Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

Minyak Terpakai Boleh Dijual Semula?

Betul ke minyak terpakai boleh dijual semula? Jika betul bagaimana caranya? Ia inilah persoalan yang pernah terlintas dalam fikiran sis suatu ketika dahulu. Rupanya minyak terpakai memang boleh dijual semula. Sis dah tahu lama dah pasal ni, tapi nak buat tu yang masih belum lagi. Takut susah nak simpan, leceh dan sebagainya. Apapun, jika korang jenis yang tak nak membazir, sis cadangkan jual sahaja minyak-minyak terpakai yang ada. Sekaligus dapat membantu mengelakkan pencemaran alam sekitar kita jua.  Btw, ada yang masih tak tahu lagi? Ha, if dah tahu dan korang rasa tak nak membazir, boleh la dijual semula daripada dibuang begitu sahaja. Sayang kan? Okay, kalau boleh dijual, jadi dekat mana boleh jual agaknya? Minyak Terpakai Boleh Dijual Semula?  credit image: Sharifah Yaacob Tempat Jual Minyak Terpakai Untuk pengetahuan anda, minyak terpakai boleh dijual di Alam Flora Recycling Center dekat Presint 9, Putrajaya.  Harga yang diambil adalah RM1.20 per KG. K...

Tips Dan Tricks Beli Durian Agar Tidak Mudah Tertipu

Seronok betul setiap kali tiba musim durian. Lagi-lagi bila dah sekian lama kepingin nak makan durian. Disebabkan itu masa awal-awal haritu alang-alang ternampak orang jual durian tepi jalan, kami terus beli sebab dah tak tahan sangat nak merasa.  Bagai orang mengantuk disorongkan bantal umpamanya bila tiba-tiba jumpa kedai durian. Husband sis tak kisah dah, terus beli biarpun mahal. Lagi-lagi bila dia tulis jenis durian tu durian IOI dan durian kahwin.  Biasa kami beli dekat orang lain. Dekat orang yang memang kenal, tapi disebabkan lama nak tunggu duriannya gugur, maka kami pun cuba-cubalah beli di kedai tepi jalan itu tanpa ilmu. Alamatnya memang kena tipu hidup-hiduplah jawapnya. Kah.  Harganya RM15/kg. Beli 3 biji kecik-kecik, total nak dekat RM70. Sayangnya, buka-buka je, cuma satu durian paling kecil tu je yang ioi. Yang lagi dua kecik-kecik tu durian kampung biasa yang isi nipis tu. Siap dah lembik dan masam. Allahu! Terpana seketika dibuatnya.  A...

Jangan Buang Uncang Gel Silika Dalam Kotak Kasut Banyak Kegunaan Rupanya!

Lama dah sebenarnya terfikir benda ni. Setiap kali beli kasut baru mesti akan dapat gel silika sekali dalam kotak kasut. Biasanya memang akan buang terus bersama kotaknya walaupun kadang-kadang ragu-ragu terfikir-fikir jika ianya boleh digunakan. Tak sangka pula rupanya memang banyak kegunaan. Baru-baru ni terbaca perkongsian dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp di Media Sosial, iaitu tentang kepentingan penggunaan gel silika ini. Apa agaknya? Jom teruskan bacaan. Jangan Buang Uncang Gel Silika Dalam Kotak Kasut Banyak Kegunaan Rupanya! Selalunya bila anda membeli kasut baru, anda mesti akan terjumpa uncang gel silika dalam kotak kan? Apa yang anda buat dengan uncang gel silika? Buang? Ok, selepas ini jangan buang uncang gel silika tersebut. Gel silika sangat berguna untuk menyerap kelembapan dan mempunyai potensi tinggi untuk diguna semula! Berikut merupakan lima contohnya: 1. Letakkan di kotak peralatan bertukang (toolbox). Ia dapat mengelak pera...