Monday, 1 August 2016

Awas! Berhati-hati Dengan Online Scammer

Assalamualaikum & Hi!


Dalam pada tengah asyik online tu, berhati-hatilah. Usah terpedaya dan terpengaruh dengan online scammer yang terdapat merata-rata di internet ni. Sekali terkena memang tak boleh nak berpatah balik dah. Daripada nak kaya, boleh bankrap jadinya. So, berhati-hatilah. Dan ingat perkataan ni sampai bila-bila.

"Tak ada benda yang free dekat dunia ni."

Yes, tak ada benda yang free. Dunia ini bukan khayalan, bukan mainan fantasi yang senang-senang kau nak dapat duit beriban free-free yang jatuh dari langit. Kalau tidak berbayar dengan duit, mungkin akan berbayar dengan air mata dan sebagainya. So, berhati-hatilah. Dan dekat bawah ni saya akan kongsikan beberapa taktik salah satu internet scam yang terdapat di internet.

Actually benda ni saya jumpa pun kebetulan. Mula-mula baca artikel dekat website pcworld, then nampak dekat bahagian " you might also like" ada artikel-artikel macam ni. Macam Suspicious je baca tajuk dia, ( Millionaire? RM425/hr? Dan gambar tu.. Kuala Lumpur? ) Dalam hati dah syak artikel ni mesti pasal penipuan ni.





Taktik-taktik Scammer Untuk Menipu Mangsa


1. Tulis cerita yang boleh bagi inspiration

Maybe si scammer tahu kebanyakan orang yang akan search tentang cara kaya dengan cepat, cara jana pendapatan beriban sekelip mata biasanya orang yang terdesak, baru lepas kehilangan kerja, baru lepas bankrap, ada masalah kewangan dan sebagainya. So, dengan menulis cerita atau something yang bagi inspiration kepada golongan-golongan terdesak ni, automatik mereka akan percayakan si scammer. Situasi yang diberikan mungkin ada kena mengena dengan situasi golongan terdesak ni. Contoh macam cerita dekat bawah ni. 



2. Cheque Sebagai Bukti

Untuk membuktikan yang 'kisah-kisah kejayaan mangsa mereka' adalah benar, memang tak sah la kalau tak letak gambar cheque. Bila dah letak tu confirmlahkan mangsa akan percaya. Entah dari mana dorang rembat cheque ni pun aku tak taw la. Yang pasti zaman sekarang ni takat nak edit-edit tu memang petik jari je la kan. Eh cheque Google Adsense pun ada la. ;'D Kalau nak taw lebih lanjut korang siasat la sendiri ek. 



3. Website yang ditiru seolah-olah website official dari web-web tertentu

Bila bakal-bakal mangsa mereka ingat berita scam tu dari website official, so memang mudah la nak percaya kan yang berita tu betul konon-kononnya. Yela kita kalau sekali imbas tengok memang xperasaan la kan website tu phising ke apa kan. Dan website tu kalau korang tekan page lain akan terus bawak korang ke onlinewealthmarkets/billionaireblueprint untuk memudahkan atau lebih tepat lagi mempercepatkan lagi korang untuk sign up dengan mereka. Contoh macam dekat bawah ni dia ciplak Daily news punya web. aritu pernah terbuka konon-konon website thestar kalau xsilap saya. Tapi kalau tengok betul-betul link dekat atas tu baru kita akan perasaan links dia suspicious. 



5. Gambar-gambar kereta mewah, percutian sebagai bukti

Dah kaya takkan tak ada kereta mewah kan kowt. Yang ni samala macam MLM, skim cepat miskin kaya dan sebagainya. Tak sah kalau takda gambar BMW sekenhen, ciplak, gambar rembat dsb sebagai bukti. Then haruslah holiday setiap minggu di tempat yang gempak-gempak untuk membuktikan lagi kekayaan mangsa mereka. 



6. Komen-komen Sebagai Bukti

Komen-komen merupakan medium penting buat scammer untuk menguatkan lagi content dari website mereka. Untuk membuktikan konon salah seorang pengunjung website mereka telah berjaya dapat duit daripada mereka ni. Part komen ni paling kelakar :'D Terserlah benar kepenipuan n kepenyangakkannya. Malas nak cakap banyak layankan. huhu.  :DDD


 selain drp apa yg saye highlight tu cuba tgk nama2 drp website B tu. Nama & muka :'D siyesly lawak. sesedap je dia hentam. Puspawati binti jusoh? Erk.. Then Zaitoona Bin Azmi + muka mat salleh :'D sesedap je dorang reka nama. Adoii..



Cari Perbezaannya :'D haha


7. Video Bukti Kejayaan

Perghh.. tak cukup dengan point-point di atas, taktik mereka di complete kan lagi dengan video sepatah dua kata daripada founder scammer ni. Apalagi kan untuk menyakinkan betapa legit nya company dorang ni n cara dorang menjana duit. Selain itu, mereka akan menyelitkan beberapa bukti kejayaan yang diakui sendiri oleh 'jutawan2' mereka yang telah berjaya dengan hanya bekerja goyang kaki je dengan mereka ni. huhu. Selain daripada onlinewealthmarkets dan billionaireblueprint, banyak lagi online scammer lain yang korang kena hati-hati.



Phew.. berjam-jam amik masa nak habiskan artikel ni. Apapun, berhati-hatilah ketika online. Usah dengan mudah tertipu dan terpedaya dengan sesuatu website/iklan yang menawarkan cara untuk anda jadi kaya dengan mudah. Simpan dalam minda bahawa tak ada kekayaan/kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha, tanpa perit jerih. Dan tak ada benda yang free dekat dunia ini. 

Even anda mungkin tengah susah, mungkin tengah struggle sekarang ni... Jangan sesekali mengalah dan berputus asa. Jangan fikirkan cara mudah untuk keluar dari masalah. Berusaha, ikthiar, doa dan tawakal. Mohon Allah swt mudahkan semuanya. 

Moga artikel ini bermanfaat. Sekian daripada saya. Assalamualaikum :)



12 comments:

  1. SCAMMER NI MMG SUKA MENGACAU TIKA KITA ONLINE...SEMOGA XTERKENA OLAH MRK YG MERUGIKAN KITA.

    ReplyDelete
  2. Ada lg benda free dlm dunia.. Produk sample :D. skrg ni tgh baca buku tajuk Free pun keno bayor buku tu -.- dia ajar pasal marketing...

    Fuh hebat juga scammer skrg ni.. Pandai juga dia main keyword ye dgn website yg nmpk gah gitu.. Bahaya2...

    ReplyDelete
  3. Selalu juga video-video macam ni keluar tapi terus X sebab memang tak percaya pun. Huhu. Habiskan kuota je kalau nengok. Hehe. Moga kita semua dijauhhkan dari terpengaruh dengan online scammer ni :D

    ReplyDelete
  4. Sha anti sungguh dengan kerabat-kerabat online scammer ni...merosakkan mood nak online..

    ReplyDelete
  5. Memang kena berhati-hatilah. Jangan cepat terpedaya. Memang kekadang, tanpa sedar terklik web scammer ni, lepas tu terdengar ada suara orang tengah bercakap. Rupa-rupany video dari web scammer tu.

    ReplyDelete
  6. Betul tu.. Mana ada benda free kt dunia ni... Kena usaha baru dpt...

    ReplyDelete
  7. ye banyak sangat scammer skarang ni.. nice entry !

    ReplyDelete
  8. huh mcm2 ye skang neh.. kena extra hati2 nih..

    ReplyDelete
  9. Tips yg amat berguna ssgt. Sy mencik betul ngan iklan yg sebegini. Kadang terpengaruh jgk nk klik. Bila klik da ada virus plak...hurmm

    ReplyDelete
  10. sbb menyampah sgt dgn iklan tepi2 mcm tu saya pergi install adblock TT^TT

    ReplyDelete
  11. Yesss! Bahaya sangat sekarang. Semua orang suka online cuma jangan mudah percaya saja. Tq for the info =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...