Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

Pengalaman Vaksin Covid19 Dos 1 Dan Dos 2 Pfizer

Syukur Alhamdulillah. Pada tanggal 07 Julai 2021 yang lalu, sis sudah pun selesai mendapat suntikan vaksin bagi dos pertama dan lengkap dos kedua pada 29 Julai 21 yang lalu.  Semoga dengan usaha kecil ini dapat membantu negara kita untuk mencapai herd imunity  (imuniti kelompok) dengan secepat mungkin. Amin! Di sini sis akan ceritakan serba sedikit pengalaman sis sepanjang tempoh vaksinasi ini. Pengalaman Vaksin Dos 1 & Dos 2 Pfizer Dos Pertama Pfizer (7 Julai 2021) Seminggu sebelum mengambil vaksin,  dapat panggilan telefon yang sis kena datang dekat Hospital Daerah untuk mengambil vaksin. Dapat tarikh dan masa yang sama dengan ayah dan adik perempuan sis yang mendaftar pada masa yang sama.  Jam 8.00 pagi merupakan waktu pendaftaran kami. Masa tu risau juga kalau terlambat, risau ramai orang dan sebagainya. Syukur keadaan sangat terkawal dan teratur. Oleh itu, kami sekeluarga terus datang ke tempat PPV tersebut. Scan mysejahtera, ambil suhu & PPK bagi nombor giliran &a