Spaghetti Segera Master Pasto Mudah Disediakan Secepat 3 Minit!


Assalamualaikum & Hi Semua!




Ingat maggi je yang ada yang segera? Ha, kini spaghetti pun ada yang segera tau! Kebiasaannya bila nak sediakan spaghetti pasti akan mengambil masa yang lama. Nak celur lagi, masak sosnya lagi dan sebagainya. Lagi-lagi apabila mahu memastikan yang spaghetti tersebut masak dengan sempurna dan elok. 

Ha, tapi kini tak perlu risau lagi sebab spaghetti memang dah ada yang segera! Iaitu spaghetti jenama Master Pasto yang Nadhie baru je tahu kewujudannya baru-baru ini. Semudah ABC je nak memasaknya dan secepat 3 minit sahaja penyediaanya tau!



Cara Penyediaan Spaghetti Master Pasto Semudah 3 Minit

Perhatikan sahaja gambar di bawah. Terdapat dua cara menyediakan spaghetti segera Master Pasto ni. Satu dengan memasaknya seperti maggi segera dengan mendidihkan di atas periuk. Dan Yang kedua , dengan menggunakan Microwave. Boleh pilih nak guna yang mana.




Sesuai Untuk Di bawa Travel

Ha.. lepas ni bila time nak travel jauh-jauh dan bawak stok makanan, boleh la bawa Spaghetti segera Master Pasto ni. Sama macam kita travel sambil bawak maggi segera tu. Bila lapar, boleh panaskan terus di Microwave



Tanpa Perasa Tiruan dan Tiada Bahan Pengawet

Yang bestnya... walaupun spaghetti ni segera, tetapi ia tiada perasa tiruan dan bahan pengawet. Kiranya memang sesuai dijadikan makanan kesihatan . Dan yang bestnya sebab ada tiga jenis flavour. Iaitu Spaghetti Aglio Olio (Chicken), Spaghetti Bolognese (Chicken) dan Spaghetti Mushroom (Creamy Sauce). 




Untuk info selanjut, sila kunjungi :-



6 Comentarios

  1. Best mcm ni..suka bolognese..

    ReplyDelete
  2. sedap akak suka semua dari master pasto ni :D

    ReplyDelete
  3. Mudah betul sekarang ni kan. semuanya instant belaka..

    ReplyDelete
  4. mudahnya. those yang always on the go boleh beli ni..
    cepat pun iya =D

    ReplyDelete
  5. Wahh memang mudah. Hanya perlu masa 3 minit je

    ReplyDelete