Saturday, 27 May 2017

Pengalaman Mendapatkan Rawatan Laser Di Premier Clinic, Puchong

Assalamualaikum & Hi!





Antara kecantikan dan kesihatan apa yang menjadi main concern anda? Adakah kecantikan semata atau kesihatan? Atau both? Apapun, seiring dengan kemajuan teknologi, bermacam jenis teknologi dan rawatan kecantikan yang kita boleh dapatkan di mana-mana. Tinggal lagi, mesti risau kan samada selamat ke tak, berkesan ke tak dan sebagainya. Betul tak?


So, dekat sini saya nak share pengalaman mendapatkan rawatan laser di Premier Clinic dalam seminggu lepas, yang merupakan salah satu klinik rawatan Aesthetic dan bertempat di Puchong. 




Ruang menunggu yang kelihatan selesa. Hampir je nak bukak kasut ;D



Masa mula-mula dengar pasal rawatan laser ni macam-macam benda berlegar di fikiran. Takut, risau dan bermacam-macam lagi. Tapi, pergi jugaklah bila tahu rawatan ni totally selamat dan paling penting pergi sebab nak remove something yang menjadi concern saya , iaitu milia dan birthmarks.


Dr. Michelle Lai ketika memulakan diagnosisnya



Dr Michelle Lai menerangkan serba sedikit tentang kondisi kulit dan prosedur rawatan


Milia tu apa? Milia berbentuk seperti jerawat, iaitu benjolan kecil berwarna putih menyerupai warna mutiara atau putih kekuningan. Actually mula-mula ingatkan ia adalah sejenis bintik kolestrol, sebab dah lama sangat ada di muka, di area tepi mata dan tak tahu macam mana nak buang. 



Tak tahu macam mana timbul. Tahu-tahu dah ada je. Dalam setahun lebih jugak benda tu ada dan tak hilang-hilang. Takut tengok bila makin membesar. Thats why akhirnya pilih rawatan laser untuk buang bintik tersebut. Dan setelah Dr. Michelle Lai mendiagnosis , rupanya bintik tersebut dinamakan Milia.



Sebelum rawatan. Dr memberitahu serba sedikit tentang prosedur rawatan.



Sebelum rawatan Dr akan memberitahu serba sedikit tentang kawasan mana dia akan inject ubat bius di tempat yang perlu di laser, katanya tak sakit. Memang memula tu takut jugaklah sebab kita jenis takut jarum.Pehal jarum kat muka kan? Macam nak pejam mata sampai keluar segala kedutan tepi mata tu. Tapi, mujurlah tak sakit sangat, macam kena gigit semut je. hee





Selepas mendapatkan rawatan. Dr menunjukkan kawasan yang telah selesai di laser



Setelah dibius, rawatan laser pun akhirnya dimulakan. Time tu memang akan pejam mata jelah. Terasa sesuatu menyentuh kawasan tersebut, tak tahu nak describe macam mana, tetapi takdalah sakit kan. Lega rasa bila akhirnya rawatan ni siap. Tetapi pada awalnya selepas rawatan, biasanya kita akan merasa pedih sedikit dan kelihatan kemerahan di kawasan yang di laser. Don't worry, tak lama mana pun. Esoknya tak sakit dah.



Apapun dinasihatkan untuk memakai pelembap dan sun block selepas mendapatkan rawatan ini. Jangan sesekali scratch atau usik kawasan di laser. Kena tunggu sehingga ia gugur sendiri. Btw, biasanya treatment untuk remove milia dan birthmarks ni biasanya kena pergi untuk kali kedua untuk complete kan treatment tersebut. Then, baru boleh nampak hasilnya. Okay, tak sabar nak pergi ke appoinment seterusnya dan melihat hasilnya!





Selain Puchong, Premier Clinic punyai cawangan lain seperti di TTDI dan Bangsar. Rujuk maklumat di bawah untuk info selanjutnya.



Alamat TTDI:
Cawangan TTDI
31, Jalan Wan Kadir 2,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur

Waktu beroperasi:
Selasa - Sabtu : 10am-7pmTutup: Ahad, Isnin dan Cuti Umum
Contact: HP: +60-12-662 5453   //   Tel: +60-3-7732 5552




Alamat Bangsar:
Cawangan Bangsar
40, Jalan Telawi,
Bangsar Baru,
59100,Kuala Lumpur

Waktu beroperasi:
Isnin: 2pm-7pm
Selasa - Sabtu: 10am-7pm
Tutup: Ahad
Contact: HP: +60-12-662 4278   //   Tel: +60-3-2282 2263





Alamat Puchong:
G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 4, 
Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, 
Selangor 
(same row as RHB Bank and Papparich Restaurant)

Waktu beroperasi:

Isnin: 2pm-7pm
Selasa - Sabtu: 10am-7pm
Tutup: Ahad
Contact: HP: +60-16-706 0101   //   Tel: +60-3-8080 3828




Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi

Website

Facebook :

Instagram : 

Youtube: 





14 comments:

  1. mcm sakit je huhuhu. seram la kalau bab2 jarum apa semua nii :o

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tidaklah. tak sakit pun. guna jarum sekejap je utk bius. then guna laser. hihi

      Delete
  2. waahh. lagi lawa la muka dia sekarang ni hehe

    ReplyDelete
  3. Bab jarum dan laser mmg ngeri Nadhie..
    Betullah org kata beauty is pain..
    Alhamdulillah selesai sudah..
    Dr. Michelle nampak friendly too 😄..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. Nampak macam sakit, tapi tak. syukurlah. Maybe depends on jenis rawatan apa dan sebagainya ;D

      Delete
  4. Bila saya boleh buat laser ni. huhuhu. tpi takut laaa sebab sakit. >.< btw, sis always cantikkk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. maceh. takdalah, tak sakit sangat sbb dah dibius dulu. hihi

      Delete
  5. Milia tu akan jadi besar ke? Macam ada ke mak saya je. Nanti nak kaji la milia ni. 1st time tahu

    ReplyDelete
  6. Seramnya Siqah dengar laser. Huhu. Harap berkesan nanti untuk Nadhie. Update more about this k dear =)

    ReplyDelete
  7. Assallammuallaikum..salam ukhuwah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...