Assalamualaikum & Hi!
REVIEW BUKU: PELUKIS JALANAN | Merupakan seorang yang suka membeli buku,
tetapi jarang berjaya dihabiskan, namun kali
ini buku Teme berjaya menarik minat dan perhatian saya untuk terus membacanya.
Semuanya adalah kerana pengalaman yang berharga dan mesej-mesej positif yang terdapat di dalamnya. Tak heranlah buku ini pernah menduduki carta tertinggi di MPH.
Semuanya adalah kerana pengalaman yang berharga dan mesej-mesej positif yang terdapat di dalamnya. Tak heranlah buku ini pernah menduduki carta tertinggi di MPH.
Review & Sinopsis Pelukis Jalanan
Meskipun usianya masih muda,
namun pengalaman yang pernah Teme hadapi, kecekalannya, kebijaksanaan dan tawaduknya Teme membuatkan
dia luar biasa dan lain dari remaja yang lain.
Saya kagum dengan ketekunan Teme.
Minat melukis yang mendalam sehingga dia pernah senyap-senyap berniaga
kecil-kecilan, mengambil tempahan membuat printing baju dan terlibat dalam
design baju (untuk sekolah-sekolah dalam
Malaysia) sehingga dalam akaunnya mencecah RM80K ketika dia baru sahaja berusia
19 tahun. Dan dalam masa yang sama Teme sedang mengambil A-Level untuk
menyambung pengajian ke Luar Negara.
Antara kata-kata semangat yang berada di muka surat belakang sekali disertai dengan hasil lukisan Teme sepanjang di UK
Hampir sahaja dia memutuskan
untuk tidak menyambung pelajaran ke Luar Negara dan memutuskan untuk membantu
ummah apabila dia telah berjaya sebagai seorang businessman. Namun, akhirnya
dia sedar yang ilmu itu lebih penting dari segala-galanya dan dia harus berilmu
agar dapat membantu meningkatkan taraf pendidikan umat islam dan rakyat Malaysia.
Dia sedar bahawa pada masakini betapa kurangnya ilmuan-ilmuan islam. Sedangkan pada masa dahulu, terdapat ramai ilmuan-ilmuan islam yang masyur seperti Al-Khawarizmi, Ibnu Sina (Avicenna) yang masing-masing telah berbakti kepada dunia di atas ilmu yang mereka perolehi.
Dia sedar bahawa pada masakini betapa kurangnya ilmuan-ilmuan islam. Sedangkan pada masa dahulu, terdapat ramai ilmuan-ilmuan islam yang masyur seperti Al-Khawarizmi, Ibnu Sina (Avicenna) yang masing-masing telah berbakti kepada dunia di atas ilmu yang mereka perolehi.
Mesej positif yang memberi inspirasi^^ Antara my fav
Dan Teme juga mahu jadi begitu
suatu hari nanti, berbakti dan meningkatkan taraf pendidikan umat islam
sejagat. Dari sini bermulanya pelbagai dugaan dan cabaran untuknya meneruskan
pengajian di United Kingdom apabila dia terpaksa menggunakan duit sendiri untuk
menyara kos pengajiannya. Dari segi tempat tinggal, kurangnya kewangan, di
sabotaj rakan sekuliah dan macam–macam lagi. Dari situ bermulalah era baru Teme sebagai seorang pelukis jalanan. Nak tahu lebih lanjut kenalah
baca sendiri. Hihi
Saya kagum dengan sikap Teme yang tidak pernah malu mahupun gentar memperkenalkan islam kepada rakan-rakan sekelasnya yg beragama lain, termasuk yg datang dari Israel
Btw, so far memang terbaik dan
sangat memberi inspirasi. Gaya Bahasa dan penceritaan Teme membuatkan saya
seperti berada di situasi Teme. Bagi saya buku seperti ini bukan sahaja sesuai
dibaca oleh golongan remaja, malah sesuai untuk seluruh peringkat usia.
Okay setakat ini sahaja! Moga
memberi manfaat!
Penulis yang berbakat. Saya kagum dengan ketekunan dia. Pandai melukis, buat bisnes kecil2 dalam diam, boleh pula capai duit dalam rm 80 k.. Rezeki atas usaha dia sendiri.. memang bawa inspirasi~
ReplyDeletealhamdulillah rezeki dia kan. kalau ikut perkembangan dia now dia dah berjaya dah complete kan degree dia kat sana π
DeleteAda mesej yg cantik disampaikan dari buku ini itulah yg menarik utk dibaca sehingga akhirnya.
ReplyDeleteyup betul :)
Delete
ReplyDeleteItu jari Nadhie ke. Yg dlm gambar?
dlm gambar pegang lukisan tu semua jari Teme Adam. ^^
Deletemmg tabik dengan penulis buku betul2 mmeberikan inspirasi :D
ReplyDeletekan. tahu takpa. tak jemu baca motivasi dia. umur bukan ukuran untuk sesuatu kematangan. Kadang umur dah tua pun tak matang lagi. mmg tabik la dgn teme ni. hihi
Deletecontoh insan gigih..ramai org kabur mata bila tengok duit byk dlm bank, tapi dia ttp teguh, guna duit tuk menimba ilmu..
ReplyDeleteyup betul. part tulah yg sangat memberi inspirasi. suka cara dia yg taknak membebankan keluarga byk berusaha utk berdikari^^
Deletepernah baca tentang review buku ni oleh blogger lain..hari ni nadhie pula review..mcm nak pinjam.je..hehehe...tp mmg suka buku2 inspirasi mcm ni
ReplyDeletemehlah pinjam. buku ni ada je kat my mini library kat umah ni π
DeleteBanyak mesej2 yang bermakna dalam buku dia ni. dah ramai yang buat review pasal buku ni. very inspiring.
ReplyDeleteyup betul. saye pun ada baca review dari penulis lain gak. hehe. mmg ramai yg suka. but this time from my point of view^^
Deletesy suka membaca, tak kisah buku jenis apa �� lagi2 jenis yg bnyk mesej tersirat, memang rugi kalau tak baca. kena cecepat order ni ��
ReplyDeletewahh bagus ππΌππΌ teruskan minat tu. saye pun nak pupuk minat kearah membaca ni ☺️
Deletesy suh sepupu2 yg kocik kenit tu supaya amalkan sikap suka membaca π nak buat karangan pun cepat keluarkan idea
Deletenampak menarik buku ni ..suka baca buku yang memberi motivasi bukan saja luaran tapi dalaman juga.. thanks nad sudi review buku ni
ReplyDeletehahah. betul2 :) sama2 sis
DeleteYesss! Siqah suka buku ni. Banyak bagi motivasi. Suka juga dengan cara penceritaan Teme. Menarik dan relax untuk dibaca :)
ReplyDeletekan. cara penulisan dia. hehe memang best ☺️
DeleteNak kena cari ni. π Maznee pun suka membaca Nadhie
Deleteinsyaallah. amin
ReplyDeleteNak pandai melakar macam ni lrna tekun kan kak zakie π
ReplyDelete.
Kalau hangat tahi ayam
.
Kejap je semangatnya
Hari tuh akak dah pegang and belek2 buku ni. Tapi masa tuh fikir nak beli ke tidak. Last2 letak balik. Since dah ade review ni macam menarik ajer. Boleh la next time akak beli.
ReplyDeletePenuh mesej tersirat
ReplyDeletehye walking here :)
ReplyDeletehttp://missshakecantik.blogspot.my/
walking and follow too :)