Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Dekorasi rumah Warna Hijau Gabungan Warna Yang Sesuai Bagi Peminat Hijau!

Tak semua orang berani mendekorasi rumah dengan menggunakan warna hijau. Lagi-lagi hijau yang agak gelap. Apabila salah gabungan warna yang digunakan, maka 'habislah' ruang tersebut. Apabila betul gabungannya, maka cantik, aman dan sesejuklah mata memandang tatkala melihatnya. Apapun, bersyukur rasanya kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup aman sentosa disebalik pelbagai dugaan yang berlaku sepanjang tempoh PKP dan Pandemic Covid19. Tatkala Negara-negara lain ada yang huru-hara dan melakukan rusuhan, rakyat Malaysia pula sibuk dengan dalgona coffee, pokok viral dan dekorasi seluruh rumah sepanjang tempoh PKP. Alhamdulillah, syabas rakyat Malaysia semua! Back to the topic,  untuk dekorasi rumah berwarna hijau, berikut Nadhie kongsikan sedikit panduan dan gabungan warna yang sesuai bagi yang meminati warna hijau dan ingin mengabungkan warna hijau dengan warna-warna yang lain. Panduannya ialah seperti di bawah. Dekorasi rumah Warna Hijau B

Daftar Mysejahtera Bagi Kesemua Pemilik Premis Agar Pelanggan Scan Guna QR Code Sahaja

Pelanggan yang datang pasti bimbang setiap kali nak masuk ke sesebuah premis perniagaan seperti rumah kedai, pusat membeli belah, pasaraya dan sebagainya. Paling melecehkan terpaksa pula menulis info di atas buku yang disediakan dengan menggunakan pen yang sama dengan pelanggan yang berbeza. Kalau ada yang alert bawa pen tak apa, tapi bagi yang tak bawa mesti rasa tak best je kan.  Disebabkan itu, muncullah inisiatif baru dan usaha kerajaan yang telah membangunkan sebuah apps yang dipanggil mysejahtera untuk mana-mana pemilik premis perniagaan (hotel, spa , kedai dan lain-lain) agar memberi pelanggan mengimbas QR Code sahaja dan boleh mendaaftar maklumat menggunakan device masing-masing.  Jangan risau, apps ni percuma sahaja. Daftar Mysejahtera Bagi Kesemua Pemilik Premis Agar Pelanggann Scan Guna QR Code Sahaja  Perhatian kepada pemilik premis.. untuk memudahkan operasi anda:- 1. Daftarkan premis anda untuk aplikasi MySejahtera. htt

Idea Hias Dapur Bajet Rumah Sewa Tanpa Kabinet Bagi Peminat Pink!

Meskipun cuma duduk di rumah sewa sahaja, pasti ramai yang mahukan keselesaan dan seronok apabila pulang ke rumah bilamana rumah kita cantik, teratur dan kemas. Rumah yang kemas dan cantik dapat memberi semangat dan bermotivasi kepada tuan rumahnya.  Begitu juga apabila ingin memasak. Dapur yang cantik, kemas dan tersusun akan membuatkan seseorang itu lebih bermotivasi untuk duduk di dapur dalam jangkamasa yang lama. Tak semestinya perlu mengeluarkan wang yang banyak. Cukup dekorasi sederhana secara bajet sahaja sudah pasti menenangkan hati. Oleh itu, kali ini sis nak kongsikan serba sedikit idea dekorasi dan hiasan dapur bajet bagi rumah sewa yang tak perlukan kabinet. Sebab rumah sewa kan, tak berbaloi pulak nak pasang kabinet. Tetapi, yang penting dapur masih nak cantik, selesa dan senang digunakan. Begitu.  Untuk pengetahuan korang kan ada juga kitchen kabinet yang jenis portable yang korang boleh pasang dari Ikea. Cuma, tidak pasti lah sejauh mana ket

Lirik Lagu Peluang Kedua Nabila Razali

Saat hati terasa sepi, dia tertanya-tanya, masih adakah peluang kedua untuk semuanya kembali seperti sediakala? Peluang kedua untuk bersama kenangan yang dirindui, seseorang yang dirindui.   Apapun, peluang kedua tak selalu hadir & kadangkala ianya cuma hadir melalui mimpi sahaja. Masih adakah peluang kedua? Baru-baru ni sis terdengar lagu cover peluang kedua Nabila Razali yang dinyanyikan oleh Han Byul. Perghh! Memang power dan lunak suaranya. Sedap nyanyian Han Byul yang turut diubahsuai sebahagian lirik ke bahasa korea, macam dengar lagu OST drama korea pun ada.  Okay, apapun sis kongsikan lirik lagu peluang kedua nyanyian Nabila Razali. Untuk pengetahuan korang lagu ini juga merupakan lagu OST sebuah drama. Lirik Lagu Peluang Kedua Nabila Razali Lirik Lagu Peluang Kedua Nabila Razali Sepi Menghukum diri kembali Untuk mengalirkan air mata Tanpa henti Lagi Sepi Menghasut diri kembali Untuk memikirkan tentang kita Tanpa henti Lagi