Skip to main content

Pengalaman Vaksin Covid19 Dos 1 Dan Dos 2 Pfizer



Syukur Alhamdulillah. Pada tanggal 07 Julai 2021 yang lalu, sis sudah pun selesai mendapat suntikan vaksin bagi dos pertama dan lengkap dos kedua pada 29 Julai 21 yang lalu. 

Semoga dengan usaha kecil ini dapat membantu negara kita untuk mencapai herd imunity (imuniti kelompok) dengan secepat mungkin. Amin! Di sini sis akan ceritakan serba sedikit pengalaman sis sepanjang tempoh vaksinasi ini.


Pengalaman Vaksin Dos 1 & Dos 2 Pfizer




Dos Pertama Pfizer (7 Julai 2021)

Seminggu sebelum mengambil vaksin,  dapat panggilan telefon yang sis kena datang dekat Hospital Daerah untuk mengambil vaksin. Dapat tarikh dan masa yang sama dengan ayah dan adik perempuan sis yang mendaftar pada masa yang sama. 


Jam 8.00 pagi merupakan waktu pendaftaran kami. Masa tu risau juga kalau terlambat, risau ramai orang dan sebagainya. Syukur keadaan sangat terkawal dan teratur. Oleh itu, kami sekeluarga terus datang ke tempat PPV tersebut. Scan mysejahtera, ambil suhu & PPK bagi nombor giliran & kemudian menunggu sebentar.


Dalam masa yang sama PPK serahkan beberapa borang pada kami untuk diisi dan ditandatangani. Selesai, kena beratur pula untuk beberapa assessment seperti berjumpa dengan nurse, MA dan MO (check consent, check maklumat, kesihatan dan sebagainya) sebelum masuk ke dalam satu hall ni. 


Dalam hall, ada beberapa buah bilik dan kena masuk  satu per satu bilik ini untuk pengesahan kesihatan, dan selepas itu barulah boleh masuk ke bilik vaksin. 

Syukur alhamdulillah. Masa tu semuanya berjalan lancar. Memang nervous bila fikir nak kena cucuk jarum, tapi lepas kena cucuk tu, baru tahu. Laaa.. tak ada lah sakit mana rupanya. Setakat cucuk vaksin ni tak setanding rupanya dengan masa kena cucuk lepas beranak haritu. Lagi-lagi cucuk heparin, setiap hari dua jarum, kiri kanan bahu dua-dua lebam, peha pun. Eh, terstory pulak!


Lepas je kena cucuk dengan dos pertama, kena lalui macam-macam prosedur lagi macam scan barcode, check data dan sebagainya. Kemudian, menunggu sebentar untuk dipantau selama lebih kurang setengah jam. Masa tu mereka akan tanya samada kita ni ada alahan apa-apa, penyakit apa dan sebagainya walaupun sebelum tu pun dah tanya. 


Masa lepas dos pertama ni, dalam tempoh tu ada lah sekejap dalam 5 minit macam tu sis rasa macam dahi ni berpinar seketika, rasa macam pening tiba-tiba. Then, lepastu okay je. Syukur alhamdulillah. Ikutkan depa nak tahan sis lama lagi (lebih dari masa yang ditetapkan. Jenuh kita dok situ tau. ke dorang tak perasan? Sobs), sis pun tak tahu kenapa. Okay mujurlah masa tu tiba-tiba ada seorang doktor ni datang  dan bawak sis lari. Hehe. 


Kesan Sampingan Selepas Dos Pertama?

Sebenarnya, ia bergantung pada ketahanan tubuh seseorang. Syukur, sis tak ada pula rasa kesan sampingan apa-apa sangat selepas vaksin. Just rasa bahu tu macam kebas-kebas sikit (normallah kan), kemudian okay je. Tak adalah sampai tak boleh angkat tangan, demam-demam dan sebagainya.


(P/s: Jangan risau memang tiada kes kecurian vaksin/kecuaian tak tekan jarum masa turn sis ke apa.)


Kesimpulannya, selepas pengambilan dos pertama memang tiada apa-apa yang serious atau kesan sampingan yang pelik-pelik. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan baik.


Dos Kedua Pfizer (29 July 2021)

Semasa hadir untuk mengambil dos kedua, masa yang diberikan adalah sama dan cara juga lebih kurang sama. Bezanya masa lepas ambik dos pertama, mereka akan bagi kad pada kita. Dan kad vaksinasi tersebut wajib dibawa bersama consent form ketika mengambil dos kedua.


Prosedur lain-lain still sama. Bezanya sebab maklumat dah ada, jadi memang tak perlu tunggu lama-lama. Cepat je mereka suruh masuk. Orang yang datang pun nampak macam sudah tidak ramai sangat masa tu. Masa ni pusat PPV pun dah banyak. Terima-kasih KJ kerana memudahkan urusan kami semua. 


Kesan Sampingan Selepas Dos Kedua?

Selepas ambil dos kedua pfizer, kesannya masih sama macam yang pertama. Seperti yang sis cerita di atas, sis tetap tidak ada rasa apa-apa yang pelik sangat. Tidak ada demam, tidak ada batuk dan sebagainya. Cuma rasa kebas-kebas lengan je sikit. Lagi-lagi selepas kena belasah dengan anak. Hmm.


So far, alhamdulillah. Tiada isu atau apa-apa kesakitan yang sis rasakan. Semuanya berjalan lancar dan selamat. Apapun, semua ini rezeki dan bergantung pada penerimaan badan masing-masing. Tak ada masalah pun jika ada orang yang mengalami kesan sampingan yang agak teruk. Sebab badan setiap orang lain-lain kan. Jangan risau tak lama mana pun. InsyaAllah korang akan sembuh seperti biasa.


Jadi, apa yang dapat sis rumuskan selepas mengambil vaksin, tiada apa-apa yang pelik dan menakutkan. Semuanya okay sahaja macam kita ambil vaksin waktu bayi dulu, ambil BCG dan lain-lain vaksin lagi. Kadang-kala geram juga dengan orang yang asik buat palatau pasal vaksin covid ni. Dah lupa ke mereka yang masing-masing kena vaksin waktu bayi dulu? Tak ada jadi apa-apa pun. Elok semua selamat & sihat. *Sigh*  


So, pada yang belum ambil mahupun mendaftar lagi, usah fikir bukan-bukan okay. Usah terpengaruh dengan antivaksin, mesej berantai mahupun mesej palsu. Tingkatkan diri kita dengan ilmu pengetahuan dari sumber yang benar. Usah percaya pada khabar angin di media sosial yang siapa-siapa sahaja boleh menulisnya.


Manakala, kepada yang dah lama mendaftar tapi masih menunggu giliran, semoga semuanya dipermudahkan! Dan semoga Korang cepat-cepat juga dapat giliran untuk vaksin. Amin!


Satu yang sis harapkan semoga semakin ramai rakyat di negara kita yang akan dapat vaksin dengan segera dan permudahkan negara kita untuk mencapai imuniti kelompok. Semoga negara kita pulih sepenuhnya . InsyaAllah. Amin.


Sekian sahaja perkongsian ini. Thank you pada yang singgah & baca sampai habis. Semoga bermanfaat!


Lots of love,

NW


Comments

  1. alhamdulillah dah selesai, akak masa dos pertama hari tu pun cuma lenguh bahu sikit... takde gejala apa yang kedua tak tau lagi camne...
    tapi suami akak dapat vaksin AZ dos pertama pun sampai demam huhuhu

    ReplyDelete
  2. Tahniahhh Nadhiee. Btw Hiiiiiiiii! Lama ilerr tak komen dekat blog nadhie huhu

    Alhamdulillah sama lah Pfizer ni tak ada side effect sangat kan. Ain next wekk 2nd dose hopefully okay juga hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda