Facebook Page

Tuesday, 11 October 2016

Cara Terbaru Remove Shortcut Virus

Assalamualaikum  & Hi!




Apa kabar? Sihat? Ingat lagi tak anda pada kes virus shortcut yang pernah mengemparkan beberapa institusi pengajian tinggi suatu ketika dulu? Famous betul virus tu baik dikalangan lecturers, cikgu mahupun students.

Mana taknya habis kerja-kerja, assignment yang penat-penat buat hilang macam tu je. Siapa la yang tak bengang kan? Lagi-lagi time nak buat presentation. Memang menggeletar lutut la jawabnya XD Yela time tu pula mana ada lagi cara untuk hapuskan virus tu. Antivirus pun tak berkesan.

Btw baru-baru ni, adik saya mengadu yang pendrive dia kena virus shortcut yang diternak daripada laptop kawan dia. Risau betul dia kalau pendrive tu cucuk dekat komputer dia nanti beranak-pinak pulak dekat situ. Then saya kata jangan risau. Masalah kecik je. So, dekat sini saya nak share cara mudah saya buang shortcut virus tu.


Cara Terbaru Remove Shortcut Virus


1. Pastikan laptop/komputer anda telah di install dengan antivirus.

2. Cucuk pendrive dekat laptop.

3. Scan pendrive dengan antivirus. Automatik semua virus-virus tu lesap tanpa diragu-ragui lagi. Tapi, still tak nampak file-file penting dalam pendrive? Okay jangan risau.

4. Bukak cmd. (command prompt). Taip je code dekat bawah ni.


                                 attrib -h -r -s /s /d F:\*.* 

5. Just ubah yang berwarna merah tu. Bukak my computer dan tengok location pendrive korang. If dekat G, gantikan G dekat warna merah tu.

6. Tekan enter. Ia akan loading sekejap.

7. Bukak balik pendrive dan korang akan nampak balik folder korang yang disembunyikan virus shortcut tu. Selesai.


Mudah je kan? Actually code dekat atas adalah bertujuan untuk munculkan file korang yang hilang tadi. Tentang virus jangan risau. Antivirus sekarang semua uptodate & berkemampuan menghapuskan virus shortcut.

Btw if nak tengok cara lama remove shortcut virus, click je <sini>

Okay, semoga bermanfaat :)

32 comments:

  1. tutorial bermnafaat penting diketahui

    ReplyDelete
  2. Wah bagus ni buat rujukan anak2 akak sebab bila pendrive digunakan kat laptop orglain ( terutama kat kedai pc) pasti banyak virus mengikut.

    ReplyDelete
  3. ermm bahasaya klau masuk Komputer yg x de antivirus...Abe Nik bank kali kena

    ReplyDelete
  4. tutorial bermanfaat.tq for sharing.singgah sini

    ReplyDelete
  5. wow!!..tutorial bagus ni..thanks

    ReplyDelete
  6. Hiii time belajar dulu banayk jugak dok main tukar pen drive dgn kawan2 ,,macam ni lah jadinya hiii...

    ReplyDelete
  7. Singgah sini n salam kenal :))))

    ReplyDelete
  8. suka tips ni sis, sebab sllu jadi kat pendrive akak.. hihi..TQ :)

    ReplyDelete
  9. wah..blh save ni..tenkiu for these osem tips..=)

    ReplyDelete
  10. Kalau student uitm pakai shortcut uitm je. hehe

    ReplyDelete
  11. ooo begitu.. baru tahu camtu rupanya nak buat.. terima kasih atas info ni.. :)

    ReplyDelete
  12. Thank you Nadhie untuk entry ni! Hehe kita ni memang noob sikit bab bab IT. Eh yeke sikit? :p

    ReplyDelete
  13. wah, thank you for the info, sebab sebelum ni guna satu software apa ntah

    ReplyDelete
  14. saya guna uitm shortcut virus remover :D tapi akan cuba cara ini. termia kasih :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...