Facebook Page

Thursday, 10 August 2017

Makan Makanan Jepun Di Amaimono Japanese Pantri

Assalamualaikum & Hi!




Dah biasa sangat dengan kedai makanan jepun popular seperti Sushi King, Rakuzen, Hei Sushi dan sebagainya, kali ini saya mencuba kelainan dengan menyinggah di sebuah kedai jepun yang masih baru beroperasi di Malaysia, iaitu Amaimono Japanese Pantri, yang terletak di Kepong. Bagi penggemar makanan jepun. menu-menu yang terhidang di sini agak lain dari yang lain dan seharusnya ia menjadi destinasi yang patut korang cuba!





Apa yang special di Amaimono Japanese Pantri? 

Selalunya pelbagai jenis sushi dan set bento kan yang kita jumpa di kedai-kedai jepun popular Malaysia? Tetapi di sini kita boleh dapatkan makanan seperti pelbagai jenis ramen antaranya , nasi dan lauk seperti nasi kari jepun (yang karinya nampak macam warna gold gold sikit), dessert seperti aiskrim dalam perut ikan dan sebagainya. Memang kreatif dan lain dari yang lain kan? :D


Pelbagai jenis ramen yang sedap dan lazat


Salah satu jenis aiskrim yang special dekat sini


Jarang tengok kedai-kedai jepun ada nasi lauk pauk camni. :)







Dekorasi Dan Hiasan Dalaman Amaimono Japanese Pantri

Dari luar, terserlah imej jepun yang melambangkan restaurant tersebut adalah restaurant jepun. Namun, bila masuk -masuk sahaja dekat dalam restaurant, Wow! Memang lain dari yang lain. Selain daripada suasana santai, kemas dan selesa, dekorasinya turut menarik minat saya untuk terus berada di situ. 









Antara Menu-Menu Yang Ada & Harga-harganya

Seperti yang telah disebutkan di atas, menu-menu yang disediakan adalah lain dari yang lain. Nasi terdiri daripada Japanese Curry Chicken Rice (RM10.90) , Black sauce spicy chicken (RM9.90), Red sauce sour spicy chicken(RM9.90), dan banyak lagi.

Ramen pula terdiri dari Tomyam Chicken Ramen (RM13.90), Miso Chicken Ramen (RM13.90) , shoyu chicken ramen (RM12.90), shio chicken ramen (RM12.90) dan banyak lagi.

Honeyi Korean Sweet Toast (RM8.90) & Taiyaki Waffles Ice Cream (RM9.90).  Jom ushar!






Haritu kami order semua jenis nasi & semua jenis ramen, then sharing2 makan.
 Memang sodap semua. My fave is sweet sour chicken & tomyam ramen.




Aneka Jenis Minuman Yang Boleh Didapati Di Sini

Nak minum, boleh try aneka jenis big cup latte (RM7.90), big cup yogurt juice (RM6.90) & upgrade to couple cup (RM8.90) , big cup soda drinks(RM7.60) dan tambah jelly RM1.00 sahaja. 

Nampak tu yang ada dua warna tu lah couple drink. Ada dua straw gitew~


Meh tengok dari sudut lain pulak :)








Belakang Tabir Amaimono Japanese Pantri

Pada yang nak tahu camna Amaimono Japanese Pantri ni, siapa orang belakang tabir dia.. For your information, chefnya ada lah seorang wanita melayu, iaitu kak Faridah dan dibantu oleh anaknya, Faiz. Owner beritahu kami bahawa segala ilmu memasak makanan jepun telah pun diajar kepada kak Faridah dan anaknya. 

So, sebagai seorang muslim yang mementingkan kualiti dan kehalalan sesuatu makanan, kak Faridah menjadi antara orang penting dalam memastikan ayam yang mereka terima dari supplier mana, bahan-bahan yang digunakan juga haruslah mempunyai status halal.



Ya, begini lah dia..


Ni lah chef dia, Kak Faridah. :) 



Nak makan eskrim puas-puas? Makan kat sini , boleh pilih nak perisa apa, gabung dengan apa. Memang puas.Haritu amik cookies & cream+mint. Sodap! 





Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi :


Address: 89, Jalan Rimbunan Raya 1, Laman Rimbunan Kepong, Kepong, 
52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Hours: 
Closing soon · 11AM–11PM

9 comments:

  1. Tertarik sangat2 dengan ais krimnya..wow.

    ReplyDelete
  2. comelnya chef dia,first time tgok ramen variety byk mcm tu

    ReplyDelete
  3. e'in tak penah makan makanan jepun.. tapi bile tengok nie sume, teringinyeeee lahai tekak nie.. huhu

    ReplyDelete
  4. Entry yang akak tertunggu tunggu. Sampai ke dapur haa siasatan nya! Terbaiklah...sukanyaaa. Harap nanti boleh jejak kaki ke sini. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  5. Kenapa semua nampak sedap. Terliur tgk semuanya :)

    ReplyDelete
  6. harga makanan pun berpatutan juga ye.. waaa aiskrim berbentuk burger tu.. ni rasa nk cuba ni aiskrim berbentuk burger ni.. hee.. nice review nad.. :)

    ReplyDelete
  7. Belum pernah nak try makan makanan jepun lagi kecuali shushi.
    Nampak mcm sedap....
    Mahal tak?
    Next time bolehlah try

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...