Skip to main content

Pengalaman Interview SPA Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) (Part1)





Saja nak share pengalaman interview SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) yang telah diadakan pada januari 2016 yang lalu. Masa mula-mula dapat message terpilih untuk interview tu  memang terkejut. Apa taknya bila tengok statistik untuk jawatan tu memang ramai. Bil pemohon je dah 95637, yang kena interview nak dekat 1k, jawatan kosong 18, dan calon simpanan je dah 80


So, dalam gembira-gembira tak pasti tu, tawakal ajelah. Dalam hati fikir if ada rezeki insyaAllah. Yang penting tak mengalah dari awal dan pergi je interview tu. Dalam masa yang sama, tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah sebab diberi peluang untuk dapat interview ni. Yelah bukan semua orang dapat peluang ni. Ye tak? Apa-apapun teruskan berdoa, berusaha dan bertawakal okay.


Okay, ada sesiapa tak dapat interview SPA? Dan untuk jawatan apa? If ada tahniah saye ucapkan. Buat yang terbaik ye. Sebelum tu, nak tanya siapa nama Yang di pertuan Agong kita yang sekarang? Beliau merupakan yang di pertuan Agong ke berapa? NKRA tu apa? Apa itu MOSTI? Sebutkan rukun iman, rukun islam dan rukun negara?  



Pengalaman Interview SPA Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) (Part1)


Time-time nak dekat exam, interview nanti lah baru nak buka buku sejarah, google sana-sini cari contoh soalan-soalan interview SPA, maklumat berkaitan pentadbiran malaysia, parlimen dan sebagainya. 

Ha...  nak tanya kat korang plak... Siapa nama speaker dewan rakyat? (Btw soalan-soalan dekat atas ni dikira sebagai soalan umum tau)

Okay, so seminggu dua sebelum hari kejadian tu, mulalah sis berhempas pulas belajar dan ulangkaji tentang sejarah2 malaysia, contoh2 soalan interview calon2 yang lepas. Dari website A sampai blog Z, semua sis selidik, notakan, macam time study2 dulu. 


Peringkat Interview SPA

Ada dua peringkat. Satu dia tanya soalan umum. Satu soalan berkaitan jawatan misalnya IT. Manakala soalan berkaitan IT ni, sis study lah cket2 mana yg patut, mana yg rasa macam dah ingat2 lupa tu. Contoh cam soalan coding. Sebabnya ada satu blog ni, tak ingat plak blog sapa. Dia bagitahu dia ada berapa peringkat time interview tu. Then, dia kena buat quiz coding. Coding yg simple je. Siapa lepas baru boleh proceed ke peringkat seterusnya.

Mengenangkan soalan coding, ni yg buat sis lemah. yelah dah 2tahun tinggalkan sejak keje bidang broadcast eng ni. Time tu terus capai fone terus text Mr.Z, budak paling pandai dlm kelas dulu. Lantas beritahu ketidakfahaman tentang contoh coding sample di blog tersebut. Mr Z terangkan cket2 dan terus buat dua contoh coding jawapan kepada soalan coding tu. *pelik sis sepantas kilat dia siapkan jawapan* tp sis tetap blur blur blur. Haha.  Then dia terus suruh sis google bila memanjang dok xpaham je. Malas nak layan agaknya, lagi2 dia pun tengah bz dgn FYP. Kekeke. So, tang part ni memang sis tawakal habes lah.


Waze Tempat Interview Terlebih Dahulu

Dipendekkan cerita, dua hari sebelum hari kejadian, sis terus bukak waze dan cari tempat untuk interview. Penting kowt, lagi2 kalau korang tak pernah pergi tempat tu. Padahal dekat je. Tapi sis ni masih pening dgn jalan-jalan area situ. 

Seterusnya.. di hari kejadian sis sambung dekat next entri k. Jangan marah. Kekeke. Panjang benor dah ni. Hihi. Dekat next entry sis akan share lah soalan-soalan yg dia tanya time sesi IV tu berlangsung k? Okay sekian, terima kasih sudi baca.

Contoh Email daripada pihak SPA


Bersambung...
 
BACA: Pengalaman Interview SPA Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) (Part1)


Comments

  1. Hihi. 1st, congrats sebab dpt interview SPA. Semua tunggu dpt SPA tau. Hehe ! Kite ade pengalaman interview dekat LHDN, jawatan penolong pegawai penaksiran dekat cyberjaya. Masa tu JobMalaysia bukan SPA. Mase interview ketar lutut woooo. Ramai gak la yang interview mase tu. Tapi tak dek rezeki nak wat camano. Rezeki banyak dekat Kuantan jekot. Hehe ! Btw, goodluck taw. ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. yaka. Kalo tak awk da keje dekat2 area kita ni ha. hihi. Tulah maybe rezeki tu memang dekat kuantan kan :) btw temkiu2 .. good luck 2 u too =D

      Delete
    2. Boleh taw tak soklab tok iv pen peg penaksiran? Mind to share? Hehe ta

      Delete
  2. Hi dearies... rasa neves kan masa nak iv. Tp takpe dari interview ni kita gain experience & asah communication skills. (^_^) Masa tengah internship dulu, ada 2 tmpt IV sis pegi.. 1st MPSJ 2nd time dkt Perbadanan pengurusan sis pepejal putrajaya, diorang banyak tanya isu semasa & lepas tu kena present graph or diagram yang dia bagi. Mencabar betul.. sis xde pengalaman lg masa tu, bila compete dgn hakak hakak & abang abang yg ada penglaman mmg la sis kalah kannn =D. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh.. sis dulu amik course apa ya? Kan! Apapun daripada pengalaman lah kita boleh perbaiki diri & sometimes seronok gak dpt rasa mcm2 pengalaman. hihi :))

      Delete
    2. nak tanye ape cth soalan i/v mpsj yk

      Delete
  3. nervous kan time iv hihi sy 4/4 tu iv untuk pegawai perkhidmatan pendidikan DG41..SPP ^^ moga berjaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahh yaka. baru lagi ni. hihi. Tahniah kepada awk jugak n good luck to u too. InsyaAllah.. moga dipermudahkan. btw tqq awak. hihi :)

      Delete
  4. salam sis, sy pun interview awl tahun hari tu.. date dah lupa.. hihi.. baru nie check dpt sbg calon simpanan... alhamdulillah klau ada rezeki kan..
    wish me luck :) and good luck to u too...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. alhamdulillah. tahniah saya ucapkan :) insyaAllah mana tahu kan ada rezeki. dah check ranking ke? hihi. doa byk2 k

      Delete
    2. tq2.. dah.. hihi.. ranking tgh2 antara calon simpanan tu.. :P

      Delete
  5. Siapa sini dapat panggilan exam online LHDN 20 September nanti?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda