Skip to main content

Christmas Eve Buffet Dinner & Tree Lightning Ceremony & @ Dorsett Kuala Lumpur




Baru-baru ini kami berkesempatan untuk hadir ke Christmas Eve Buffet Review yang bertempat di Dorsett Hotel, KL. Sesampai sahaja di Hotel, terus kami ke haluan yang dikhaskan untuk meletakkan kereta, lantas staff mengambil alih dengan membawa masuk kereta ke dalam lift untuk diparkir di tempat letak kereta bertingkat di sana. Selesai sahaja urusan itu, terus Nadhie dan suami menuju ke lobi.  


Masuk-masuk sahaja lobi hotel pemandangan mata kami dihiasi pokok Krismas Putih di lobi yang cantik dengan perhiasan tradisional krismas sempena perayaan hari krismas yang bakal menjelang tiba ini. Ia bertemakan Alpine White Christmas di Dorsett Kuala Lumpur.


Antara perhiasan tersebut adalah seperti lampu lilin Krismas, kayu balak, empingan salji, perhiasan berwarna biru & putih serta lain-lain lagi dengan bertemakan 'favorite little things'.


Untuk pengetahuan anda, Dorsett Hotel ni merupakan sebahagian inisiatif jenama global yang diberi kepercayaan untuk terus membawa tetamu ke sebuah perjalanan yang ikonik. 


Dengan ini, Dorsett Hotel membuka haluan kepada semua untuk berhubungan sosial yang berada di bawah janji jenama - " Stay Vibrant".


Christmas Eve Buffet Dinner & Tree Lightning Ceremony @ Dorsett Kuala Lumpur

Christmas Eve Buffet Dinner & Tree Lightning Ceremony &  @ Dorsett Kuala Lumpur

12 Hari Krismas Market di Windows Lounge

Salah satu acara kemuncak di Dorsett Kuala Lumpur pada musim perayaan dan sambutan tahun baru 2018 adalah pelancaran "12 hari Pasaran Krismas " atau "12 Hari Krismas Market" yang akan diadakan di Windows Lounge Hotel dengan kerjasama pelbagai rakan vendor. Mereka akan menjual pelbagai jenis barang-barang perhiasan yang cantik dan unik sebagai hadiah Krismas bermula 10 hingga 21hb Disember 2018. 


Terdapat pelbagai kategori hadiah krismas yang bakal dijual di setiap gerai seperti pakaian batik, batik yang direka bentuk dan dibuat oleh pasaran tempatan, set kutleri tembaga, periuk dan kuali, minyak wangi, manik Borneo, kraftangan dan beg, sabun buatan tangan, aksesori kontemporari dan banyak lagi. 


Pengunjung juga dialu-alukan untuk datang sendiri dan menyaksikan Pasar Krismas ini serta mendapatkan hadiah Krismas anda untuk insan-insan tersayang.





Acara Menyalakan Pokok Krismas

Pada 12 Disember 2018, Adele Ang, yang merupakan Pengurus Besar Dorsett Kuala Lumpur merasmikan Majlis "Christmas Tree Lighting Ceremony" di lobi hotel.


Manakala anak-anak pelarian dari Myanmar, yang merupakan sebahagian dari Misi Agape turut menghiburkan para tetamu dengan persembahan dan nyanyian yang merdu kepada tetamu yang hadir pada malam itu.





Promosi Krismas Hanya Pada Bulan Disember Sahaja!

Okay yang menariknya pada ulang tahun ke-20 Dorsett Hotel, ia menawarkan Promosi Krismas hanya untuk bulan Disember di Windows Lounge sebanyak 20% untuk minuman dan makanan (kecuali pada 31 Disember).



Christmas Eve Buffet Dinner @ Checkers Cafe

Jom datang beramai-ramai pada 24hb Disember 2018 untuk makan malam buffet krismas yang pasti sukar untuk anda lupakan!


Harga yang ditawarkan bersama menu yang pelbagai dan mewah ini hanyalah RM118 (Per-person), bertempat di Checkers Café dan untuk sepanjang hari anda berada di sini. Sangat berbaloi!


Bagi mereka yang masih tercari-cari tempat makan untuk meraikan malam tahun baru, Dorsett Kuala Lumpur mungkin menepati ciri-ciri yang anda cari pada 31hb Disember 2018.


Rancang makan malam tahun baru ini bersama keluarga dan rakan-rakan di Checkers Café untuk RM118 setiap orang bermula dari jam 7 malam. 


Diantara Menu Disember Sempena Hari Krismas


Roasted Tom Turkey
Roasted NZ Leg of Lamb
Gingerbread
Christmas Cookies
Christmas Almond Stollen Bread

Dan banyak lagi!!








Catch the fireworks @ Level 30's rooftop pool area


Selain itu anda juga boleh ke Dorsett Residences Bukit Bintang  untuk menyaksikan persembahan bunga api dan menikmati dua minuman di aras kolam renang di tingkat 30. 

Tambahan lagi, rasai pengalaman = Vibrant Way to Stay with Dorsett - Your Rewards this Christmas. Berikan reward pada diri anda dengan  global loyalty program yang akan menawarkan penginapan mewah buat anda. 

"Sign up now to enjoy a free upgrade to silver membership benefit. To learn more about 'Dorsett - Your Rewards' or to sign up for the loyalty program, please visit:-"

 www.dorsett.com/en/loyalty-program.



'Stay Vibrant with Dorsett'!

Stay tuned for more information and updates at

or 

 IG #DorsettKL

#DorsettHotels #KualaLumpur #DorsettMyRoom #DorsettKL #DorsettInternational # DorsettKLturns20 #StayVibrant #AlpineWhiteChristmas

Comments

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda