Sunday, 1 February 2015

CERPEN: Ini Bukan Mimpi ( Part II)

Sambungan daripada Part I...


sumber gambar: atuk google

         “Nur Wahida...” satu suara menegurku dari belakang. Bagai pernah kudengari. Siapa ya? Zulfakar?! Lantas aku menoleh.  Iya, benar. Zulfakar yang berdiri di belakang aku ketika ini. Hampir sahaja aku memeluknya disebabkan terujanya untuk bertemu dengan dia. Senyuman dibibirku terukir seluas mungkin. Apatah lagi tatkala melihat dia juga sedang tersenyum manis ke arahku dengan mata sepet dan wajah persis cina itu. Tapi, kenapa nampak macam handsome sangat ni? Seperti biasa, senyumannya masih sama seperti dahulu. Senyuman yang aku rindu-rindukan. Eh? Apahal lak rindu? Maksud aku yelah sebab aku rasa bersalah kan dengan dia. So, aku harap sangat dia maafkan aku dan tersenyum macam ni.

          “Wahida cari saya ke?” ujar Zulfakar, masih mesra. Sama seperti dulu. Membuatkan aku berasa senang dengannya. Kalau dulu, mungkin aku akan cebik-cebikkan ayat-ayat dia, tapi, tidak kini.


           “Iya, Zulfakar. Dah lama saya cari awak... Mana awak pergi? Awak tahu tak saya rasa bersalah sangat-sangat bila awak pergi macam tu je? Saya benar-benar nak mintak-maaf Zul. Saya tak ada niat pun untuk melukakan hati lelaki yang baik macam awak. Maafkan saya Zul.. Maafkan saya..,” Ujarku , sebak dan pantas memohon maaf. Entah mengapa tiba-tiba air mataku mengalir deras dihadapan Zulfakar. Kenapa aku macam takut je kehilangan dia ni??

      “Tak apa Wida. Saya dah lama maafkan awak. It’s okay Wahida I’m fine,” ucap Zulfakar seolah-olah cuba memujuk sambil menepuk-nepuk lembut bahuku. Indahnya saat ini...

       “Cikgu Wahida! Cikgu Wahida!” tiba-tiba kedengaran suara seorang kanak-kanak memanggil-manggil namaku. Adehh... sape pulak yang kacau daun ni?? Dan entah mengapa terasa bahuku di tepuk kuat pulak.

Pantas mataku terbuka. Ah, aku tertidur rupanya. Aku bermimpi ke tadi? Pasal apa eh? Saat itu, terjengul wajah Zulaikha, gadis kecil yang merupakan salah-seorang anak muridku di rumah anak-anak yatim Nurul Iman, Sepang. Setiap kali pada waktu lapang, aku pasti akan menggunakan masa yang ada untuk menjadi sukarelawan dan guru tuisyen kepada kanak-kanak dirumah anak-anak yatim ini. Hanya dengan itu, aku akan dapat melupakan segala masalahku dan mengisi masa dengan aktiviti berfaedah. Lantas aku memandang ke sekeliling. Hurm, macam manalah aku boleh tertidur dekat atas tilam budak-budak ni? Mengambil kesempatan betullah!

       “Cikgu Wahida, kenapa cikgu tidur menangis?” tegur gadis kecil itu lagi. Pantas aku mengesat air jernih yang bersisa di mata. Aku menangis ke dalam tidur? Tapi, kenapa?? Tiba-tiba wajah Zulfakar berserta cebisan mimpi sebentar tadi perlahan-lahan bermain-main diruangan mata. Senyuman dia...  Aku sangka aku betul-betul dapat jumpa dia tadi, dapat bercakap dengan dia. Tapi, mimpi rupanya? Aku rasa kecewa.. Dan tiba-tiba aku teresak-esak di situ.

*****
 



Beberapa bulan kemudian.....
“Tahniah Irine! Moga dipermudahkan segalanya. Terima-kasih sebab sudi jemput akak..” Ucapku sebaik sahaja kad jemputan perkahwinannya tiba di tangan aku. Tak sangka sekejap je masa berlalu. Dan kini Irine pula yang akan berumah tangga.

“Sama-sama, kak. Alaaa.. tak ada apa-apalah kak. Irine dah anggap akak macam kawan Irine dah,” ucap Irine sambil tersenyum bahagia. Tapi, kenapa kata-katanya itu seolah-olah membuatkan aku terluka? Iya, ayat ‘kawan’, dan bukannya ‘kakak’. Arghhh... apa yang aku harapkan sebenarnya ni?

“Okaylah kak, Irine nak jumpa tunang Irine. Irine mintak diri dululah,”

“Irine kejap...,” pantas aku mencapai tangannya.

“Kenapa kak?”

“Abang Zul... masih tak ada apa-apa berita ke? Maksud akak ... dia balik tak masa Irine kahwin nanti?”

“Kak...., akak masih tak dapat lupakan perkara tu lagi ke? Akak, abang kata dia dah lama maafkan akak dan lupakan perkara tu. Mama and papa pun macam dah boleh terima. So, akak tak payah risaulah.”

“Akak bukan apa Irine. Akak tahu dia dah maafkan. Tapi, kalau boleh akak nak mintak maaf depan-depan dia. Boleh tak Irine bagi nombor dia ke?” pintaku lagi. Entah kenapa macam terdesak je aku ni.

“Akak... actually abang dia dah.....,” kata-kata Irine terhenti di situ tatkala seseorang tiba-tiba menegurnya.

“Irinee!! Hi!!! How are you?? ” Dan suara itu, agak ku kenali. Entah mengapa hatiku berdebar tiba-tiba. Pantas aku menoleh kebelakangan.  Mata kami bertentangan. Dan aku jua dapat melihat riak terkejut dan jua seakan tidak selesa yang terpamer di seraut wajah itu saat matanya menangkap wajahku. Tidak banyak yang berubah. Hanya berjambang sedikit. Dan kemudian mataku beralih pula kearah seorang wanita yang sedang mengendong bayi di sebelahnya. Macam pernah kulihat. Tapi di mana? Entah. Akalku pantas membuat percaturan sendiri. Isteri dia?

 Hatiku terasa sakit dan pedih tiba-tiba.  Entah mengapa kepala aku terasa berpinar-pinar tiba-tiba. Tapi, kenapa? Kenapa aku perlu berasa begini? Sedangkan aku tidak punyai perasaan terhadap dia? Sedangkan akulah insan bertanggungjawab yang membatalkan perkahwinan kami. Tapi, kenapa aku rasa sedih sangat ni bila melihat dia sudah dimiliki? Ya Allah, kuatkanlah hambamu ini. Usah biarkan air mataku mengalir dihadapan mereka. Okay, Wahida , tunaikan hasrat kau untuk meminta maaf pada dia and then move on okay? Perlahan-lahan aku cuba mengukir senyuman. Sedaya melebarkan senyuman aku pada kedua pasang suami isteri itu. Tapi, pandanganku terasa kabur. Kabur dan semakin kabur... Gelap.


*****


          Sedar-sedar, aku kini berada di dalam sebuah wad di Hospital Putrajaya.  Aku nampak Zulfakar duduk di sisi katil, sebelah aku. Aku pandang dia. Dia juga pandang aku. Lama. Masing-masing diam tanpa kata. Dan tiba-tiba dia terus menuju ke jendela. Lama dia merenung ke luar jendela. Belakangnya masih sama. Cara dia berpenampilan kemas, sama seperti dulu. Perlahan-lahan aku menguatkan diri , bingkas dari katil dan mendekati dia. 

“Zulfakar.....,” lantas namanya ku panggil. Dia masih lagi memandang ke luar jendela sambil membelakangkan aku. Macam orang merajuk lagaknya.

“Iya...,” sahut dia perlahan.

“Saya... saya nak mintak maaf sangat-sangat di atas apa yang berlaku sebelum ni... Saya tahu saya tak layak untuk terima kemaafan daripada awak. Tapi, hati saya tak tenang Zulfakar....,”

“Saya dah lama maafkan awak Wahida... dan lupakan segalanya..,”

“Semudah itu?” soalku, agak tidak berpuas hati dengan jawapan dia.

“Ya...”

“Tapi, kalau macam tu kenapa lama awak bawa diri,  Zul?” soalanku dibiarkan berlalu sepi. Dan hanya kesepian yang memenuhi ruang di antara kami. Zulfakar yang dulunya mudah tersenyum dan tidak pernah membelakangkan orang lain ketika berbicara, kini sudah jauh berubah. Dingin sekali.

“Apapun saya ucapkan tahniah,” Akhirnya aku kembali memecah kesunyian antara kami.

“For what??”

“Atas perkahwinan awak dan anak awak yang comel. Beruntung isteri awak,”

“Beruntung?” Dia tanya lagi, macam pelik nadanya.

“Sebab dapat suami yang baik dan penyayang macam awak,” jawabku jujur. Saat itu, tiba-tiba dia menoleh. Pandangan mata kami bertentangan buat seketika. Tajam dia merenung ke arahku. Lantas cepat-cepat aku mengalih pandangan. Entah mengapa tidak sanggup pula aku untuk terus menentang matanya.

“Kalau beruntung.. tak adalah bakal pengantin perempuan saya batalkan perkahwinan kan?” kedengaran sinis kata-katanya, tiba-tiba. Iya, aku memang berhak disindir, disiniskan atau apa sahaja. Teruskan... teruskan melayan aku macam ni. Aku memang patut dihukum.

“Saya mintak maaf Zul. Saya mintak maaf andai semua ini benar-benar beri kelukaan pada hati awak. Tapi, apa yang saya boleh cakap... saya memang sangat menyesal dengan apa yang saya dah buat.  Tulah.. orang kata terlajak perahu, boleh di undur. Terlajak perbuatan, memang buruk padahnya. Time tu saya tak tahu untuk membezakan mana kaca dan mana permata. Saya terlalu bodoh dan percaya pada cinta monyet. Kalau boleh diulang balik waktu dan kalau masih ada peluang kedua, saya pasti akan meneruskan perkahwinan kita dan saya tak akan sesekali layan awak macam tu. Kalau tak mesti sekarang ni kita dah kahwin kan dan saya jadi isteri awak kan? Mesti kita dah ada anak dah pun.. Oppsss..., Maaf.Tak sepatutnya saya cakap macam ni pada suami orang kan..,” Akhirnya terluah juga semua benda yang terbuku dihatiku selama ini. Pantas aku menekup mulut di atas keterlanjuran kata-kataku sebentar tadi. Bukan apa macam terkilan je sebab tak dapat nak kahwin dengan dia kan? Padahal lelaki tu dah ada anak bini woiii! Bila orang tu dah kahwin, barulah kau terhegeh-hegeh nak dekat dia balik kan!

“.....Benda ni betul-betul beri pengajaran pada saya. Tapi , tulah.. kadangkala tak semua benda ada peluang kedua. Dan saya memang tak layak dapat semua tu. Saya memang deserve untuk hidup macam ni. Dah dapat peluang mintak maaf depan-depan dengan awak ni pun dah macam satu rahmat buat saya apatah lagi kalau awak pun dah maafkan saya,” sambungku, agak kesal dengan apa yang berlaku. Aku pandang Zulfakar semula. Lama dia pandang aku sambil diam seribu bahasa lagi. Eh, aku ada silap cakap dekat mana-mana ke?


*****  



“Wahida...,” Dia panggil nama aku lagi, sama seperti dulu. Entah mengapa hatiku terasa bahagia dan suka bila dia menyebut nama aku macam tu lagi. Buat seketika aku tenggelam dalam angan-angan. Namun, cepat-cepat aku mengembalikan diri ke alam realiti. Laki orang tu kan?! Marahku pada diri sendiri.

“Iya... ?” Lantas aku menyahut.

“Kalau saya beri peluang kedua pada awak... Awak nak tak?” ujar dia tiba-tiba. Aku terpinga-pinga buat seketika. Tak faham apa maksud dia. Peluang kedua? Untuk apa?

“Maksud awak?” soalku, agak blur.

“Kita kahwin lagi?” ujar dia selamba, membuatkan aku tersedak-sedak mendengarnya. ‘Gurauan apa ni? Dia nak kenakan aku balik ke apa ni? Atau nak balas dendam? Dengan cara ini baru dia akan maafkan aku?? ‘getus hatiku,kehairanan. Manakala Zulfakar membantu menepuk-nepuk di belakang badan aku bila tengok aku tidak berhenti terbatuk-batuk.

“Apa maksud awak? Jadi isteri kedua ke? Tak mahu Zulfakar. Saya tak nak porak-porandakan rumah tangga orang lain, lag-lagi rumah tangga awak. Cukuplah dengan apa yang berlaku. Saya tak nak sakitkan hati sesiapa lagi...”

“Apa yang awak mengarut ni? Saya belum kahwin lagilah. Yang awak nampak tu kakak sepupu sayalah dengan anak dia. Suami dia pun ada masa awak pengsan tu. Dia pun pernah datang time hari pernikahan kita dulu..” Terang Zulfakar lagi. Ni sorang manusia yang pelik, dah jadi macam ni dan pernah kena reject dengan teruk dengan aku pun masih nak lagi ajak aku kahwin? Dan aku pula blur lagi... masih blur dan blur.. Owh, patutlah macam pernah nampak perempuan tu!

“Tapi, kenapa awak nak kahwin dengan saya lagi lepas apa yang saya buat pada awak? Sepatutnya awak bencikan saya kan?”

“Penting ke semua itu? Jadi awak nak ke tak nak ni?” Soal dia lagi, macam nak takutkan aku je.
“Nak! Nak! Nak!” jawab aku laju-laju sambil cepat-cepat pegang lengan dia, seerat mungkin. Seolah-olah takut andainya dia di sambar orang. Aku tersenyum bahagia. Namun, tiba-tiba senyumanku termati seketika.

“Tapi, macam mana dengan family kita? Family saya, family awak? Mesti mereka tak setuju kan? Yelah lepas apa yang saya buat tu, siapa yang tak trauma?” beritahu aku, agak risau. Senang-senang boleh kahwin dengan dia, semua orang restu, pergi buat hal pulak. Bila dah jadi macam ni, baru nak kahwin dengan dia balik! Dengan orang yang aku reject time akad nikah dulu! Gila! Memang satu kerja gila!

“Tak apa. Setiap hari kita datang jumpa mereka dan minta restu mereka. Kita berusaha sampai mereka terima. Okay?” cadang Zulfakar, segera menenangkan aku.

“Maafkan saya sebab dah banyak susahkan awak. Awak tak bersalah pun untuk harung semua ni. Kalau tak... kita dah kahwin dah sekarang ni,” luahku, kesal.

Dan nampaknya langkah seterusnya untuk aku mendirikan rumah tangga bukanlah mudah. Iya, semua disebabkan aku. Elok-elok jalan yang mudah terbentang luas depan aku, jalan yang susah juga aku pilih.

“Shhh... It’s okaylah. Takpe, mencabar apa macam ni? Tapi, lepas ni kalau awak buat lagi, tiada peluang kedua okay?” pujuk dia, cuba menenagkan aku, namun sempat lagi dia mengugut sambil memandangku penuh makna.

“Okay.. okay. I promise tak buat lagi,” jawab aku sambil tersenyum bahagia. Ya Allah bahagianya saat ini. Alhamdulillah! Thank you Allah kerana berikan aku satu peluang lagi. Akan ku hargainya dengan sebaik mungkin. Dan sesekali aku cubit-cubit pipi sendiri untuk memastikan yang aku tidak bermimpi. Ya, benar. Ini bukan mimpi. Tapi, realiti. Alhamdulillah.


*****  



Dan malam itu seperti biasa, sudah menjadi rutin, aku tengok profile Whatssap Zulfakar lagi. Even tahu dia dah tak pakai lagi nombor tu lagi, tapi aku suka send message dan meluahkan isi hati aku kat situ. Macam dah jadi habit pun ada. Bagai nak tersedak aku bila nampak ‘last seen’ dia adalah bertarikh hari ini dan waktunya adalah pagi tadi! Biar betul?Dia pakai no ni lagilah eh? Habis! Semua luahan bodo aku, penuh emosi dan macam-macam lagi dia dah baca! Maluuu... Adess. Tapi, mungkinkah itu juga yang membuatkan dia terima aku? Entah. Yang itu, hanya Allah je yang tahu. Dan buat pertama kali aku mendapat reply daripada nombor itu lagi setelah beratus-ratus mesej ku hantar sebelum ini.

‘ I love u too...’ Pendek je dia balas whatssap, namun cukup membuatkan aku tidak boleh tidur pada malam itu.

Sampai disinilah kisah aku. Perempuan pelik yang bertanggungjawab membatalkan perkahwinan sendiri dan kemudian bersusah-payah nak kahwin balik dengan lelaki yang sama. Pesan aku, kahwinlah dengan lelaki atau orang yang bersungguh-sungguh nakkan kau. Bukan orang yang kau bersungguh-sungguh nakkan dia. Sekian dari aku.


*****
¬TAMAT¬

Nadhiewueen,
 31.01.2015


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...