Shopping Barang Dapur Secara Online Dengan Honestbee! | Jadual yang padat dan masa kerja yang tidak menentu membuatkan kita jarang ada masa untuk membeli barang dapur dan pelbagai keperluan harian yang lain. Sama seperti saya, selaku seorang pekerja shift sepenuh masa dan juga pelajar membuatkan jadual harian saya sangat padat kebelakangan ini. Namun, dalam masa yang sama saya tidak mahu terlepas untuk belajar memasak dan mencuba resepi-resepi baru di rumah. Runsing memikirkan keadaan ini sehinggalah tiba-tiba dalam masa yang sama saya mendapat jemputan event untuk ke majlis pelancaran Honestbee, yang merupakan portal membeli barang dapur secara online samada di website atau menggunakan apps . Wah! Bak kata orang bagai pucuk dicita ulam mendatang. ^^ Haha. Nak tahu kenapa? Meh sini nak cerita... Honestbee Media Launch Ceremony Pada 28 Februari 2017 yang lalu, Honestbee Media Launch Ceremony telah berlangsung di Restaurant The Bee Publika, So