Skip to main content

Minum Teh dan Makan Tengahari Bersama Aeril Zafrel di Cafaeyen, IOI City Mall Putrajaya





Pada sabtu yang lepas bersamaan 4 March 2017, Aeril Zafrel telah membuat penampilan istimewa di Cafaeyen Restaurant, IOI City Mall Putrajaya. 

Pelanggan yang bertuah bukan sahaja berpeluang membeli minuman yang telah di serve oleh Aeril Zafrel, malah turut berpeluang untuk mengambil gambar dengannya. Wah! Siapa yang tak nak kan? Bukan selalu nak dapat peluang di serve minuman oleh artis ni! Rugi pulak rasanya haritu tak rebut peluang ni. Hehe



Suasana di Cafaeyeyen, IOI City Mall pada hari biasa.  
Terletak di level LG dan berdepan dengan Big Apple. 


Sampai-sampai je suasana sudah mula riuh apabila emcee pada haritu mengumumkan bahawa Aeril Zafrel akan membuat penampilan istimewa di situ sekejap lagi. Di luar kawasan kedai kelihatan sudah ada yang mula menunggu dan menjenguk-jenguk.



Suasana di Cafaeyen pada hari tersebut



Selesai mendaftar dan bertegur sapa dengan Marcus, sementara menunggu kedatangan Aeril Zafrel, kami terus mengushar menu dan bercadang untuk order makanan. Awal-awal lagi dah besarkan muatan perut sebelum datang ke event. Padahal kejap lagi nak makan lagi dengan Aeril pulak. Hehe. So nak tahu apa yang kami order? Meh ushar.



Order dulu. Rambang mata tengok menu dekat sini




Thai Tom Yam Fried Rice. Sedap! Rasa tomyam yang bergabung dengan nasi, udang dan sotong. So far sangat menepati citarasa




Thai spaghetti. So creamy! Macam adik saya dia tak berapa masuk dengan creamy2 ni. Last2 kami swap menu. So far memang kenalah dengan tekak saya. Sedap. Shoo yummieh!




Thai omelette with crab. Lain dari yang lain. Sambil kunyah akan rasa isi ketam di situ.




Thai Fish Cake. Okay. Sesuai untuk dijadikan penambah lauk jika mahu.




Pulut Mangga. So delicious! Seriously ni pulut mangga yang paling sedap pernah saya makan. Tekstur pulutnya yang lembut dan mangga yang berasa lemak-lemak manis. Menjadikan ia sangat sedap dimakan! Mungkin lepas ni if datang lagi, inilah menu pertama yang saya akan order!




Tak lupa juga minuman. Saya pilih Emerald Milk, lain dari yang lain. 
Rasa susu bersama gandingan teh yang sedap dan lagi apa yer? 




Minum Teh dan Makan Tengahari Bersama Aeril Zafrel di Cafaeyen


Sedang asyik menikmati hidangan, akhirnya, Aeril Zafrel pun tiba di Restaurant untuk serve customer bertuah pada haritu. Bukan selalu kan nak dapat peluang artis popular hidangkan air untuk kita kan? Phew! Untunglah siapa yang datang pada hari itu.




Adeehh.. Adeess.. bestnya dapat waiters rencem macam ni bancuhkan air untuk kita


Sebaik sahaja Aeril tiba, suasana sudah mula sesak dari luar kedai sehingga ke dalam kedai. Ramai yang beratur panjang dan datang untuk membeli minuman darinya sambil tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Aeril. Dan saya masih lagi menikmati hidangan ketika itu. Lagi-lagi saya bukan jenis yang suka bersesak. So, sis terus menikmati makanan dan membiarkan adik sis yang merupakan peminat tegar Aeril Zafrel untuk mengambil gambar-gambarnya. Adik kita cakap dia sampai mengigil bila jumpa Aeril depan-depan. Fuhh.. gituh sekali ya kalau dah minat.



Aeril ketika ditemuramah oleh pihak media. Berkenaan apa tak tahulah kita. 


Setelah ditemuramah oleh beberapa pihak media dan dikerumuni peminat yang tidak putus-putus datang, akhirnya tibalah detik yang ditunggu-tunggu. Iaitu sesi borak-borak santai dan makan tengahari di antara para blogger bersama Aeril Zafrel. Memang satu pengalaman yang bermakna. Yalah bukan selalu kan dapat makan semeja sambil borak-borak dengan retis ni. Time tu tanya soalan merepek-repek pun Aeril layan je. Phew~ 



Selepas menikmati makan tengahari bersama Aeril, kami para blogger tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan beramai-ramai bersama Aeril


Memang sporting lah dia ni. Saya yakin dia dah mula penat time tu, tapi still maintain cool bila ada yang nak bergambar dengannya. Nak dekat tujuh lapan kali budak yang sama datang nak berselfie pun, dia layan kan aje. hahaha. Cayalah bro! 




So, last but not least


Okay setakat ini sahaja! Harap-harap anda semua enjoy membaca artikel ini.  Di musim-musim demam selesema ni, jaga kesihatan dan rehat secukupnya okay? Apapun , jika masih belum terlewat ingin saya ucapkan selamat hari wanita terutamanya kepada ibu saya dan kesemua wanita di seluruh dunia! Stay fit & stay healthy k



Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi :

Instagram : 

Facebook: 




Comments

  1. Waaaaaa bestnya! Untunglahhhh btw muka saya macam ada iras la dgn Aeril ni. Oklah bye haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkk... 🤔🤔 hmm 😏 pun boleh Syed. hahaha

      Delete
  2. Akhirnye dapat juga berselfie ye nad.. Hehe.. Pergh siap bergetar badan lagi tu..
    Nmpk menyelerakan hidangan tu nad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak dah bergambar dgn dia, tp cukuplah share satu je . hihi. erk bergetar? yg menggigil tu adik kita la Asep 😏

      Delete
  3. Wah dapat welfie lagi tu, untungnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. welfie selpie semua ada. 😂 Mujur orangnya super sporting & seronok borak2 dgn dia . hihi

      Delete
  4. hensem kan hahaha... dr lapar terus kenyang LOL.. kekekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! betui. memula ingat nak rembat tomyam depan mata tu. geram tgk udang besar2. teruih tak jadi bila dia ada depan mata 😂 kekeke :p

      Delete
  5. bestnya, dah lah makan sedap lepas itu dapat jumpa Aeril Zafril tu.. hehe, Neeza pun dapat invitation ni juga tapi plan nak bercuti tu dah book dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Mujurlah dekat Neeza. Kalau tak maybe saye pun tak dapat pergi sbb pax sangat jadual skg ni. Sobs.

      Delete
  6. Nyum nyum mmg best.. msh tak leh move on lg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi. tahu takpa. Memang dok teringat- ingat nih :p terutamanya orang tuh. kahkakaka

      Delete
  7. Adusssss...memang menggoda betul lah semua makanan tuh. Especially pemanis mulut tuh. Muka korang ada iras sket. Sket ajer la. OK? HAHAHAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aihh memang menggoda kak. ni dok teringat pulut tu je. meleleh ayaq liur tgk gamba ni balik. hahaha. hmm.. seiras? even cket je pun still rasa cam tak caye 🤔 betui ka kami seiras? Ni yang tetiba rasa mcm berjodohan ni . Erkk 😜😆 hahaha. Bak kata irda naseb baik laki orang. kekeke 😆🤔😏😜

      Delete
  8. UTUNGLAH BLOGGER2 YG BERPELUANG BERSAMA AKTOR KACAK SAMBIL MAKAN2 HIDANGAN YG SEDAP SEMUANYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee. Alhamdulillah kak PI. Sesekali bila dapat join event macam ni hilang rasanya segala kepenatan di bahu. hehe

      Delete
  9. Ya ampun, hensemnyaaaa.Hahahaha. Mai minat dengan aeril & wife , sweet je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! samalah kita Mai. Minat betul dgn laki bini ni. dgn anak2 dorang sekali. semua lawa2. bertuahnya depa^^

      Delete
  10. wargggh, hidangan tu semua nampak menyelerakan. bestnya dapat jumpa artis yg diminati

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda