Antara kecantikan dan kesihatan apa yang menjadi main concern anda? Adakah kecantikan semata atau kesihatan? Atau both? Apapun, seiring dengan kemajuan teknologi, bermacam jenis teknologi dan rawatan kecantikan yang kita boleh dapatkan di mana-mana. Tinggal lagi, mesti risau kan samada selamat ke tak, berkesan ke tak dan sebagainya. Betul tak?
So, dekat sini saya nak share pengalaman mendapatkan rawatan laser di Premier Clinic dalam seminggu lepas, yang merupakan salah satu klinik rawatan Aesthetic dan bertempat di Puchong.
Ruang menunggu yang kelihatan selesa. Hampir je nak bukak kasut ;D
Masa mula-mula dengar pasal rawatan laser ni macam-macam benda berlegar di fikiran. Takut, risau dan bermacam-macam lagi. Tapi, pergi jugaklah bila tahu rawatan ni totally selamat dan paling penting pergi sebab nak remove something yang menjadi concern saya , iaitu milia dan birthmarks.
Dr Michelle Lai menerangkan serba sedikit tentang kondisi kulit dan prosedur rawatan
Milia tu apa? Milia berbentuk seperti jerawat, iaitu benjolan kecil berwarna putih menyerupai warna mutiara atau putih kekuningan. Actually mula-mula ingatkan ia adalah sejenis bintik kolestrol, sebab dah lama sangat ada di muka, di area tepi mata dan tak tahu macam mana nak buang.
Tak tahu macam mana timbul. Tahu-tahu dah ada je. Dalam setahun lebih jugak benda tu ada dan tak hilang-hilang. Takut tengok bila makin membesar. Thats why akhirnya pilih rawatan laser untuk buang bintik tersebut. Dan setelah Dr. Michelle Lai mendiagnosis , rupanya bintik tersebut dinamakan Milia.
Sebelum rawatan. Dr memberitahu serba sedikit tentang prosedur rawatan.
Selepas mendapatkan rawatan. Dr menunjukkan kawasan yang telah selesai di laser
Setelah dibius, rawatan laser pun akhirnya dimulakan. Time tu memang akan pejam mata jelah. Terasa sesuatu menyentuh kawasan tersebut, tak tahu nak describe macam mana, tetapi takdalah sakit kan. Lega rasa bila akhirnya rawatan ni siap. Tetapi pada awalnya selepas rawatan, biasanya kita akan merasa pedih sedikit dan kelihatan kemerahan di kawasan yang di laser. Don't worry, tak lama mana pun. Esoknya tak sakit dah.
Apapun dinasihatkan untuk memakai pelembap dan sun block selepas mendapatkan rawatan ini. Jangan sesekali scratch atau usik kawasan di laser. Kena tunggu sehingga ia gugur sendiri. Btw, biasanya treatment untuk remove milia dan birthmarks ni biasanya kena pergi untuk kali kedua untuk complete kan treatment tersebut. Then, baru boleh nampak hasilnya. Okay, tak sabar nak pergi ke appoinment seterusnya dan melihat hasilnya!
Selain Puchong, Premier Clinic punyai cawangan lain seperti di TTDI dan Bangsar. Rujuk maklumat di bawah untuk info selanjutnya.
Alamat TTDI:
Cawangan TTDI
31, Jalan Wan Kadir 2,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur
Waktu beroperasi:
Selasa - Sabtu : 10am-7pmTutup: Ahad, Isnin dan Cuti Umum
Contact: HP: +60-12-662 5453 // Tel: +60-3-7732 5552
Alamat Bangsar:
Cawangan Bangsar
40, Jalan Telawi,
Bangsar Baru,
59100,Kuala Lumpur
Waktu beroperasi:
Isnin: 2pm-7pm
Selasa - Sabtu: 10am-7pm
Tutup: Ahad
Contact: HP: +60-12-662 4278 // Tel: +60-3-2282 2263
Alamat Puchong:
G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 4,
Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong,
Selangor
(same row as RHB Bank and Papparich Restaurant)
Waktu beroperasi:
Isnin: 2pm-7pm
Selasa - Sabtu: 10am-7pm
Tutup: Ahad
Tutup: Ahad
Contact: HP: +60-16-706 0101 // Tel: +60-3-8080 3828
Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi
Website :
Facebook :
Instagram :
Youtube:
mcm sakit je huhuhu. seram la kalau bab2 jarum apa semua nii :o
ReplyDeleteeh tidaklah. tak sakit pun. guna jarum sekejap je utk bius. then guna laser. hihi
Deletewaahh. lagi lawa la muka dia sekarang ni hehe
ReplyDeletehahaha. manede ;D
DeleteBab jarum dan laser mmg ngeri Nadhie..
ReplyDeleteBetullah org kata beauty is pain..
Alhamdulillah selesai sudah..
Dr. Michelle nampak friendly too 😄..
hihi. Nampak macam sakit, tapi tak. syukurlah. Maybe depends on jenis rawatan apa dan sebagainya ;D
DeleteAlhamdulillah. :)
DeleteBila saya boleh buat laser ni. huhuhu. tpi takut laaa sebab sakit. >.< btw, sis always cantikkk :D
ReplyDeleteAlhamdulillah. maceh. takdalah, tak sakit sangat sbb dah dibius dulu. hihi
Deletesakit tak kena bius tu?
ReplyDeletemcm gigit semut je. hee
DeleteMilia tu akan jadi besar ke? Macam ada ke mak saya je. Nanti nak kaji la milia ni. 1st time tahu
ReplyDeleteSeramnya Siqah dengar laser. Huhu. Harap berkesan nanti untuk Nadhie. Update more about this k dear =)
ReplyDeleteAssallammuallaikum..salam ukhuwah.
ReplyDeletewaalaikumsalam
Deletesalam sis.boleh tahu x berape rm untuk rawatan milia ni?n brape kali rawatan kene buat untuk hilang sepenuhnye?
ReplyDeletewsalam. tak mahal. sekali buat dlm rm100,150,200 bergantung pada size milia tu. if haritu time buang milia sekali buat je terus habis dibuang. bergantung pada size rasanya. apapun utk info lanjut boleh refer website/facebook premier clinic
Deletesalam sis. total buat rawatan ni berapa.. memang hilang terus ke milia tu?
ReplyDeletewsalam sis. Rm 100 -200 bergantung pada kondisi. Yup, hilang terus
Delete