Skip to main content

Posts

Showing posts with the label deko

Idea Dekorasi Rumah Kecil Tetapi Cantik Berwarna Pastel

Siapa kata rumah kecil tidak boleh kelihatan cantik, nampak mewah mahupun menenangkan? Rumah kita, adalah syurga kita. Tidak kira betapa kecil mahupun besarnya ia, ia harus dijaga dengan sebaik mungkin. Disebabkan rumah adalah syurga kita, tempat kita beristirehat, oleh itu tiada salahnya dalam memelihara dan mencantikkan rumah setiap masa. Selesa rumah, barulah selesa sahaja nak lepak mahupun buat kerja kan? Kali ini Nadhie ingin kongsikan sebuah dekorasi rumah kecil yang berwarna pastel yang pasti memukau pandangan, membuatkan kita terasa tenang melihatnya disamping membuatkan ruang pada sesebuah rumah kelihatan luas. Jom tengok! Idea Dekorasi Rumah Kecil Tetapi Cantik Berwarna Pastel Cantik bukan? Gabungan warna pastel yang lembut bukan sahaja menyedapkan mata yang memandang, namun sangat memainkan peranan bagi menampakkan keluasan sesebuah ruang itu.  Pendek kata kena pandai bermain dengan warna, susun atur barang dan pemilihan perabot yang betul. Okay sekian...

Idea Hias Dapur Bajet Rumah Sewa Tanpa Kabinet Bagi Peminat Pink!

Meskipun cuma duduk di rumah sewa sahaja, pasti ramai yang mahukan keselesaan dan seronok apabila pulang ke rumah bilamana rumah kita cantik, teratur dan kemas. Rumah yang kemas dan cantik dapat memberi semangat dan bermotivasi kepada tuan rumahnya.  Begitu juga apabila ingin memasak. Dapur yang cantik, kemas dan tersusun akan membuatkan seseorang itu lebih bermotivasi untuk duduk di dapur dalam jangkamasa yang lama. Tak semestinya perlu mengeluarkan wang yang banyak. Cukup dekorasi sederhana secara bajet sahaja sudah pasti menenangkan hati. Oleh itu, kali ini sis nak kongsikan serba sedikit idea dekorasi dan hiasan dapur bajet bagi rumah sewa yang tak perlukan kabinet. Sebab rumah sewa kan, tak berbaloi pulak nak pasang kabinet. Tetapi, yang penting dapur masih nak cantik, selesa dan senang digunakan. Begitu.  Untuk pengetahuan korang kan ada juga kitchen kabinet yang jenis portable yang korang boleh pasang dari Ikea. Cuma, tidak pasti lah sejauh...

Tips Rumah Kekal Wangi, Bersih Dan Segar

Sejuk je hati kan apabila setiap kali balik rumah, rumah sentiasa nampak bersih, cantik, wangi dan segar. Rasa asik nak balik rumah aje dibuatnya. Bak kata pepatah " Rumahku, syurgaku . " Disebabkan itu kita harus menitik beratkan kebersihan rumah.  Tidak kira samada status anda lelaki mahupun perempuan, bujang mahupun yang dah berkahwin. Kebersihan rumah tetap harus diutamakan. Bila rumah jadi 'syurga', baru seronok nak stay dekat rumah. Tak adalah nak melepak dekat luar aje kan? Okay jom tengok apakah tips untuk memastikan agar rumah kekal bersih, wangi dan segar. Tips Rumah Kekal Wangi, Bersih Dan Segar 1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot ❤ Bahan-Bahan: 1 penutup pelembut fabrik 10 cawan air Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum 2. Kilatkan Lantai Rumah ❤ Lantai...