Masalah anak tidak mahu makan, memilih makanan merupakan masalah yang tidak asing lagi dikalangan sesetengah ibu-ibu. Pasti sukar rasanya untuk memastikan si manja sentiasa mendapat zat dan khasiat yang mencukupi. Lebih-lebih lagi apabila mereka memilih makanan.
Pun begitu, antara ikhtiar-ikhtiar yang ibu-ibu boleh buat adalah menyediakan resepi yang kreatif, sedap dan lazat buat mereka. Resepi di bawah ini merupakan antara resepi-resepi menarik dan ikhtiar membuat makanan bayi bagi menaikkan selera terutamanya bagi yang berusia 8-9 Bulan ke atas.Apapun, sebelum mencuba sebarang resepi ibu-ibu harus pastikan agar resepi yang ingin dicuba bersesuaian dengan usia anak.
Ia adalah kerana tidak semua makanan kita boleh beri pada bayi kita terutamanya ketika usianya bawah satu tahun. Antara jenis makanan yang perlu dielakkan ialah makanan bergula, garam, madu lebah, makanan yang tinggi merkuri contohnya ikan yu (Big NO ya) dan banyak lagi.
Tanpa berlengah lagi, jom tengok resepi di bawah. Resepi ini adalah perkongsian dari seorang pengguna media sosial iaitu Sarina Razak. Terima kasih atas perkongsiannya. Semoga bermanfaat buat yang lain juga.
15 Resepi Makanan Bayi Untuk Menaikkan Selera Makan Bagi 8-9 Bulan Ke Atas
1. Noodle Fritata
Bahan:
1. Cheese slice beqa (warna hijau)
2. Mee organik
3. Egg
4. Holland onion
5. Italian herbs /mix herbs
6. Sayur kangkung
Cara:
1. Rebus mee organik. Toskan.
2. Pukul telur bersama holland onion
3. Masuk italian herbs sedikit dan sayur kangkung
4. Masuk cheese yg dipotong kecil
5. Last sekali masukkan mee yg telah direbus.
6. Atas frying pan, letak minyak dan tuang ke dalam frying pan.
Siap!
Pengunaan telur 8m+
Pengunaan cheese slice 9m+
( Boleh tukar kepada cream cheese untuk baby 8m)
2. Udang Bukhari Masala
Bahan:
1. Shallot*
2. Garlic*
3. Ginger*
4. Fullcream milk
5. Serbuk jintan manis #
6. Serbuk jintan putih #
7. Serbuk kunyit #
8. Prawn
9. Tomato
Cara:
1. Blend bahan btanda * dan tumis
2. Masuk fullcream milk dan sedikit air
3. Masuk bahan btanda #
4. Masuk prawn dan tomato
Siap!
Nak pekat boleh nak banyak air pun boleh.
Kalau yg dewasa kena letak cili padi dan daun kari
Udang advisable diperkenalkan umur 10m
3. Mee Goreng Basah Udang
Bahan:
1. Mee organik
2. Prawn
3. Shallot*
4. Garlic*
5. Tomato paste*
6. UB
7. Sawi
Cara:
1. Rebus mee organik. Asingkan.
2. Blend bahan btanda * dan tumis guna UB.
3. Masuk udang yg dipotong kecil
4. Masukkan mee yg suda direbus
5. Last sekali masuk sawi dan air sedikit
Siap!
Pengunaan seafood untuk 10m ke atas.
4. Udang Masak Sambal Tomato
Bahan:
1. Garlic*
2. Shallot*
3. Tomato *
4. Tomato paste *
5. Prawn
6. Serbuk ikan bilis @nuhaliltummy
Cara:
1. Blend bahan btanda * dan tumis
2. Masukkan prawn yg suda dibuang kulit
3. Masukkan serbuk ikan bilis sedikit
Siap! Resepi untuk 10m sbb seafood.
Boleh tukar ke ayam atau daging kalau nak try resepi ni. Simple je
5. Ikan Bakar Kunyit Berempah
Bahan:
1. Serai*
2. Shallot*
3. Garlic*
4. Ginger *
5. Mirepoix*
6. Daun kunyit
7. Ikan
Cara:
1. Blend bahan btanda* dan lumurkan pada ikan
2. Balut dengan daun kunyit
3. Bakar
Siap! Makan dengan sayur bayam tumis air je.
Makan simple2 je harini
6. Creamy Udang
Bahan:
1. Prawn
2. Pumpkin
3.garlic
4. Cauliflower
5. Cream cheese
6. Fullcream milk
Cara:
1. Tumis garlic
2. Masukkan susu
3. Masuk sedikit air
4. Masuk prawn dan pumpkin
5. Masuk cream cheese
6. Last sekali masuk cauliflower
Siap!
Resepi untuk 10m sbb ada pengunaan seafood
7. Mee Rebus Udang
Bahan:
1. Mee organik
2. Sweet potato
3. Shallot*
4. Garlic *
5.mirepoix
6. Carrot
7. Sawi
8. Udang
Cara:
1. Rebus sweet potato dan udang. Asingkan. Sweet potato dilenyek.
2. Tumis bahan btanda * dan masukkan air rebusan tadi.
3. Masuk mirepoix
4. Masuk sweet potato yg dilenyek
5. Masuk carrot
6. Masuk udang
7. Last sekali masuk sawi
8. Hidangkan dgn mee yg direbus
Pekat ummi buat. Nak kuah banyak letak sikit je sweet potato yg d lenyek.
Untuk 10m resepi ni sbb ada pengunaan seafood ( udang)
8. Basque Burnt Cheesecake
Bahan:
1.100gm cream cheese
2. 1sb tepung gandum unbleached
3. 1sb yogurt
4. 2sb fullcream milk
5. 2sb puree kurma
6. 1 egg
Cara:
1.Campur semua bahan dan blender sehingga adunan tidak berketul
2. Bakar pada suhu 150°c untuk 30mins (using oven)
Siap!
Kalau tak letak puree kurma pun takde masalah.
8m boleh cuba resepi ni
9. Mashed potato with White Sauce
Bahan:
1. Potato
2. UB
3. Fullcream milk
4. Cream cheese
5. Mix herbs
Cara:
1. Steam potato. Lenyek dan campur dengan UB
White Sauce:
1. Panaskan fullcream milk.
2. Masukkan 1 sb cream cheese
3. Masuk mix herbs
Tuang ke atas mashed potato bila nak makan
Siap!
10. Panacotta Mango
Bahan:
1. 1 gelas fullcream milk
2. Segenggam kecil agar-agar tali
3. Puri buah mango
Cara:
1. Panaskan agar-agar tali bersama fullcream milk
2. Bila dah larut masukkan ke dalam acuan
3. Sejukkan
4. Bila dah sejuk masukkan puri buah mango
5. Sejukkan
Siap!
8m ke atas boleh cuba resepi ni.
11. Sup Antibiotik
Bahan:
1. Celery
2. Carrot
3. Bayam (optional)
4. Chicken
5. Shallot*
6. Garlic*
7. Buah pelaga*
8. Bunga cengkih*
Cara:
1. Tumis bahan btanda *
2. Masuk air
3. Masuk carrot dan chicken
4. Masuk celery
5. Last sekali masuk bayam
Siap!
Sbb ada herbs jadi dpt boost up immune baby.
Bagus utk baby yg demam, selsema and batuk.
12. Mee Bandung
Bahan:
1. Shallot*
2. Garlic*
3. Tomato
4. Tomato paste
5. Anchovies powder
6. Serbuk kari
7. egg
8. Chicken
9. Bayam
10. Mee organik
Cara:
1. Blend bahan btanda * dan tumis
2. Masukkan air dan tomato paste
3. Masuk chicken dan tomato
4. Masuk serbuk kari dan anchovies powder
5. Masuk egg dan kacau supaya tidak berketul
6. Masuk bayam
7. Mee organik rebus asing. Bila nak makan baru campur dengan kuah.
Siap!
13. Cheesekut Baby
Bahan:
1. Fullcream milk
2. Puree kurma
3. Cream cheese
4. Biskut cream cheese
5. Wholemeal bread
Cara:
1. Masak fullcream milk dan cream cheese sehingga sedikit pekat. Masuk puree kurma 1 sb.
2. Masuk wholemeal bread ke dalam bekas
3. Masukkan adunan fullcream milk dan cream cheese ke atas wholemeal bread.
4. Layerkan lagi dgn roti dan ulang tuang adunan tadi
5. Last sekali tabur dengan biskut.
Siap!
Simpan dalm peti sejuk semalaman dan boleh dihidangkan dengan baby
8m boleh try resepi ni
14. Puding roti Dragonfruit
Bahan:
1. 2 keping wholemeal bread
2. 2sb puree kurma
3. 2 sb puree dragonfruit
4. 1 cawan fullcream milk
5. 1 cawan air
6. Segenggam kecil agar-agar tali
Cara:
1. Blend wholemeal bread bersama air dan fullcream milk dan juga puree kurma.
2. Panaskan bahan2 tersebut bersama agar-agar tali
3. Bila suda larut bahagi dua bahagian
4. Bahagian pertama yg kosong dan bahagian kedua campur dengan puree dragonfruit
5. Selang selikan bila tuang ke dalam acuan
6. Sejukkan dan boleh dimakan sejuk-sejuk
Siap! Resepi ni dapat dua acuan kontena
15. Kari Ayam
Bahan:
1. 3 sekawan
2. Shallot*
3. Garlic*
4. Potato
5. Serbuk kari adabi (1 sudu kecil)
6. Chicken
7. Sawi
8. Fullcream milk/santan fresh
Cara:
1. Blend bahan btanda* dan tumis
2. Masuk 3 sekawan
3. Masuk air
4. Masuk fullcream milk 1 mangkuk kecil
5. Masuk serbuk kari dan chicken
6. Masuk potato
7. Last sekali masuk sawi
Ummi buat ni terlebih pekat pulak .
santan fresh belum stock up lg sbb peti ais bhgian atas dah penuh
Sekian sahaja perkongsian ini. Semoga bermanfaat.
Terima kasih share
ReplyDeleteSama2
Delete