Facebook Page

Sunday, 3 April 2016

Pengalaman Interview SPA Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) (Part1)


Contoh Email daripada pihak SPA


Assalamualaikum semua :) sihat ke? Moga semua sihat-sihat hendaknya.. amin. Today, saya nak share pengalaman interview SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) yang telah diadakan pada januari lalu. Entri ni agak panjang sikit, so, hopefully you all tak bosan lah eh. =)


Masa mula-mula dapat message terpilih untuk interview tu tak payah cerita lah macam mana terkejutnya. Apa taknya bila tengok statistik untuk jawatan tu memang tak payah ceritalah. Kenmain ramai cam nak pengsan tengok. Bil pemohon je dah 95637, yang kena interview nak dekat 1k, jawatan kosong 18, dan calon simpanan je dah 80


So, dalam gembira-gembira tak pasti tu, tawakal ajelah. Dalam hati fikir if ada rezeki insyaAllah. Yang penting tak mengalah dari awal dan pergi je interview tu. Dalam masa yang sama, tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah sebab diberi peluang untuk dapat interview ni. Yelah bukan semua orang dapat peluang ni. Ye tak? Apa-apapun teruskan berdoa, berusaha dan bertawakal okay?


Okay, ada sesiapa tak dapat interview SPA? Dan untuk jawatan apa? Share lah cket. If ada tahniah saye ucapkan. Buat yang terbaik ye =) Sebelum tu, nak tanya siapa nama Yang di pertuan Agong kita yang sekarang? Beliau merupakan yang di pertuan Agong ke berapa? NKRA tu apa? Apa itu MOSTI? Sebutkan rukun iman, rukun islam dan rukun negara?  Ha.... tengok tu... terkial-kial kan nak jawab. 



Time-time nak dekat exam, interview nanti lah baru korang nak buka buku sejarah, google sana-sini cari contoh soalan-soalan interview SPA, maklumat berkaitan pentadbiran malaysia, parlimen dan sebagainya. Kan kan kan.. Sebab tu lah korang boleh ada dekat entri ni. Kekeke. Dun wurry.. kita 2x5 je benarnya :3


Time mula2 dapat tahu ada interview ni, Mr.Coffee terus tanya ahkak soalan paling basic + simple. Iaitu siapa nama speaker dewan rakyat? Itupun I tak boleh jawab. Selamba je i cakap “Owh.. nama dia datuk pandikar kowt,” *mmg terok betul jawapan -.-“ Mr.Coffee terus gelak dengar dan bagitahu pandikar tu gelaran je. Memang rasa shy shy cat dah time tu. Nampak sangatlah kita ni memang jenis tak amik  tahu hal semasa. :’D Hopefully korang tak lah sampai camni sekali. Haha. Nak cover malu i terus jawab.. “Nama dia datuk pandikar awang abdullah..” haha. Hentam lagi. Sesedap mulut je. Mr.Coffee geleng je dengar. Okay kalau tak tahu tu tak payah hentam k.. Tak pepasal nak tersedak je org yang mendengarnya. Pastu nampak sangat @#$%^&*! Hmm.. hmm



Ha...  nak tanya kat korang plak... Siapa nama speaker dewan rakyat? * berlagak*  Kalau korang tak tahu gak ni yang nak kena siku ni! Kekeke. (Btw soalan-soalan dekat atas ni dikira sebagai soalan umum tau)



Okay, so seminggu dua sebelum hari kejadian tu, mulalah berhempas pulas belajar dan ulangkaji tentang sejarah2 malaysia, contoh2 soalan interview calon2 yang lepas. Dari website A sampai blog Z, semua i selidik, notakan, macam time study2 dulu. Then mana soalan-soalan berkaitan pengetahuan am, sejarah malaysia yg ahkak tak tahu & xjumpa jawapan time google, terus tanya Mr.Coffee (sebab dia ni mcm full of knowledge je, bila tnya semua dia tahu) dan dia pun keje dalam sektor kerajaan gak. =)



Manakala soalan berkaitan IT ni, I study lah cket2 mana yg patut, mana yg rasa cam dah ingat2 lupa tu. Contoh cam soalan coding. Sebabnya ada satu blog ni, tak ingat plak blog sapa. Dia bagitahu dia ada berapa peringkat time interview tu. Then, dia kena buat quiz coding. Coding yg simple je. Siapa lepas baru boleh proceed ke peringkat seterusnya.



Mengenangkan soalan coding, ni yg buat i lemah gemalai cket.. yelah dah 2tahun tinggalkan sejak keje bidang broadcast eng ni. Time tu terus capai fone terus text Mr.Z, budak paling pandai dlm kelas dulu. Kekeke. Lantas meluahkan ketidakpahaman tentang contoh coding sample di blog tersebut. Mr Z terangkan cket2 dan terus buat dua contoh coding jawapan kepada soalan coding tu. *pelik ahkak sepantas kilat dia siapkan jawapan* tp i tetap blur blur blur. Haha.  Then dia terus suruh ahkak google bila dok xpaham je. Malas nak layan agaknya, lagi2 dia pun tengah bz dgn FYP. Kekeke. So, tang part ni memang ahkak nadhie  tawakal habes lah.



Dipendekkan cerita, dua hari sebelum hari kejadian, terus bukak waze dan cari tempat untuk interview. Penting kowt, lagi2 kalau korang tak pernah pergi tempat tu. Kekeke. Padahal dekat je. Tapi i ni masih fening2 lalat lah dgn jalan-jalan area situ. Hihi.



Seterusnya.. di hari kejadian ahkak sambung dekat next entri k. Jangan marah. Kekeke. Panjang benor dah ni. busan lak korang baca nanti. Hihi. Dekat next entry I share lah soalan2 yg dia tanya time sesi IV tu berlangsung k.. =)

Bersambung... 

12 comments:

  1. Hihi. 1st, congrats sebab dpt interview SPA. Semua tunggu dpt SPA tau. Hehe ! Kite ade pengalaman interview dekat LHDN, jawatan penolong pegawai penaksiran dekat cyberjaya. Masa tu JobMalaysia bukan SPA. Mase interview ketar lutut woooo. Ramai gak la yang interview mase tu. Tapi tak dek rezeki nak wat camano. Rezeki banyak dekat Kuantan jekot. Hehe ! Btw, goodluck taw. ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. yaka. Kalo tak awk da keje dekat2 area kita ni ha. hihi. Tulah maybe rezeki tu memang dekat kuantan kan :) btw temkiu2 .. good luck 2 u too =D

      Delete
    2. Boleh taw tak soklab tok iv pen peg penaksiran? Mind to share? Hehe ta

      Delete
  2. Hi dearies... rasa neves kan masa nak iv. Tp takpe dari interview ni kita gain experience & asah communication skills. (^_^) Masa tengah internship dulu, ada 2 tmpt IV sis pegi.. 1st MPSJ 2nd time dkt Perbadanan pengurusan sis pepejal putrajaya, diorang banyak tanya isu semasa & lepas tu kena present graph or diagram yang dia bagi. Mencabar betul.. sis xde pengalaman lg masa tu, bila compete dgn hakak hakak & abang abang yg ada penglaman mmg la sis kalah kannn =D. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh.. sis dulu amik course apa ya? Kan! Apapun daripada pengalaman lah kita boleh perbaiki diri & sometimes seronok gak dpt rasa mcm2 pengalaman. hihi :))

      Delete
    2. nak tanye ape cth soalan i/v mpsj yk

      Delete
  3. nervous kan time iv hihi sy 4/4 tu iv untuk pegawai perkhidmatan pendidikan DG41..SPP ^^ moga berjaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahh yaka. baru lagi ni. hihi. Tahniah kepada awk jugak n good luck to u too. InsyaAllah.. moga dipermudahkan. btw tqq awak. hihi :)

      Delete
  4. salam sis, sy pun interview awl tahun hari tu.. date dah lupa.. hihi.. baru nie check dpt sbg calon simpanan... alhamdulillah klau ada rezeki kan..
    wish me luck :) and good luck to u too...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. alhamdulillah. tahniah saya ucapkan :) insyaAllah mana tahu kan ada rezeki. dah check ranking ke? hihi. doa byk2 k

      Delete
    2. tq2.. dah.. hihi.. ranking tgh2 antara calon simpanan tu.. :P

      Delete
  5. Siapa sini dapat panggilan exam online LHDN 20 September nanti?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...