Skip to main content

Pengalaman Interview SPA Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) (Part2)




Sebelum ini sis pernah berkongsi tentang Pengalaman Interview SPA Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) (PartI). Boleh baca dekat SINI ya. Serta serba sedikit mengenai persediaan sebelum interview. Okay, akhirnya tibalah waktu yang ditunggu-tunggu. Iaitu hari temuduga SPA Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29).

Pada hari tersebut, interview dijalankan pada pukul 10am, so pukul 8am tu baru gerak. Memang rushing je rasa. Yelah time tu hari opis hrs, memang jam lah. Datang tu biar awal lagi.  Dapat interview dekat compleks C putrajaya. Naik-naik je dekat aras yang disebutkan, kena bagi semua dokumen berkaitan dekat meja urusetia sambil tu ambik no giliran.



Pengalaman Interview SPA Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) (Part2)

Pengalaman Interview SPA Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) (Part2)


PERSEDIAAN INTERVIEW

Pada siapa2 yang nak pergi Interview SPA ni, INGAT! Pastikan DOKUMEN PENTING seperti IC, lesen, transkrip, salinan SPM, PMR dan surat tawaran seperti yang diminta semua ada. Dan seeloknya susun semua document & sijil2 dalam file besar korang tu ikut susun atur yg pihak SPA dah kasi dalam email. So, takdalah korang kelam kabut nanti.



LEPAS AMIK NO GILIRAN

Masuk-masuk je tengok ada nak dekat sepuluh bilik interview untuk macam-macam jawatan berserta calon2 untuk jawatan lain gak. Time tu legalah sikit sebab ngam2 je sampai dan panel interview pun tak sampai lagi. Ada masa lah nak susun atur sijil semua mengikut arahan urusetia dan seperti lampiran surat tawaran.



SOALAN YG CALON JAWATAN LAIN KENA TANYA

Then , time tu sis sempat lah jumpa dan berborak dengan calon2 lain yg datang interview gak. Tapi, dorang bilik lain jawatan lain. (Yang geng satu bilik tak jumpa pulak.) So, dorang dok citer yg ada antara dorang kena soalan berkaitan ISIS. Yelah time tu isu ISIS ni memang hangat diperkatakan. Yang bestnya calon bilik lain ni kena interview macam santai-santai je. Dari luar lagi dengar dah gelak tawa, then keluar pun muka berseri-seri. Jeles betui nengok eh. So, kita pun apelagi expect benda yang sama lah. Kowt2 panel interview kita pun mesra2 dan boleh diajak bergurau senda. Hehe



BILIK INTERVIEW

Sebelum masuk, haruslah mengetuk pintu 3 kali. Masuk-masuk je bilik interview, terus bagi salam sambil senyum. Aihh.. tapi kan senyum mana pun, muka penemuduga dua orang tu still nampak serius.  Dah terbayang kowt interview santai-santai sambil gelak-gelak mesra macam bilik lain tu tadi. Sobs.




CONTOH SOALAN UMUM & KHUSUS

Btw kat bawah ni sis nak share contoh dan perbezaan soalan-soalan umum dan soalan khusus yang telah ditanyakan ketika hari temuduga PPTM (F29) ni.


Soalan umum


1.    Kenalkan diri anda
Nama saya.... saya graduate untuk kos sekian2.. sekarang bekerja di.. dan punyai pengalaman bekerja selama tahun.. pernah buat itu ini.. blablabla

(p.s: lega bila nampak dia senyum. Camtu jelah sis jawab. Nak bagi tips mcm xlayak je. So kita share jelah apa yang patut k. Paling ‘terharu’ bila dia tak tanya pun soalan2 umum lain macam sejarah malaysia semua tu yg kita dah study siang malam pagi petang tu. Sobs.  Takpelah, bukan rugi pun kan amik tahu pengetahuan am, isu semasa semua tu. At least untuk pengetahuan sendiri & bertambah gak ilmu. )

Soalan Khusus


1.    Pernah tak awak jadi hacker?
Seriously gelak bila dengar soalan ni. Then teruslah bgtau. Pernah lah hack-hack tu. Tapi tak layak nak gelar diri hacker, sis cerita pernah hack website kolej sbb tak sabar nak tgk result sendiri & classmate punya result. Tupun sbb website tu ada kelemahan, tak encrypt.

(p/s : time ni nampak interviewer senyum2 sambil angguk kepala. Pasal hack wifi mmg segan lah nak citer. terasa berdosa pulak+nyesal.  Takut jugak effect markah. yelah hack wifi bukanlah amalan mulia T.T sekarang insaf dah. tu dulu2 time study nk kena upload web bagai kat server & modem maxis bb mmg xmembantu ya. Mintak halal ya tuan punya wifi wlaupun tidak kukenali siapa korang benarnya. erk.. boleh ke camni? huhu)


2.  Okay tempat yg awk akan keje ni under JPA & bangunan JPA ada a, b, c contohnya. So mcm mana nak manage/setup firewall tu dari jarak yg jauh? Bangunan a ke b misalnya?


3.   Macam mana nak pastikan user tak bukak website2 yg tak sepatutnya dan link-link yg menyumbang virus?



4. Antara iphone dan samsung mana yg awak prefer? Dan kenapa?


5.   Ceritakan malumat ICT terbaru yg anda tahu?

Me                : Err... saye tak tahu.
Interviewer   : Tak tahu?? (Macam heran sambil hilang segaris senyuman =| )
Me           : Err.. hmm.. maybe sebab saye nebes kowt (Sudah! Tak memasal je mention nebes ni apekehal. Ibarat mengali sarang tebuan sangat!  

(take note k. Ni memang soalan femes. Ramai yg kena. Ritu boleh amik remeh plak. Start dari sini terus sangkut dan hilang terus segala anggukan kepala dan senyuman encik penumuduga tu. Ya rabb. Sebab tak tahu, kita jawab lah tak tahu. Terus air muka dia jadi heran. Yela memula macam berapi2 je cakap minat IT sume.. tup2.. huhu.


6.     Awak sanggup bekerja di sabah/ sarawak atau kawasan pedalaman?


7.   Sijil awk ni valid ke tak? (Sebab tengok course macam lain sikit dari biasa & under Edexcel.)

Me               : Valid encek. Ni MQA punya pengesahan saye dah bawak sekali.(sambil bersemangat bangun & menunjukan sijil yg dimaksudkan)
Pak Encek : Tapi, u kan nak keje bawah JPA, so u sepatutnya bawak surat pengesahan dari JPA sekali. Tapi takpa... bla bla bla... JPA boleh check. Just next time kalau u pergi iv lagi..blablabla. better u dah kepilkan sekali... bla bla bla.. Ni 1st iv ke? Takpa.. next IV u boleh join seminar SPA, kat situ dorang akan bgtau n ajar cara jawab soalan dgn betui dan sebagainya.
Me             : ..... (perlahan-lahan mula berundur kebelakangan n duduk semula dikerusi dengan wajah yang pasrah)


(Akhirnya diceramahkan secara percuma oleh pak Encik. hahaha. Time ni sis macam... Dah pasrah lah kalau kena rejek. Hmm)


                  .   (Last but not least) Ada apa-apa soalan yang awak nak tanya?
Mestilah ada! Soalannya berbunyi begini "Encik.... Agak-agak bila saya boleh... blablabla..

(Memula ingat nak kasi soalan menguji minda dekat mereka. Yelah teringin gak nak test balik org yg interview kita ni. Tetapi setelah berfikir secara waras, terus niat itu dilupakan. Takut woii.. kang tak pepasal effect pulak markah. Ada hati pulak nak test panel interview tu. Lols )

Lastly, rasa mcm tanak bangun je dari kerusi sebab rasa macam nak suruh dia soal lagi supaya mana tahu kowt2 boleh tambah markah. Sadis tol. Sampailah dia halau cara halus bunyikan loceng barulah sis mencicit mintak diri n keluar. teghok betui. 


Lebih kurang begitulah sesi interview berlaku. Takda pulak langsung sesi gelak tawa, santai-santai & bergurau senda, seperti yg berlaku pada calon2 bilik sebelah. Semuanya berjalan secara serius. Haha. Btw, tak kiralah camne pun sesi IV tu berlaku just think positive k & never giveup. Doa byak2 pada Allah moga dipermudahkan semuanya. 

Okay. Sekian sahaja. Thank you sudi baca. 





Comments

  1. semoga berjaya!!!
    Saya pun ada interview spa minggu depan, tapi jawatan lain. Neves sungguh T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. yeke. tahniah saye ucapkan! jawatan apa tu? btw jgn nebes2 k mane tahu kowt2 dorg interview santai2 je kan. hihi. btw all the best k! =D

      Delete
  2. saya prefer iphone. Wahhhh.. iphone vs samsung pun dia tanya eh... Rilek2.... biasa la semua org nervous masa first time.... Semoga dapat kerja yg diinginkan. Tak semestinya dia reject lg tu, ada harapan lagi, chill...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. betui. alhamdulillah mmg dia x reject. hihiks. btw saye pun prefer iphong gak. hihi

      Delete
  3. Iwan baru sabtu haritu 9/4/2016 temuduga. Dah la interviewer cam dah letak harapan ingat dapat la kan. Jawab semua soalan dia tapi erm speaking ENGLISH kiok. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh... tahniah2. jawatan ape tu? hihi. fully english ke dia soal? papepun dorg xkisah punya grammar kita camne. yg penting nampak confident. kikiki. Semoga berjaya tau =D

      Delete
  4. sis, dah check ke keputusan temuduga f29?
    sy just nak share experience sy ms interview f29 aritu...
    sy yg bersemangat waja, waktu interview pukul 12, pukul 10 lbh dh smpai.. sbb kan ramai calon x dtg, dorg bg je sy masuk terus.. tunggu lagi lama.. lagi la nebes kan.. hihi..
    luckily, dorg xde pulak tnya soalan2 am.. sy nie punya la hafal kemain lg.. spot soalan2 yg slalu dorg tnya.. hihi..
    sy di interview lebih kurang sejam.. tp tak terasa.. sbb interviewer tu mcm excited pulak nak tahu current job scope.. so byk cakap pasal experience sy je la.. sy x rasa mcm sy expert sgt pun.. hihi.. tp cara dia cakap mcm sy nie expert giler.. haha.. overconfident masa explain mybe...

    good luck all!

    ReplyDelete
    Replies
    1. woww.. yaka.. beruntungnya tak ramai calon dtang & interview pun berjalan lancar. apa2 pun sis ucapkan good luck taw! =)

      Delete
  5. Baca pengalaman interview sis yg part ii ni buat saya rasa takut la pula. sy skrg degree in IT. Harap2 time saya nanti pak Encek nya tak menakutkan dan semuanya berjalan dengan lancar =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda