Skip to main content

Apa Itu Backup Data?



sumber gambar: google




Masih ada yang tidak tahu apa itu backup data? Okay, dun wurry, dekat sini Nadhie akan menerangkan serba sedikit tentang apa itu backup data di komputer anda. Entri kali ini pendek je untuk memberi serba sedikit pengenalan tentang tujuan membackup data di komputer anda. Apa itu backup data? Kenapa perlu backup data? Kepada sesiapa yang masih tidak tahu apa itu backup data, kat bawah ni saya list kan okay? 





 Apa itu backup data?


Backup data adalah apabila kita menyalin atau memindahkan data-data dalam hdd computer daripada satu lokasi ke lokasi yang lain. Data-data yang dimaksudkan terdiri daripada systems windows, driver, software, video, audio, file dokumen dan sebagainya.




·      Kenapa perlu backup data?

Tujuan backup data adalah untuk memastikan kita boleh mengembalikan data yang hilang atau rosak menggunakan data yang telah dibackup (samada dijangkiti virus, computer problems, blackout atau berpunca daripada kecuaian kita sendiri) kepada data asal, melalui data yang telah di backup itu tadi.

Apa Itu Backup Data?


·      Cara backup data

Bagaimana cara untuk membackup data? Cara backup data boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah melalui internal hard disk itu sendiri seperti local disk c, external hdd, CD R/RE, DVD R/RW ataupun dengan menggunakan software backup yang boleh di download secara percuma di internet ataupun diperolehi di kedai-kedai computer.

Okay sekian daripada saya tentang pengenalan membackup data di komputer anda. Diharapkan entri ringkas ini mampu memberi serba sedikit pemahaman kepada anda tentang tujuan dan kepentingan kita membackup data di komputer. Okay, sekian daripada saya. Semoga bermanfaat :)

Comments

  1. Memang penting la backup data ni. Serious. ==' lagi-lagi untuk keje. Kalau hilang memang menangis.

    ReplyDelete
  2. menangis tak berlagu lah jawabnya.hihi :')

    ReplyDelete
  3. Mmg backup data penting esp for it. Coding. Programming. Database.ilang nangis makk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda