Skip to main content

Berbuka Puasa di Fish & Co.’s Dengan Set Hidangan Sedap Feast for 2





Sudah hari terakhir rupanya kita berpuasa. Sekejap sahaja masa berlalu. Alhamdulillah. Moga ramadhan ini semua amalan kita diterima Allah dan moga mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya. Amin! 

Lama sudah rasanya sis tidak berdating dengan adik bongsu. Tahun ni umur beliau 12 tahun dah. Tahun depan dah 13 tahun, masuk sekolah menengah. Tetapi kenapa sis tetap rasa dia macam adik kecik sis yang comel? Sekejap aje masa berlalu. Tahu-tahu adik hakak pun dah nak bujang.Sobs

Dipendekkan cerita, berlatar belakangkan suasana yang indah dan lampu-lampu neon jalan, kami berdua pun tiba di Sunway Velocity Mall bagi memenuhi jemputan untuk berbuka puasa di Fish & Co.’s sambil menghabiskan kualiti time bersama. 

Sambil sis pegang tangan dia, namun ditepis beliau sambil mengatakan yang dia boleh jalan sendiri, dia takmau dipegang, so akhirnya kami pun tiba di Fish & Co.’s sebelum azan maghrib berkumandang.



Apa Yang Menarik di Fish & Co.’s & Sedap Feast For 2?



Hidangan Soup Yang Sedap dan Creamy


Usai registration, kami sempat bermain game terlebih dahulu sebelum menunggu waktu berbuka puasa. Terdapat 3 jenis game yang disediakan pada hari itu. Ha, tak susah. Easy je. Sesuai lah untuk orang yang berpuasa. Just daya penaakulan tu kena tinggi kan. Antara game yang diadakan adalah meneka jumlah ikan yang terdapat pada screen laptop, teka isi dalam kotak dan teka jumlah bebola dalam balang. Semua teka teki je kan. Setiap staff akan menunggu di setia slot. 

Selesai bermain game, kami terus ke meja masing-masing, di mana terdapat tagging nama masing-masing di situ. Antara hidangan terawal yang sampai adalah soup cendawan sebagai pencuci mulut sebelum mendapat main dish.




Pelbagai Pilihan Fish & Co.’s Fish & Chips Menu Yang Boleh Dipilih

Okay berikut merupakan antara set hidangan sedap feast for 2 yang pasti mengecurkan liur. Pada hari tersebut, saya hanya memilih danish fish & chips, manakala adik saya pula memilih set "Salted Egg Fish & Chips.


1. NEW YORK FISH & CHIPS
Signature Fish & Chips stuffed with parmesan cheese and topped with lemon butter sauce.

2. SWISS FISH & CHIPS
Fish & Chips with mozza-oregano stuffing, topped with garlicky lemon butter sauce.

3. DANISH FISH & CHIPS
Sink your teeth into this Fish & Chips oozing mozzarella cheese with a hint of chili. 
Topped with lemon butter sauce.

4. THE BEST FISH & CHIPS
The best Fish & Chips in town. Need we say more?

5. SALTED EGG FISH & CHIPS
Freshly battered Fish & Chips in a salted egg yolk concoction. Ridiculously addictive!

6. AFRIKA FISH & CHIPS
Classic topped with smokey Peri-Peri sauce. 
Waka Waka Afrika!

7. ARCTIC FISH & CHIPS
We searched the Northern Atlantic oceans for Pollock, brought the fish back and prepared it in our signature way.

8. MALAYSIA FISH & CHIPS
Our Best Fish & Chips topped with fiery sambal sauce. Sedap!





Aneka Jenis Minuman Mocktail

Berikut merupakan pula antara hidangan minuman jenis Mocktail yang didapati di Fish &Co.'s. Ternyata ia punyai keunikan dan kelainan yang tersendiri. Nak tahu camana rasanya? Kenalah cuba sendiri! :)

1. CLASSIC MOJITO

2. LYCHEE MOJITO

3. PASSIONFRUIT MOJITO

4. CITRUS MOJITO

5. CITRUS GRANATE ​- A bubbly refresher of citrus and pomegranate.

6. LIMO FIZZ ​- Lime with hints of orange in this fizzy quencher.

7. PEACH RAINBOW​ - Sweet paradise comes true with peach and cranberry fusion



Antara Outlet-Outlet Fish & Co.'s di Malaysia


Berikut merupakan antara outlet-outlet Fish & Co.'s yang terdapat di Malaysia. Kalau ada keinginan untuk mencuba boleh lah singgah outlet berdakatan anda!

The Sedap Feast for 2 is available is the following Fish & Co. outlets:
1) Sunway Velocity Mall

2) Setapak Sentral 

3) IOI City Mall Putrajaya

4) Paradigm Mall

5) The Mines Shopping Mall

6) Main Place Mall @ USJ21







Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi :


  http://www.fish-co.com.my/the-first-catch.
 http://www.facebook.com/fishncomy
http://www.instagram.com/fishncomy

http://www.twitter.com/fishncomy




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda