Skip to main content

Cara Berinteraksi Ibu Bapa Pengaruhi Adab Anak, Oleh Itu Pastikan...

 


Anak-anak adalah sebersih kain putih. Setelah lahir ke dunia, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mendidik & membesarkan anak-anak dengan baik & menurut perintah Allah SWT. 


Apabila mendidik anak-anak, kita mahu anak-anak menjadi insan berguna dunia akhirat, berakhlak mulia, bijaksana, beriman & bertaqwa kepada Allah SWT. Sudah pasti ia menjadi impian kebanyakan ibu bapa di dunia ini. 


Oleh itu, marilah kita renung kembali cara berkomunikasi kita yang merupakan pendidikan paling awal diterima oleh anak-anak di rumah. 


Berikut merupakan perkongsian Encik Mohd Fhais Salim, seorang pakar motivasi keibubapaan berkenaan komunikasi dengan anak.


Hati-hati, cara kita berinteraksi dengan anak adalah penanda aras adab dalam komunikasi setiap anak..

👇👇


1. Panggilan Yang Baik


Panggil anak kena dengan panggilan yang baik-baik. Jika panggil wei, kau tak mustahil anak pun akan ikut begitu.


2. Sebut Tolong


Kadang kita ni suka mengarah tu yang abg ambil tu, kakak buat tu.. kita pun jarang sekali sebut tolong maka jangan marah kalau anak pun pandai mengarah ngarah kita..


3. Cepat Melenting


Ye, kadang penat, serabut atau mood tak kena. Bila ada tak kena kita terus melenting. Bahaya tau, anak ikut je apa kita tunjuk depan dia.


4. Rasa Rimas


Rimas la rumah sepah, rimas la bising bising, rimas la nak rehat pun tak tenang.. ish, apa kita cakap ni kadang boleh kecilkan hati sesiapa je yang mendengar.


5. Mengugut


Kadang kita ni nak cepat, malas cakap banyak, dah geram sangat. Semata-mata mahu anak buat terus bila di suruh jadi ugut la antara jalannya..


6. Sebut Bismillah Sebelum Makan


Ini simple je sebenarnya tapi kalau nampak makanan terus ngap, anak pun ikut je la.. Antara adab makan ialah baca doa makan..


7. Jadi Pendengar Yang Baik


Ketika anak bercakap atau bercerita fokus & beri perhatian sepenuhnya. Bukan belek phone, tengok tv atau muka tak pandang anak. Apa kita buat, itu la anak buat balik. Jangan marah tau jika anak tak fokus ketika kita bercakap.


8. Ketika Marah Anak


Ada orang waktu dah marah memang berubah habis karakternya.. muka ketat, bibir ketab, tangan mengigil dan seumpamanya. Ish, anak ikut juga ni.


9. Small Talk


Rajinkan la diri berbual bual kosong dengan anak sejak kecil kerana anak yang jarang di ajak berbual akan membesar rasa janggal nak berbual pasa ibu ayahnya.




Kredit: Fhais Salim

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda