Cara Melindungi Privasi Komputer Anda Dari Sebarang Ancaman Pernah tak anda rasa macam tak selamat ketika melayari internet? Rasa macam diperhatikan misalnya. Pernah? Memandangkan zaman ini adalah zaman teknologi, pelbagai ancaman , pencerobohan pada jaringan internet mahupun di alam maya boleh berlaku pada bila-bila masa. Contohnya seperti Spam, SCAM, ransomware, phising, Denial of Service Attac (Dos), zombie komputer, social engineering dan sebagainya. Disebabkan itu pada hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tips macam mana nak jaga komputer kita dari sebarang ancaman terutamanya ketika melayari internet dan sebagainya. > Cara Melindungi Komputer Anda Dari Sebarang Pencerobohan 1. Pastikan firewall di komputer anda sentiasa Turned On Firewall biasanya dapat membantu dan merupakan pelindungan paling asas sekali pada komputer anda dan akan menghalang hackers daripada mencuba untuk mengakses komputer anda, merosakkan sistem, delete information penting