Skip to main content

Review Buku : Pelukis Jalanan


Assalamualaikum & Hi!




REVIEW BUKU: PELUKIS JALANAN | Merupakan seorang yang suka membeli buku, tetapi jarang berjaya dihabiskan, namun kali ini buku Teme berjaya menarik minat dan perhatian saya untuk terus membacanya.

Semuanya adalah kerana pengalaman yang berharga dan mesej-mesej positif yang terdapat di dalamnya. Tak heranlah buku ini pernah menduduki carta tertinggi di MPH.



Review & Sinopsis Pelukis Jalanan


Meskipun usianya masih muda, namun pengalaman yang pernah Teme hadapi, kecekalannya,  kebijaksanaan dan tawaduknya Teme membuatkan dia luar biasa dan lain dari remaja yang lain.


Saya kagum dengan ketekunan Teme. Minat melukis yang mendalam sehingga dia pernah senyap-senyap berniaga kecil-kecilan, mengambil tempahan membuat printing baju dan terlibat dalam design baju (untuk  sekolah-sekolah dalam Malaysia) sehingga dalam akaunnya mencecah RM80K ketika dia baru sahaja berusia 19 tahun. Dan dalam masa yang sama Teme sedang mengambil A-Level untuk menyambung pengajian ke Luar Negara.


 Antara kata-kata semangat yang berada di muka surat belakang sekali disertai dengan hasil lukisan Teme sepanjang di UK


Hampir sahaja dia memutuskan untuk tidak menyambung pelajaran ke Luar Negara dan memutuskan untuk membantu ummah apabila dia telah berjaya sebagai seorang businessman. Namun, akhirnya dia sedar yang ilmu itu lebih penting dari segala-galanya dan dia harus berilmu agar dapat membantu meningkatkan taraf pendidikan umat islam dan rakyat Malaysia.


Dia sedar bahawa pada masakini betapa kurangnya ilmuan-ilmuan islam. Sedangkan pada masa dahulu, terdapat ramai ilmuan-ilmuan islam yang masyur seperti Al-Khawarizmi, Ibnu Sina (Avicenna) yang masing-masing telah berbakti kepada dunia di atas ilmu yang mereka perolehi.


Mesej positif yang memberi inspirasi^^ Antara my fav


Dan Teme juga mahu jadi begitu suatu hari nanti, berbakti dan meningkatkan taraf pendidikan umat islam sejagat. Dari sini bermulanya pelbagai dugaan dan cabaran untuknya meneruskan pengajian di United Kingdom apabila dia terpaksa menggunakan duit sendiri untuk menyara kos pengajiannya. Dari segi tempat tinggal, kurangnya kewangan, di sabotaj rakan sekuliah dan macam–macam lagi. Dari situ bermulalah era baru Teme sebagai seorang pelukis jalanan. Nak tahu lebih lanjut kenalah baca sendiri. Hihi


  
Saya kagum dengan sikap Teme yang tidak pernah malu mahupun gentar memperkenalkan islam kepada rakan-rakan sekelasnya yg beragama lain, termasuk yg datang dari Israel


Btw, so far memang terbaik dan sangat memberi inspirasi. Gaya Bahasa dan penceritaan Teme membuatkan saya seperti berada di situasi Teme. Bagi saya buku seperti ini bukan sahaja sesuai dibaca oleh golongan remaja, malah sesuai untuk seluruh peringkat usia.

Okay setakat ini sahaja! Moga memberi manfaat
 

Comments

  1. Penulis yang berbakat. Saya kagum dengan ketekunan dia. Pandai melukis, buat bisnes kecil2 dalam diam, boleh pula capai duit dalam rm 80 k.. Rezeki atas usaha dia sendiri.. memang bawa inspirasi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki dia kan. kalau ikut perkembangan dia now dia dah berjaya dah complete kan degree dia kat sana πŸ™‚

      Delete
  2. Ada mesej yg cantik disampaikan dari buku ini itulah yg menarik utk dibaca sehingga akhirnya.

    ReplyDelete
  3. Terbaik kata-kata motivasinya... ilmu itu penting, ummah itu penting, dua2 penting, mana dulu mana kemudian, biar Allah SWT beri hidayah...

    ReplyDelete

  4. Itu jari Nadhie ke. Yg dlm gambar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm gambar pegang lukisan tu semua jari Teme Adam. ^^

      Delete
  5. mmg tabik dengan penulis buku betul2 mmeberikan inspirasi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. tahu takpa. tak jemu baca motivasi dia. umur bukan ukuran untuk sesuatu kematangan. Kadang umur dah tua pun tak matang lagi. mmg tabik la dgn teme ni. hihi

      Delete
  6. contoh insan gigih..ramai org kabur mata bila tengok duit byk dlm bank, tapi dia ttp teguh, guna duit tuk menimba ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul. part tulah yg sangat memberi inspirasi. suka cara dia yg taknak membebankan keluarga byk berusaha utk berdikari^^

      Delete
  7. pernah baca tentang review buku ni oleh blogger lain..hari ni nadhie pula review..mcm nak pinjam.je..hehehe...tp mmg suka buku2 inspirasi mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mehlah pinjam. buku ni ada je kat my mini library kat umah ni πŸ˜„

      Delete
  8. Banyak mesej2 yang bermakna dalam buku dia ni. dah ramai yang buat review pasal buku ni. very inspiring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul. saye pun ada baca review dari penulis lain gak. hehe. mmg ramai yg suka. but this time from my point of view^^

      Delete
  9. sy suka membaca, tak kisah buku jenis apa �� lagi2 jenis yg bnyk mesej tersirat, memang rugi kalau tak baca. kena cecepat order ni ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh bagus πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ teruskan minat tu. saye pun nak pupuk minat kearah membaca ni ☺️

      Delete
    2. sy suh sepupu2 yg kocik kenit tu supaya amalkan sikap suka membaca πŸ˜„ nak buat karangan pun cepat keluarkan idea

      Delete
  10. nampak menarik buku ni ..suka baca buku yang memberi motivasi bukan saja luaran tapi dalaman juga.. thanks nad sudi review buku ni

    ReplyDelete
  11. Yesss! Siqah suka buku ni. Banyak bagi motivasi. Suka juga dengan cara penceritaan Teme. Menarik dan relax untuk dibaca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. cara penulisan dia. hehe memang best ☺️

      Delete
    2. Nak kena cari ni. πŸ˜€ Maznee pun suka membaca Nadhie

      Delete
  12. Nak pandai melakar macam ni lrna tekun kan kak zakie πŸ˜€
    .
    Kalau hangat tahi ayam
    .
    Kejap je semangatnya

    ReplyDelete
  13. Hari tuh akak dah pegang and belek2 buku ni. Tapi masa tuh fikir nak beli ke tidak. Last2 letak balik. Since dah ade review ni macam menarik ajer. Boleh la next time akak beli.

    ReplyDelete
  14. hye walking here :)


    http://missshakecantik.blogspot.my/


    walking and follow too :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda