Skip to main content

Cara Reset Windows 10 Tanpa Hilangkan File-file Penting Anda



Runsing saya pada ketika itu. Sudah beberapa kali remove, tetapi Browser Hijacker tersebut tetap tidak hilang. Ciput sahaja kecuaian saya pada ketika itu. Hanya kerana terdownload software mengandungi virus, tetapi besar efeknya pada laptop saya. Jenuh menggunakan pelbagai cara untuk membuangnya, baik menggunakan software, antivirus mahupun manual. Tetapi tetap tidak berkesan. 


Setelah berbincang dengan kawan saya, Zack, dia menyarankan saya agar mereset semula windows 10 saya. Fungsinya sama seperti factory reset mahupun format komputer. Dan bertujuan untuk membuang segala malware, spyware dan virus yang sukar dibuang. Tetapi, tak perlu risau sebab file-file penting kita seperti assigment, dokumen-dokumen penting, movie dan sebagainya tetap tidak akan hilang.




Sebab-sebab Kenapa Kena Reset Windows 10?

  1. Apabila windows10 anda terjangkit malware mahupun virus degil
  2. Antivrus tak berkesan untuk melawan malware mahupun virus sedia ada
  3. Letih cari pelbagai cara untuk membuang browser hijacker, tetapi tidak berjaya. 
  4. Reset Windows 10 tidak sama seperti format biasa kerana file-file penting anda still tak akan hilang.
  5. Remove semua aplikasi yang diinstall kemudian oleh anda sendiri, mahupun virus.


Cara-cara Reset Windows 10 Tanpa Menghilangkan File-file Penting Anda


  • 1. Mula-mula tekan logo windows dan pergi dekat  logo"Setting". Macam dekat anak panah dalam gambar tu



  • 2. Bila dah masuk "Setting", pilih "update and security"



  • 3. Pilih "recovery"



  • 4. Nampak perkataan "Reset this PC?" Tekan "Get Started".




  • 5. Then boleh pilih samada nak "Keep my files" atau "Remove Everything". So, pilih "Keep my files"



  • 6. Then korang akan nampak macam ni.



  • 7. Tekan Next



  • 8. Tekan Reset




  • 9. Kemudian akan nampak progress macam dekat bawah ni. 




  • 10. Windows akan start di reset ke factory reset. Tunggu sampai habis 100%



  • 11. Habis je reset, windows 10 akan di install semula. Tunggu je sampai habis 100%



  • 12. Then ia akan keluar macam ni dan banyak lagi ayat-ayat lain berlatar belakangkan warna biru.



  • 13.Akan keluar ayat macam ni pulak. So, sabar. Dalam masa yang terdekat PC anda akan tersedia seperti sediakala.



  • 14. Lastly laptop anda sudah pun tersedia untuk digunakan. Disebabkan beberapa aplikasi telah diremove, so ingin saya ingatkan bahawa anda perlu menginstall semula aplikasi-aplikasi tersebut. Yang penting semua file-file penting anda tetap tidak hilang dan PC anda juga telah bebas dari virus-virus durjana. tsk.

Okay setakat ini sahaja. Kalau ada yang tak faham, tanya je k? =)

 Apapun semoga bermanfaat ! 



Nota kaki : 
  1. Penulis tidak bertanggungjawab di atas kecuaian & kesilapan pembaca ketika mengikut tutorial ini. 
  2. Pembaca tetap dicadangkan agar membackup kesemua file dan data penting ketika mengikut tutorial ini,jika tidak haruslah diserahkan pada yang pakar sahaja. 

Comments

  1. ya betul tanpa mengunakan disc recovery.(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Tak perlu susah-susah dah. Windows 10 senang je . Asalkan tahu caranya :)

      Delete
  2. wah! akhirnya software yg jahat tu berjaya dihilangkan. tahniah!

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bagus... biasanya orang hantar kedai walhal boleh buat sendirikan... bagus entri ni... terperinci... thanks ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup boleh je buat sendiri. Nak hantar kat saye pun boleh.kekeke ;p welkem2

      Delete
  4. haha.. ooo boleh buat tak hilang file eh? masa guna windows 10 ni dulu selalu terjadi error sekali tekan reset factory hilang semua benda.. :D :D :D software apa yg download tu nad??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikk.. dekat reset tu kan Asep, kita boleh pilih samada nak "Keep all files" atau "remove everything". Cuba Asep tengok dekat step no 5. macam yang saye tunjuk tu.


      "Software apa yang download" ha kurang faham Asep maksudkan tentang apa.

      Delete
    2. factory reset rasanye ari tu buat dah teruk sgt error nye tu.. -.-' terus clean semua benda yang ada dalam C:

      tu software yg menyebabkan virus tu.. software ape nad download?

      Delete
  5. Saya pengguna windows 10, hihihi paling best bagi saya. Mudah kan, cuma kena rajin dan teliti je. lagipun sy problem apa2 hantar kt abah je, abah terer repair laptop n pc, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh seronoknya abah reti repair laptop. hehe baguih2 👏🏼👏🏼👏🏼

      Delete
    2. kalau saya repair hantar kedai. huhu

      Delete
  6. memang senang guna windows 10 nie. sebab senang nak manage. :D
    berguna bertul tutorial nie. boleh rujuk nanti kalau ada masalah :)

    ReplyDelete
  7. Kalau windows 8 blh jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tomo, windows 8 sis tak sure 🤔 tak pernah pakai. nanti sis confirmkan balik ya 😉

      Delete
    2. windows 8 pun boleh tapi dia panggil "Refresh Your PC". Langkahnya hampir sama dengan window 10. Juga boleh diakses melalui recovery menu semasa boot windows 8.

      Delete
  8. Ini memang kena bookmark nih! Misal kata nanti terjadi pape, panic tak tentu pasal. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul! dun panik2 k! kompem ada solution punya ^^

      Delete
  9. Bagusnya, tak payah nak reformat cara lama tu kalau nak buat malware

    ReplyDelete
  10. Tak bertukar lagi windows 10 ni sbb orang cakap banyak bug and takda beza sangat pun dengan windows 8. so setakat ni setia la dulu dengan windows 8. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Windows 10 jauh lebih baik dari Windows 8. Banyak problem dalam windows 8 dah diselesaikan..interface memang tak jauh beza tapi sebenarnya banyak beza..saya guna windows 8 sejak mula dikeluarkan..once dah try windows 10 masa dia launch dulu, notebook dan pc semua dah pakai windows 10..kalau kawan2 tanya pun memang saya rekemen windows 10..

      Delete
    2. Itu apa yang org cakap Syed. ;) Tapi hakikatnya sama mcm yang unknown kat atas ni bgtau. windows 10 jauh beza dengan windows 8. So far saya pakai takda apa-apa masalah kecuali if spec laptop tak support cth ram 2gb & hware ketinggalan zaman mmg takleh go on lah dengan win10. ;) thats why depa ingat byk bug, padahal tak check spec agaknya. hihi

      Delete
  11. sy pakai window 7. dah format abis, takda yg tinggal 😭 sy gtau kat kedai tu, minta backup isi dlm laptop tu. lepas dpt laptop, aduhhh. takda yg dibackup. kuciwa jiwa raga 💔 sakitnya tu d sini *tunjuk kat dada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nour Adieb..guna perisian recovery macam recover my files ke atau recuva, tapi kena keluarkan hard disk notebook tu. Perisian data recovery tu perlu di install di komputer lain, kemudian attach hard disk notebook tu ke komputer berkenaan. Saya biasa sangat buat, normally 80% fail boleh dapat kembali. Setakat format hard disk sahaja walaupun berkali2 masih ada peluang untuk dapatkan semula fail yang dah hilang tu. Kecuali la kita buat wipe hard disk (jarang sangat orang buat), kalau wipe memamg tak boleh di recover semula.

      Delete
    2. Suka dia je eh format camtu je. duit dapat tapi.. tak amanah. ;( lenkali hantar kat saye jelah.haha :p *tetiba

      Delete
  12. Saya ada buat pencalonan nama Nadhie Wueen dalam Sunshine Blogger Award. Selamat bersegmen.

    http://www.bilalelakiberbicara.com/2017/03/sunshine-blogger-award.html

    ReplyDelete
  13. Huhuhu.... budak IT memanglah senang.
    Kalau Mrs. A huhuhuu tak tahulah jadi apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je sis. Ekceli saye tahu pun sbb lebih pada minat. kengkawan perempuan satu course ramai gak yang tak tahu. huhue

      Delete
  14. kalau reset pc ni, microsoft office and anti-virus akan terdelete sekali ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak utk win10. win10 just akan reset ke factory reset. maksudnya sama macam time kita dapat masa mula2 beli laptop ni

      Delete
  15. Hai, saya nak tanya kalau kita dah reset kesemua file ada kemungkinan cara yang kita boleh buat tak untuk dapatkan balik fail tu?

    ReplyDelete
  16. Hi nak tanya as a student bnyak assignment yang di save kat dalam laptop kalau ikut cara yang awak ajar file2 assignment tu takkan hilang ke?

    ReplyDelete
  17. Hi nak tanya kalau reset agak2 smua keja2 assignment hilang tak?

    ReplyDelete
  18. Hi nak tanya kalau reset agak2 smua keja2 assignment hilang tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dik! If ikut cara yang sis ajar tu semua file dan assignment takkan hilang. Yang hilang cuma apps yang telah di install.

      Ada dua option atas tu, & sis telah pilih “keep my files”. So file/assignment/video tak hilang.

      Nak lebih selamat pastikan simpan dalam local disk D

      Delete
  19. kalau skrin laptop tiba tiba jadi biru tu sebab apa? and macam mana nak repair?

    ReplyDelete
  20. App Microsoft kita hilang x? Mcmna nk download balik?

    ReplyDelete
  21. Hi sis.. saya dah buat cara sis tu tapi microsoft word/excel saya semua hilang. Kenapa ye?

    ReplyDelete
  22. hai sis. saya dh reset and saya taktau macam mana nak download balik semua apps tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda