Cara-cara Move On Dengan Cepat Dan Berkesan (Part 1)

Assalamualaikum & Hi!

Cara Untuk Move On Dengan Cepat Dan Berkesan (Part 1- Self Care)


Putus cinta memang menyakitkan. Lebih-lebih lagi cinta pertama. Jika tidak pandai mengawalnya dan tidak tahu hala tuju, mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Oleh itu, di sini saya ingin memberi beberapa pandangan dan cara-cara untuk MOVE ON dengan cepat dan berkesan buat mereka yang sedang mengalaminya. Apapun it depends. Bergantung juga pada sejauh mana kekuatan seseorang dan semangatnya, berapa lama masa yang bakal diambil dan sebagainya. 


Tak apa jika anda mengambil masa yang agak lama berbanding orang lain. It's okay if you want to move on slowly and steady, because somehow you'll manage to completely forget that person. And you know what? It's okay to show your weak side, it's okay to cry. Believe that one day, you'll definitely remove that person from your life. 


So, the first step is self care. Let's see what you need to do before completely remove someone from your mind, heart and memories. 








Tips Dan Cara-cara Untuk Move On Dengan Cepat Dan Berkesan (Part 1- Self Care)





1. Bulatkan Hati


Perkara pertama yang anda perlu buat adalah BULATKAN HATI . Maksudnya buat keputusan muktamad. First of all, bulatkan hati anda yang anda ingin melupakan dia dengan sepenuhnya dan membuang segalanya tentang dia. 

Bulatkan hati anda yang anda ingin move on dan mulakan hidup baru. Berhenti stalk, berhenti bukak profile dia, berhenti berharap, berhenti dari menunggu dia. Block segala jenis social media dia, buang segala gambar-gambar dia , buang segala mesej-mesej dia dan apa sahaja yang ada di galeri fone kau.  Block dan deleted contact dia.

Dan mulai saat itu, sayangilah diri kita dan hargailah diri kita  melebihi segala-galanya. Sedarlah bahawa seseorang yang meninggalkan anda, sebenarnya tidak layak untuk anda. Dan tidak harus diberi peluang untuk kembali pada anda semula. Kerana berkemungkinan ketakutan anda akan berulang kembali. Oleh itu, usah membuang masa dengan manusia seperti ini. MOVE ON! Tutup pintu hati anda serapat-rapatnya untuk dia dan buang sejauh-jauhnya dari hidup anda. Ingatlah bahawa masa ini terlalu singkat untuk dibazirkan. Berilah hati pada seseorang yang betul-betul layak untuk memilikinya suatu hari nanti. InsyaAllah. Amin :)

Mulai saat itu, bagi peluang untuk diri bina hidup baru. Bagi ruang untuk diri mencari kebahagian sendiri, mencari hala tuju dan mendekatkan diri dengan Pencipta.






2. Dekatkan Diri Dengan Allah,


Mengingati Allah swt bukanlah hanya pada saat-saat sukar sahaja. Tetapi mengingatilah saat susah dan senang, setiap waktu. Perpisahan dikala hati masih menyayangi umpama satu musibah dan dugaan besar buat seseorang. 

Tika ini, fikiran anda mungkin jadi tak menentu. Kacau bilau, susah hati dan sedih setiap masa. Perasaan anda mudah dikaburi dengan pemikiran-pemikiran negatif, hasutan syaitan dan sebagainya sehingga ada yang menyalahkan Tuhan di atas apa yang terjadi. Nauzubillah. Jadi tidak hairanlah banyak kisah putus cinta yang berakhir dengan tragedi-tragedi yang tidak sepatutnya. Moga dijauhkan dari semua itu.

Pesan saya, pada saat-saat ini dekatkanlah diri dengan Allah. Redha dengan apa yang terjadi. Usah diikutkan perasaan. Istighfar banyak-banyak dan ingatlah "Allah takkan tutup satu pintu tanpa membukakan pintu-pintu lain yang lebih baik buat kita." Yakinlah dengan aturan Allah. Bahawa aturan Allah itu indah. Kuatkan semangat dan cekalkan hati. Perbanyakan solat sunat hajat, Solat taubat. Dan berdoalah kepadaNya agar dihilangkan segala perasaan terhadap si dia. Dan bacalah Al-Quran selalu bagi mengisi kekosongan dan kesunyian di hati. 





3. Buang Segala Kenangan Dan Pemberian Si Dia


Kekalkan diri anda dengan point 1 dan 2. Improve setiap hari to be a better person. Dan buanglah segala kenangan dan pemberian daripada orang tersebut. Tak ada guna untuk anda simpan lagi. Semua itu hanya membuatkan anda akan sentiasa teringatkan dia. It's no use crying over spilt milk. What is done is done. Past is past. It's okay to look back, but NEVER hold back. Buang semua gambar-gambar kenangan dan segala hadiah /pemberian orang tersebut. Buang sehingga tiada satu pun yang tinggal. 

For those yang terlalu sukar untuk memulakan, deleted sikit-sikit, buang sikit-sikit. In that way, you'll recover slowly. Buang semua perasaan sayang nak buang tu. Ingatlah bahawa lepas je kau buang, satu kelegaan besar akan kau rasai. Seolah-olah satu bebanan yang berat terlepas dari pikulan. 





4. Luahkan Perasaan Anda & Jangan Di pendam


Menyimpan segalanya sendiri hanyalah membuatkan keadaan menjadi teruk. Sakit yang disimpan harus diluahkan. Harus diceritakan pada seseorang, terutamanya teman rapat mahupun keluarga anda.  

Selain itu, jika emosi anda tetap tidak stabil, mengalir air mata tidak kira masa, terjaga ketika tidur dan rasa sakit, meracau, murung dan sebagainya, cepat-cepatlah mendapatkan nasihat pakar. Putus cinta bukan sesuatu yang kita boleh pandang remeh, tapi something yang besar. Elakkan daripada jadi depression. 

Sakit pada emosi mahupun mental, juga akan menjejaskan kesihatan luaran dan dalaman anda. Oleh itu, sebelum melarat, luahkan segalanya. Carilah bahu untuk anda bersandar, pakar, family atau friends. Yang takda bahu nak bersandar tu, meh Messenger sis. Sis sudi mendengar. hehe :) Girls only okay! :D





5. Redha Dan Percaya Dengan Qada Dan Qadar Allah


Mungkin saat kehilangan kita merasa dia lah segalanya, dialah yang paling terbaik dan mana mungkin ada orang lain boleh menggantikan dia. Yakinlah bahawa sesuatu yang hilang itu Allah akan gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik darinya. Dan itu TERBUKTI BENAR:)

Redha dan percaya dengan ketentuannya. Apabila tiba saatnya, nikmat itu akan Allah hantar tanpa disangka-sangka. Sabarlah kerana setiap kesabaran itu pasti akan ada ganjaran besar yang Allah swt akan kurniakan. Amin!





6.  Berhenti Mendengar Lagu-lagu Cinta/symbol cinta korang


Biasalah bila dah pernah bercinta, pasti suka untuk mendengar lagu-lagu cinta, lagu sedih dan sebagainya. Pesan sis, BERHENTILAH! Hentikan semua ini. Gantikan lagu-lagu jiwang, lagu-lagu tema cinta anda itu dengan lagu-lagu yang positif dan boleh menaikkan semangat. Contohnya Hall of fame, Hold your dreams, nasyid-nasyid, lagu-lagu memuji Allah, doa dhuha, asma ul husna, What Makes you Beautiful, Just the Way You Are dan sebagainya. Paling penting, banyakkan mendengar Al-Quran, Manzil dsb.

Always remember this. It's no use crying over spilt milk. Move on. Be positive, be strong, refresh yourself & appreciate those who'll always be by your side and enjoy your life. Cukuplah anda pernah membazir masa lalu anda bersama insan yang tidak layak memilikinya. Hargai masa kini, guna sebaik mungkin dengan perkara-perkara yang berfaedah , dengan orang-orang yang baik dan kejar kejayaan dunia dan akhirat! :)





7. Jangan Terperap, Keluar Dan Bergaul Dengan Orang Sekeliling


Bila hati asyik bersedih. Anda mungkin memilih untuk terperap di dalam bilik, melayan perasaan dan sebagainya. Boleh untuk menangis. Tak salah. Memang patut anda luahkan apa yang terpendam. Ya, memang anda harus ada ruang sendiri untuk bernafas, untuk dilepaskan semua kekecewaan dan kepedihan.

Tetapi, ingatlah berpada-padalah. Cukuplah sekali anda menangis sepuas-puasnya. Setelah itu bangkitlah. Lihatlah dunia luar. Lihat orang-orang sekeliling anda yang sentiasa ada untuk anda. Layakkah anda melayan mereka bagai tak wujud dan terus melayan perasaan? NO! A BIG NO! 

Keluar. Pergi bergaul dengan orang-orang sekeliling. Lihatlah dunia ini begitu luas. Hargai diri anda dan hargai insan yang sentiasa ada di sisi. Bangkitlah dan tersenyumlah. Sedarlah yang bahagia itu sebenarnya adalah pilihan. Kita sebenarnya yang memilih untuk melihat hidup ini dari sudut bahagia atau tidak, positif atau tidak. And again, kehidupan ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan sesuatu yang tak berfaedah. Hargai masa yang ada dan pilihlah untuk bahagia. 




8. Memaafkan Diri Sendiri


Ya, the truth is tak semua orang boleh memaafkan diri sendiri di atas apa yang berlaku. Emosi yang tak stabil mendorong mereka untuk menyalahkan diri atas sesuatu yang bukan silap mereka, sukar memaafkan diri kerana membenarkan orang yang tidak layak untuk hadir di dalam hidup mereka dan sebagainya.  Enough! Walau besar mana kesalahan yang anda pernah buat, terutamanya pada diri anda, tiba masa untuk anda memaafkan diri anda.


Percayalah bahawa dengan memaafkan diri anda, anda akan jadi lebih tenang dan emosi lebih stabil. And again, there's no use crying over the spilled milk. Enough is enough. Forgive yourself so that you'll feel more ease. Dan bertekadlah untuk membina hidup baru, yang jauh lebih baik dan diredhai Nya.

Hidup ini terlalu indah untuk terus bersedih. Cheers


Jadi inilah antara cara-cara dan perkara wajib yang anda perlu buat terlebih dahulu sebelum buang seseorang selama-lamanya dari hidup anda. Yes,"Self Care". Sangat penting untuk bina kekuatan mental dan dalaman terlebih dahulu untuk mengatasi kesedihan dan untuk effect buat jangka masa panjang. 

Dan seterus membina kekuatan dalaman dan move on, sangat penting jua untuk membuang sisa cinta yang masih ada di hati. Takdalah nanti kowt kalau terserempak tanpa sengaja, perasaan sakit tu datang. 

Sudah tentu kita tidak akan merasa apa-apa apabila perasaan cinta terhadap seseorang itu telah dibuang jauh dari hati. Yang itu saya akan sambung di part 2 pulak. Dan sambil tu jom tengok video abang Bikai ni. Perkongsian yang sangat bermakna buat mereka yang memerlukannya. 



credit video : Abang Bikai


Okay setakat ini sahaja! Bubye!


"I don't care about losing people who dont want to be in my life. 
I've lost someone that mean the world to me (yeah of  course one of my family),
but I'm still doing fine"





p/s : This article has nothing to do with penulis's current life. :p Just sharing is caring



Comments

  1. betul semua tips tu. hahaha nak lagi senang, pergi cari orang baru cecepat. Itu lah yang I buat masa zaman tukar tukar pakwe dulu. hiks

    ReplyDelete
  2. aishh macam tepat je entri ni utk I yg tengah patah hati hahaha

    ReplyDelete
  3. pas banget..tapi yang susah dilakuin adalah nomer 8

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan semua tips ni. Enough is enough kan. kita menangis pun bukan boleh betulkan keadaan jugak. kita sedih, dia boleh je bahagia dengan orang lain. so, lebih baik kita gembirakan hati kita.

    ReplyDelete
  5. Setuju Nad, no 7 tu paling mudah, gi keluar dengan kawan2... happy kan diri...

    ReplyDelete
  6. Good tips but when it comes to emotions, we might try to fake it and kadang tu, nampak mcm ok but rahsia di hati siapa la yg tahu, kan? In the end, memang berserah kat Allah untuk tolong kita.. ^^

    ReplyDelete
  7. perkara yg lepas usah dikenang...kalau dikenang merosak badan dan akal..

    ReplyDelete
  8. setuju dengan tips2 ni. kena move on. hidup hanya sekali. nak bersedih tu normal sebab kita manusia yg lemah. tapi lepas tu kena let go. jgn lama2. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment