Ni kali kedua iolss jumpa Chef Dato Fazley dekat event. Nak selpie dengan beliau? Datang lah pada 19 Nov ini. Beliau ada. |
Makanan yang sedap, namun dalam masa yang sama masih mengekalkan gaya hidup yang sihat. Siapa yang tidak mahu bukan? Beruntung warga Seremban apabila pihak IJM Land bakal mengadakan karnival Fit & Foodie sebagai karnival tahunan mereka yang bakal diadakan di IJM Land S2, Sales Office, di Seremban 2 pada 19 November 2017, dari 9am hingga 6pm ini.
Btw, ni kali kedua sis jumpa Chef Dato Fazley dalam event. Nak tahu pasal event yang sebelum ni boleh baca dekat SINI
ANTARA AKTIVITI MENARIK DI FIT & FOODIE?
Fit & Foodie Carnival Bakal Diadakan Di Seremban 2 Pada 19 November 2017 Ini Dari kiri : Goh Liu Ying, Chef Dato Fazley & Dato' Hoo Kim See |
Apa yang menariknya karnival Fit & Foodie ini bukan sahaja mengabungkan makanan dan elemen kesihatan, malah turut mengadakan bermacam aktiviti-aktiviti berfaedah kepada komuniti seperti hidangan yang sedap dan menyihatkan, free gift, bermacam-macam contest (seperti pertandingan mewarna, fitness dance & sebagainya) , balloon clowns, lucky draw, games stalls, derma darah, derma rambut dan banyak lagi!
Di mana tujuan aktiviti-aktiviti tersebut sebenarnya lebih untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat seperti mempunyai balanced lifestyle, motivations, memenuhi aktiviti dengan perkara yang berfaedah, memandang sesuatu dari sudut yang positif , menghindari stress dan sebagainya.
“This year, the theme for our carnival well reflects the personality of most Malaysians, who enjoys the occasional good food with their friends and family, yet fully accepts the importance of living healthily,” kata Dato’ Hoo ketika sesi press conference yang diadakan di Seremban 2 ‘Fit & Foodie Carnival 2017’ baru-baru ini.
Dato’ Hoo Kim
See, yang juga merupakan Senior General Manager (Central Region) di IJM Land Berhad percaya bahawa amalan gaya hidup yang seimbang sangat penting dan merupakan pucuk pangkal seseorang untuk kekal sihat, gembira dan seterusnya menjamin kesihatan yang berpanjangan.
Sekitar press conference Fit & Foodie Event |
Sekitar press conference Fit & Foodie Event |
CHEF DATO' FAZLEY & GOH LIU YING
TURUT HADIR
Turut memeriahkan Karnival Fit & Foodie ini adalah Chef Dato Fazley yang merupakan artis yang cukup dikenali dan juga Masterchef selebriti Malaysia. Lebih menarik adalah kehadiran Chef Dato Fazley bertujuan untuk mengajar cara penyediaan makanan yang sedap, tetapi sihat dan berkhasiat.
Manakala Goh Liu Ying, selaku atlet Malaysia yang telah memenangi Silver Medal pada Rio Olympics yang lalu hadir bertujuan untuk berkongsi amalan gaya hidup sihatnya, cara menangani stress dan cara untuk merelakskan diri dalam kesuntukan masa kita.
Goh Liu Ying & Chef Dato Fazley bersama Dato' Hoo |
TERDAPAT BANYAK CONTEST MENARIK
UNTUK DIMENANGI!
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang lain yang boleh dibuat di sini adalah pencarian Ms. & Mr. Fit fesyen ikon, the Best Jazzercise Dance Contest, pertandingan mewarna, Recipe Corner Contest, dan games stalls , di mana bermacam-macam kontest turut diadakan di games stalls tersebut. Paling penting ada LUCKY DRAW! Dan menariknya, ada lebih kurang 30 hadiah untuk dimenangi!
So, apa tunggu lagi kan? Lets save the date! Buat warga Seremban mahupun bukan, jom sama-sama memeriahkan lagi karnival Fit & Foodie 2017 ini yang bakal diadakan pada 19 November 2017 ini. Untuk maklumat lanjut , sila hubungi IJM Land Seremban 2 Sales Office di talian 1800 222 456.
Jumpa di sana! Bye!
Wahh..menarik ni. Confirm dapat sambutan ramai.
ReplyDeleteBagus jugak carnival camni fit and foodiee idok la asyik ingat makan jerr hii.. Duh.. jauh2 plak setiap kali ada event,, nak selfiee x dapat dah haa..
ReplyDeleteAssalamualaikum dan Selamat Pagi Sis Nadhie
ReplyDeletePergi jalan lagi ya
Makan makan jalan jalan
Salam Jumaat Maznee ucapkan
Dekat dengan tempat saya.. Hopefully dapat join sama..
ReplyDeleteWah bestnya selfies dgn fazley..
ReplyDeletebestnya dapat selfie ngan fazley, jauhhh nk pergi. hee
ReplyDeleteWahh bestnyerr
ReplyDeleteMenariknya, yang best dapat bergambar dengan selebriti... dapat tumpang glemer...
ReplyDeleteGandingan yang menarik FIT dan Healthy Food.
ReplyDeleteBanyak terlibat dengan event sekarang ni sis
ReplyDeleteWau bestnyer awak...siap bergambar dengan dato fazley...
ReplyDelete