Skip to main content

Idea Hias Dapur Bajet Rumah Sewa Tanpa Kabinet Bagi Peminat Pink!




Meskipun cuma duduk di rumah sewa sahaja, pasti ramai yang mahukan keselesaan dan seronok apabila pulang ke rumah bilamana rumah kita cantik, teratur dan kemas. Rumah yang kemas dan cantik dapat memberi semangat dan bermotivasi kepada tuan rumahnya. 

Begitu juga apabila ingin memasak. Dapur yang cantik, kemas dan tersusun akan membuatkan seseorang itu lebih bermotivasi untuk duduk di dapur dalam jangkamasa yang lama. Tak semestinya perlu mengeluarkan wang yang banyak. Cukup dekorasi sederhana secara bajet sahaja sudah pasti menenangkan hati.

Oleh itu, kali ini sis nak kongsikan serba sedikit idea dekorasi dan hiasan dapur bajet bagi rumah sewa yang tak perlukan kabinet. Sebab rumah sewa kan, tak berbaloi pulak nak pasang kabinet. Tetapi, yang penting dapur masih nak cantik, selesa dan senang digunakan. Begitu. 

Untuk pengetahuan korang kan ada juga kitchen kabinet yang jenis portable yang korang boleh pasang dari Ikea. Cuma, tidak pasti lah sejauh mana ketahanannya.

Apapun, untuk perkongsian di bawah ini, korang boleh jadikan inspirasi untuk deko dan kemas dapur masing-masing mengikut citarasa sendiri. Simple, tapi cantik bukan?


Idea & Tips Hias Dapur Bajet Tanpa Kabinet Bagi Rumah Sewa














Perkongsian ini adalah dari pemilik fb Niz Iman yang memaparkan dapurnya yang di dekorasi menggunakan warna pink.


Antara tips yang digunakannya ialah:-


- Penutup balang dan bekas yang di spray dengan cat warna pink harga kelihatan kemas dan sekata semuanya.

- Penggunaan pokok hiasan bagi menaikkan seri dan  menceriakan ruang

- Pemilihan dan pembelian barang /perkakas eletrik berwarna pink di online store

- Tempat Rak Kasut dijadikan tempat untuk meletakkan kuali

- Kain langsir bagi menutupi ruang bawah table top

- Penggunaan foam wallpaper batu bata berwarna putih agar ruang nampak luas dan berseri.


Kredit : Nizz Iman

Comments

  1. comelnyaaaa..
    kalo gni la rupa dapur mmg akn rajin masak.. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda