Skip to main content

Teknik Dan Cara Menguatkan Daya Ingatan Mengikut Cara Islam




Salam Maal Hijrah bersamaan 1 Muharam 1439H buat semua. Moga tahun baru yang mendatang ini akan sentiasa lebih baik dari sebelumnya, dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepadanya & semoga perolehi keampunan, keberkatan dan kejayaan dunia akhirat. Amin! 


Okay, sebelum ini saya pernah berkongsikan cara untuk menguatkan daya ingatan dari segi saintifik dan kajian yang pernah dibuat. Namun kali ini ingin saya kongsikan pula cara lain untuk meningkatkan daya ingatan dan kemahiran kognitif anda , iaitu dengan cara menguatkan daya ingatan mengikut cara islam.


Ada 3 teknik untuk menguatkan daya ingatan mengikut cara islam iaitu dengan cara seperti di bawah ini..


Teknik Dan Cara Menguatkan Daya Ingatan Mengikut Cara Islam


1.Mencuci Gigi Dan Membasuh Mulut


bersugi dan membersihkan mulut


Bersugi dikatakan banyak manfaatnya. Diantaranya ialah:-


1) Pernah diriwiyatkan dalam sebuat hadith riwayat muslim bahawa:

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “. ( Riwayat Muslim )


2) Dapat menajamkan akal.

3) Dapat mencerahkan mata.

4) Melambatkan tumbuh uban .


5) Dapat menggandakan pahala.


6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal.






2.Membaca Al-Quran


membaca al quran


Membaca Al-Quran sangat membantu dalam meningkatkan daya ingatan kerana Al-Quran ada mukjizat dan rahmatnya. Saidina Ali Bin Abu Talib r.a pernah berkata : “Terdapat tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham iaitu bersugi gigi, berpuasa dan membaca al-Quran.”




Biasanya selalu kita dengar, if ada orang koma, bacakan yassin untuknya, InsyaAllah dia akan sedar. Selain itu telah banyak cerita mengenai orang yang pengsan akhirnya sedar setelah dirawat dengan ayat suci Al-Quran.



Ini menunjukan ayat suci Al-Quran dapat membantu meningkatkan daya ingatan, contohnya seperti ayat dibawah.
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” – Surah Al-Isra’ ; Ayat 70



Salah satu tips adalah baca ayat 70 dari Surah Al-Isra’, semasa baca letak tangan atas kepala, insyaAllah akan kuat ingatan. Jadi marilah kita mengamalkan apa saja ayat-ayat dalam Al-Quran dan selalu membaca Al Quran, InsyaAllah akan menguatkan daya ingatan kita.




3. Berpuasa Sunat


berpuasa



Selain itu, antara tips lain dan teknik meningkatkan daya ingatan mengikut cara islam adalah dengan perbanyakan berpuasa sunat. Bagi yang wanita, habiskan menggantikan semua puasa terlebih dahulu, lantas berpuasalah sunat, samada isnin khamis dan sebagainya. Berpuasa bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan pada tubuh badan malah pada akal untuk kesihatan jangka masa panjang. Jom amalkan selalu! 

Berpuasa; selain berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, apa kata kita amalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Comments

  1. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Terima kasih, tips yang sangat baik. Salam Ma`al Hijrah 1439H

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah, terima kasih di atas perkongsian yang menarik.

    ReplyDelete
  3. Salam Maah Hijrah. Perkongsian yg bagus utk kita amalkan. Makan kismis juga boleh membantu.

    ReplyDelete
  4. Salam maal hijrah nadh, ank2 murid tadika akk kena hafal surah Al mulk setiap hari, mudah2an peribadi Dan akal mereka berkembang selari dunia Dan akhirat

    ReplyDelete
  5. Thanks.
    Saya cuba gunakan tiga teknik tu. Untuk diri sendiri. Otak pun dah berkarat ni.

    ReplyDelete
  6. Tq for info. Mmg ini yg Nabi Kita amalkan pun kan

    ReplyDelete
  7. Baru pertama kali baca riwayat imam muslim tentang kelebihan solat dengan bersugi dan solat tak bersugi

    Marilah kita gosok gigi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum, Bersugi Dan memberus gigi sama ke?

      Delete
  8. Dan jauhi buat maksiat dan langgar larangan Allah swt

    Sebab semua yang mendatangkan dosa menggelapkan hati

    ReplyDelete
  9. Salam Maal Hijrah. Perkongsian yg bagus. TQ.

    ReplyDelete
  10. Bab 1 dengan 3 tu hakak malas sikit NW hihi... Gosok gigi 2 kali jer sehari. Nak puasa pun alahai siksanya padahal puasa ganti tak habis lagi tu

    ReplyDelete
  11. Subhanallah. Islam memang indah ya kak :-)

    ReplyDelete
  12. Thank atas tips yg diberikan.
    Insya-allah saya akan amalkannya dalam kehidupan seharian.
    Kadang ii saya pun sering terlupa moga dengan tips yg diberikan membantu sy untuk kuat ingatan.😊

    ReplyDelete
  13. Thank atas tips yg diberikan.
    Insya-allah saya akan amalkannya dalam kehidupan seharian.
    Kadang ii saya pun sering terlupa moga dengan tips yg diberikan membantu sy untuk kuat ingatan.😊

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda