah tak rasa macam ni? 

Aura yang terlalu kuat


6. Selalu Memerhatikan Anda/Curi Pandang


Bunyinya macam psiko kan? Tetapi tidak lah seperti psiko yang mengintip dan mengendap anda dalam diam dan mungkin mengekori tanpa sedar. Okay, seseorang yang meminati anda di dalam diam, selalu perhatikan anda apabila anda berada berdekatan mereka. Tidak dapat dinafikan lagi. Apabila insan yang disayangi berada tidak jauh dari pandangan mata, hati rasa senang untuk terus mencuri pandang.

Dan apabila kita pandang balik, dia cepat-cepat mengalihkan pandangan. Amboi! Tapi, okay lagi lah dari yang apabila kita pandang balik, dia still tenung kau! haha! takut dibuatnya. Awkward okeh. Tak memasal kita pulak yang terpaksa mengalihkan pandangan dan buat-buat tak nampak. Huhue.




Merenung


Apapun kesimpulannya, inilah antara tanda-tanda seseorang itu mungkin sedang meminati anda di dalam diam. Nak senang, usah berteka-teki. Pergi tanya terus pada tuan punya badan. Yeah, easy said than done. 

But, masa itu emas. Tujuan tanya ni takdalah kowt kang kita pulak yang perasan lebih dan syok sendiri. Senang bila dah tahu, kalau dia sebenarnya tak suka, okay boleh move on! Nextt.. haha! 



Masa ini terlalu singkat untuk dibazirkan. Tak gitu? Okay setakat ini sahaja! Babai!


Comments

  1. hahahahaha~ adoi.. betul la kot ni.. walaupun kakak dah nak masuk 8 tahun jadi isteri orang.. bila tengok suami tetap ADA rasa minat tu.. attitude, senyuman, cara beliau bercakap.. hee~ terpuji suami sendirik !!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh syukran. maksudnya perasaan tu sentiasa mekar kak. hihi. takpa kak puji laki sendiri gak bukan org punya. hihi. Moga kekal bahagia till jannah :D

      Delete
    2. hahahaha~ segan plak akak.. aamiin.. begitulah hendaknya..

      Delete
  2. Pernah jugak rasa tanda-tanda kat atas ni . Tapi jaga hati baik-baik . Berikan pada yabg baik- baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah yaka. sweetnya. moga bertemu dengan yang tepat & terbaik buat awak :)

      Delete
  3. angau tu je yang saya pasti.

    ReplyDelete
  4. Ehem! ada dah ke calon tuh? HAHAH! gurau jerkkkk...

    ReplyDelete
  5. Amboi amboi jdi doktor cinta plak nad nihh :D .. yang tengah strees pon dah tersenyum simpol soranng2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya itulah niatnya. haha! gurau je. harap lah moga ada yang tersenyum ketika membaca. Really appreciate that. ;D

      Delete
  6. adakah anda sedang dilamun cinta.. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dh tercrush dkt dia walaupom hanya 2 hari tgk dia for the first time

      Delete
  7. Banyaknya tanda-tanda... :)
    betul kata Nad tu, Nak elak terlebih perasan baik gi tanya tuan punya diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. 😉 wajib tanya. settle semua. usah dibiarkan hidup diselubungi misteri. hihi

      Delete
    2. hmm tapi kalau kita je yang perasan mcm mana.huhu sakitnya perasaan tu. tapi simpan perasaan sorg2 pon sakit juga. huhu dalam dilema. saya masih tak de kekuatan lagi nk pi tnya.

      Delete
  8. hahaha ada orang tengah angau ni rasanya. Love is in the air gitewww. awww. by the way, comel kartun2 dalam entei ni. nak buat macam mana ya, cer share sket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapekah orang tu? 🤔🤔 guna apps je sis. moment cam kalau tak silap namanya

      Delete
  9. Hihi...tetiba terbayang zaman anak daras...Zaman meminati dan diminati.... Tapi ada ke yg meminati .Entahlah.... Tak delah kot sebab tak femes kan haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, kompemlah ada 😉 akak je yg tak perasan kowt 😜

      Delete
  10. senyum sorang2 baca entri ni...kenangan lama, a crush and then crash boom bang..minat dari jauh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow. tak sangka menyemai semula nostalgia lama. mesti cam sweet je kan time tu kak. hihi

      Delete
  11. hheeh baca entri ni macam bayangkan tuan badan sedang jatuh cinta je..heheh..apapun nice entry.semua image tu cantikkk sangat,,makin kreatif nadhie ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tidaklah artikel ini untuk semua orang. hihi. btw tqq dear :)

      Delete
  12. hmm saya bingung sebenarnya...ada seorang lelaki ni... dia selalu pndg sya wlwpun DRI jauh.bila sya pndg dia ,dia x alih pndgn pula..dia trus je tenung muka saya kdg2 smbil senyum..kdg2 just muka biasa2 ja..tu yg buat sya tkut nk tgok dia lama...(sbnrnya sya mmg suka dia lama dah)kwn sya pun ada Prsan yg byk kli pndg saya...satu masa tu,sya tgh brbual gelak2 dgn kawan llki saya...saya sedar Msa tu dia ada nmpk kmi brbual..tba2 dia pndng kwn llki sya dgn pndgn yg tajam..muka marah..hari tu,dia lgsung x tgok muka saya.hari tu muka dia nmpk sedih je... tpi dia dah ada gf.knp dia buat mcmni?yg sya hairan... msa tu sya nmpk dia brjln dgn kwn prmpuan dia (classmate).sya nmpk dia dri jauh sbb sya mmg Kenal tubuh dia mcmna.. tba2 dia pndg blkg dan dia tgok muka saya smbil senyum..masa tu sy tgh brdiri dkt bus top..lpstu prlhn2 dia brjln utk bgi kwn prmpuan dia tu jln dpn dia & dia d blkg... dia buat mcmtu seolah2 dia x nk sya slh fhm...byk kli lah sy dpt tgkp dia curi2 pndg saya.. kdg2 bila dia tgh jln dgn kwn dia.. msti kwn dia pndg sya jg n buat sstu spt bri signal yg mrka nmpk sya.. entahlah tpi hti saya kuat britahu yg sbnrnya dia sukakan saya.tpi sy rsa mustahil jg SBB dia ada gf... tpi sya hair an bla dia trsrmpk dgn gf dia,dia x pndg gf dia even bertegur pun x.ke dia dh mula lupakan gf dia?sya thu dia seorang yg baik.. msthl dia ada niat jht..tpi kan,musthil seorang llki tu asyk pndng kita wlw dri jauh TANPA SEBAB.bila sya terserempak dgn dia,bla sy tgok mata dia seolah2 dia nk bgitau sesuatu mllui pdgn dia yg mndlm.... boleh bagi respon?what's going on?. Assalamualaikum:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saya tau update terkini?

      Delete
    2. saya pandang je muka perempuan, yang saya minat tu tetiba dia pandang tempat lain.

      Delete
  13. betul tu kalau dah suka just bagitau shj jgn simpan perasaan tu...terima atau tak tu lain cerita.

    ReplyDelete
  14. Ade sorng gadis ni suka curi pandang pastu bila saya pandang balik dia toleh tempat lain... Kenape yer?? Kawan saya ada tanya kat dia adakah dia suka saya.. Dia tak jawab tapi senyum.. Apa mksudnye

    ReplyDelete
  15. Confirm dia minat awk.. ye lh kalau tak minat nape nk pandang byk kali. Dia malu nk mengaku pd msa yg sama tak nak menafikan.

    ReplyDelete
  16. My classmate mcmni jgk la pndang sye. bile sye pndang die, die terus tenung sye lame2. Kdang tu hmpir satu hari perhatikan sye smpai rimas la xde privasi nak garu peha pon kne sorok2 yela semua gerak geri sye die tengok. Kadang tu turun tangge ke mesti nak sme2, sye taknak la perasankn so saya buat tak endah je tapi makin hari makin die cuba tarik perhatian sye kadang tu die cakap2 dgn kawan2 die lpstu satu geng kwan die dok pndang2 sye lpstu senyum2. Idk la dlm pale ni fikir die laki gatal je sbb sye xbiase kawan dgn lelaki..

    ReplyDelete
  17. saya pun sama dia curi 2 pandang

    ReplyDelete
  18. Saya punya kes pulak..ada bini orang di tempat kerja asyik dok pandang saya .heran gak..ada masanya renung tepat seolah sedang mengamati.
    Kalaulah dia masih solo.
    Saya on jer hehehe

    ReplyDelete
  19. Saya pulak mimpi pasal dia dh selalu... mimpi pasal saya berjalan2 bersama dia... kalau kat luar pula dia curi2 pandang saya n dia kadang2 ade tegur saya dia ckp 'hai dgn name saya'... tu dia tgh suka dkt saya ke??

    ReplyDelete
  20. Saya pulak mimpi pasal dia dh selalu... mimpi pasal saya berjalan2 bersama dia... kalau kat luar pula dia curi2 pandang saya n dia kadang2 ade tegur saya dia ckp 'hai dgn name saya'... tu dia tgh suka dkt saya ke??

    ReplyDelete
  21. Saya student matrik. Saya juga nak Bertanya, saya ada suka seorang laki iaitu classmate saya sendiri. Dia seorang yang pemalu dan genius(budak pandai).Cuba bayangkan, dia xde ig, fb, ws pon jarang on. Dgn girls pon dia x bercakap. But I love Him. Saya nak start bercakap Dengan dia dr mana pun Saya tak tau. Saya x bagitau sesiapa pun yg sy suka laki(classmate) saya ni. Ya Ampun, sis stress lah. Boleh bagi pendapat ? Please ��

    ReplyDelete
  22. Ya,sya skg melaluinya,perasaan tiba2 dtg tnpa disedari,laki2 yg tidk brapa kenal selalu memandang saya dri jauh,dn selalu senyum ,bila trjumpa jarak dekat mcm senyun malu dn brpaling.apakah maksud nya sis.ada kah dia meminati saya .

    ReplyDelete
  23. yeah, dan hm memang bila saya lepak dengan dia hari tu. Dia duduk depan saya and memang macam rasa dia suka saya :) tapi haih. Saya takut saya yang perasan lebih:) and actlly dia kawan saya

    ReplyDelete
  24. No.3 tu memang ada, tapi Dia boss aku, takkan Dia syok pada staf bawahan, kalau tak de Benda penting pun Dia akan tanya, seolah opah Dia macam kawan, bukannya boss.

    ReplyDelete
  25. Hahaha part tak lari pandangan tu sumpah saya pulak yang kelam kabut buat2 tak nampak. Dah la tepat kat anak mata luruh jantung tapi tu la mungkin ade seseorang yang dah ada dalam perjanjian dia. It's okay life must go on!

    ReplyDelete
  26. Saya dapat rasa tanda tanda macam ni..saya perempuan..sebenarnya apa perlu dibuat ye?..kena direct tanya ke..atau terus berdiam diri..macam mna ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya je jangan malu, kalau dua2 malu apa pon tak dapat. Dapat ke tak dapat belakang cerita.

      Delete
  27. Mcmna klu suami org terpikat pd senyuman kta..hari2 dia srh kta senyum..semua org dh perasan jdi stu umpatan dh skrg ni..xlayan kn tu bos kta..smpai staff ckp berhati2 tkt bos jatuh hati..☺️☺️

    ReplyDelete
  28. No 6 tu selalu giler aku tengok.. Asal aku pandang die.. Dia pura² tak nampak.. Ade sekali tu aku tengok dia.. Dia tengok je aku.. Tak snggup aku tengok dy lagi.. Haha

    ReplyDelete
  29. saya kan,bukan apa tau...saya tahu suatu hari nnti jodoh pasti bertemu

    ReplyDelete
  30. Tak tau nk ckp..selalu curi pandang dan eye contact ketika berbual,tp dia tak pernah luah apa2

    ReplyDelete
  31. Wahh.. seronok sis baca komen-komen & pengalaman korang. Unik & ada cerita tersendiri. Teruskan berkongsi ya 😘

    ReplyDelete
  32. Kalau dia selalu pandang kita kan tuan kenapa apabila kita pandang balik dari jarak kejauhan dia pula yang mengalihkan pandangan seperti menghindar terus tuh langsung senyum-senyum ketawa-ketawa, kalau boleh tahu apa maksudnya tuh tuan Sebab sudah lama dia buat begitu tapi saya pun tidak tahu saya bilang dalam hati saya kenapa ni dia labgsung salting saya hahaha!!, jadi kalau boleh tahu tolong dibalas ya tuan??😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kerana dia sememangnya meminati anda

      Delete
  33. Sama bahaya curi pandang

    ReplyDelete
  34. Tgh tercrush kt seseorang. Dia baik dan sweet la hahaha. Cair hati akak dibuatnya. Tp tu la akk ni jenis yg sedar diri, maka setakat jd crush je pun takpe la. Moga dia bahagia dgn siapa pun pasangan dia. Amiiinnnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh..sweetnya. Semoga ada happy ending buat akak & prince charming😍

      Delete
  35. Min say melalui benda ni saya ingat saya syok sendiri tapi dah hari hari dia ikut saya pdg dari jauh snyum2...saya pun pelik nape dia ni asik folow saya curi amk gambar bila saya perasan dia malu... saya tungu je bila dia nak tgur saya depan...

    ReplyDelete
  36. 😞segan sebenanrnya kalau berhadapan benda ni sebab saya sedang melalui frasa ni...ada juga tanya dia ni pandg aku ke aku syok sendiri ni....mula tak nak fikir dah hari hari kena flow dia cari je peluang nak jumpa mg sah la dia admire kita dlm diam...harap one dia ada courage nak tegur saya...sebab saya dah fell for him dalam diam

    ReplyDelete
  37. 2024 hadir hahaha walaupon posting ni dah lama, haritu lepak kedai mamak, ade sorg ni 3 kali pandang aku, aku pandang dia balik dia pandang tempat lain. Masa aku nak bayar makanan, aku pandang dia,dia senyum, aku pon senyum🤣 tu tanda dia suka kot❤ free palestin🍉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alooo..nape semua pakai profile anon ni? Cuba pakai profile betul, mana tahu dia jumpa komen awak kat sini. 🤭

      Delete
  38. Min sy nk Tanya sy ni kerja hantar parcell sy confius skrgni ada satu bangunan ni sy hantar parcell dekat kaunter ada kaunter perempuan ni biasa kalau sy hantar mesti bila hantar dia suka curi2 pandang bila sy pandang baru dia sibuk pandang komputer balik tapi perempuan ni nampak muda sy pulak xde muda sgt rasa mcm kelakar 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry min baru online. Wahh.. sawitnyaa. 😍 Mungkin kerana awak handsome sbb tu dia curi pandang. 🫰🏻

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda