Sudah hari terakhir rupanya kita berpuasa. Sekejap sahaja masa berlalu. Alhamdulillah. Moga ramadhan ini semua amalan kita diterima Allah dan moga mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya. Amin! Lama sudah rasanya sis tidak berdating dengan adik bongsu. Tahun ni umur beliau 12 tahun dah. Tahun depan dah 13 tahun, masuk sekolah menengah. Tetapi kenapa sis tetap rasa dia macam adik kecik sis yang comel? Sekejap aje masa berlalu. Tahu-tahu adik hakak pun dah nak bujang.Sobs Dipendekkan cerita, berlatar belakangkan suasana yang indah dan lampu-lampu neon jalan, kami berdua pun tiba di Sunway Velocity Mall bagi memenuhi jemputan untuk berbuka puasa di Fish & Co.’s sambil menghabiskan kualiti time bersama. Sambil sis pegang tangan dia, namun ditepis beliau sambil mengatakan yang dia boleh jalan sendiri, dia takmau dipegang, so akhirnya kami pun tiba di Fish & Co.’s sebelum azan maghrib berkumandang. Apa Yang Menarik di Fish & C...
A technology and lifestyle blog covering digital safety, technology tips, online trends, and modern living.