Btw, pernah tak korang mengalami situasi handphone korang jatuh dalam air? terkena air, tertumpah air dan sebagainya? Kalau situasi ni terjadi, please jangan panik okay? Relax... tarik nafas panjang-panjang dan cuba ikut step dekat bawah ni :) Dont worry everything's going to be okay :)
Tips : Cara Selamatkan Handphone Yang Dimasuki Air
- PERLU BUAT & SILA IKUT STEP2 INI
1. Matikan telefon bimbit anda terlebih dahulu
1st of all, sila off kan telefon bimbit korang
terlebih dahulu, senang citer cabut terus battery. Tujuan ini bagi mengelakkan
berlakunya short circuit lagi2 kalo fone korang still on lagi lepas kena kena
air tu.
2. Remove apa yang patut dan keringkan
Tanggalkan segala mak nenek sarung fone, keluarkan sim
kad, kad memory, battery dan sebagainya. Then lapkan part basah tu dengan tisu
atau kain menyerap air.
3. Gunakan Vakuum
Lepastu if korang ada vacuum jenis USB, gunakan vacuum
tersebut untuk menyedut sisa air di fone korang. Keliru and tataw camne rupa
vacuum tu? Cam gambar kat bawah ni okay =)
4. Guna beras
Untuk apa guna beras? Takkanlah nak main renjis-renjis
dekat fone tu kan? Tidak sama sekali. Camni caranya. Amik satu bekas bertutup, then masukkan beras
dan tanamkan handphone anda dalam beras tadi. Kemudian tutup bekas rapat-rapat
dan biarkan selama beberapa hari. Sebab
apa guna beras? Sebab beras bersifat menyerap kelembapan. Just still take time
gak la.. so sabar & doa banyak2 k.
- JANGAN BUAT!
1. Jangan goncang telefon anda!
Ada orang lepas fone kena air, terus goncang kunun2
nak kuarkan air tu. Don’t don’t don’t okay? Tak membantu apa pun. Lagi teruk
pulak jadinya nanti. Daripada elok2 dia kena satu part je, abes part lain terjangkit
sekali. Tak ke parah jadinya =_=”
2. Jangan gunakan microwave
Jangan sesekali keringkan gunakan microwave sebab nak
cepat kering. BAHAYA! Tindakan ini sebenarnya akan menyebabkan berlakunya
letupan! Please beware and think wisely before doing anything!
3. Jangan gunakan hair dryer
Hair dryer memanglah tidak di galakkan sebab ditakuti kepanasannya
akan menyebabkan skrin handphone anda rosak. So hati2 k before take actions. *Sad
teringat fone I yg dah rosak skrinnya sebab terjemur berhari2 dalam kereta.I pulak suka letak fone sepah2 T_T
4. Usah kau letak bawah alat pengering
Taw tak pengering jenis apa yg dimaksudkan kat sini? Tuh yang korang dok
keringkan tangan lepas keluar toilet. Pengering mesin basuh lagilah jangan == Jangan keringkan guna tu k. Risikonya
sama macam bila guna hair dryer.
- TIPS TAMBAHAN
1. Beli cover fone jenis kalis air
Untuk mengelakkan hal yang sama terjadi, seeloknya
korang belilah cover fone jenis kalis air.
2. Beli beg kecik/jinjing/beg plastik kalis air
untuk isi fone
Kalau tak jumpa cover fone carilah beg jinjing, beg plastic
seal dan sebagainya untuk letak fone korang tu. Yelah korang kan lasak sampai
fone boleh jatuh dalam air. Tak jumpa cover fone, beg plastic pun jadilah. huhu
3. Lagi senang beli terus fone jenis kalis air
Kata fone mahal. Takkan function kalis air pun tarak?
Memang tak berbaloilah beli fone mahal kalo function tu tarak. ==” Plus, teknologi
sekarang memang dah canggih. Terdapat banyak telefon bimbit kalis air di
pasaran sekarang. Tinggal jenis ke dalaman masing2 je berbeza. Kalau anda rasa
anda memang jenis berkemampuan dan suka beli fone mahal, ada baiknya beli jenis
kalis peluru air terus.
Okay, sampai sini je entry kali
ini. Hope membantu pada sesiapa yang ada mengalami situasi camni. Jangan panic k.
=) Kalau tak kena pun, eloklah kita tahu apa yang patut dibuat. Sekurang-kurangnya
ada ilmu dah.. Sekian, thanks sudi baca. Moga bermanfaat =)
Pernah kena. Paling cliche tanam fone dalam beras wkwkwk :D
ReplyDeletehaha kan. terpaksalah disemadikan buat sektika. naseb baik ade harapan elok balik. hihi
DeleteKalau samsung S7?hehehe
ReplyDeletesame jee. cerlah try. hihi. aih... tp sayanglah kalo kena air, dah la mahai. huahaha
DeleteTapi samsung S7 kan kalis air.hehehe
Deleteerk yaka. tataw tak pakai s7 lah. abeh dah kalis air tu dok tanya lagi. haha. jaat! terkena!kekeke :p
DeleteBila laaaa kita dapat iphone macam kat atas tuuu. Huhuhu ! =D Berangan sangat ni. Hahaha.
ReplyDeleteOwh kita tak pernah lagi HP terjun dalam air setakat niy Alhamdulillah. Tapi sokmo crack dengan tiba-tiba. Panas sangat. Pastu mula la tak boleh touch apa semua. Sedih.
Btw, thank you dear info niy. Sangat berguna. =*
Samelah kita... nak iphongg gak. hihi. Alhamdulillah.. kalo boleh takmolah sampai jatuh dlm air, tumpah air dsbnya kan. dah la byk benda penting dlm tu. Tulah.. panas pun same effect gak. tak sedar terjemur tau2 xleh touch dah, nak repair screen plak kenmain mahai agi. huahaha. most welkem ain ;D
DeleteBetul Nadhie. Series mahal. Mahal lagi dari betul kan Motherboard HP kan. Pernah tanye dekat kedai, lebih kurang RM500. Mahal oiiiii. :( Baik tambah sikit beli HP baru kan.
Deleteyupp.. betui. kdang kos repair nak dekat sama harga fone. as long as takde something precious boleh la beli baru teruih. kiki ;D
DeleteNice sharing dear... =) kdg kdg bila hp masuk air mesti gelabah tak tahu nak buat apa. =)
ReplyDeletekan! ikutkan mmg ramai yg tataw ada je cara nak pulihkan fone dorg. ish.. dah beli memahal+ ada something precious syg kowt nak buang je :D
Deleteada lagi tips.. lepas vakuum atau keringkan tempat yang basah pada telefon.. masukkan telefon tu dalam beras tapi tanggalkan bateri dan biar semalaman (masukkan ampai terbenam dalam timbunan beras).. memang menjadi.. dah banyak kali cuba tips ni..hehe
ReplyDeleteada dah mention kat atas tu dear. cer baca balik. hihi. :D
DeleteTips yang sangat berguna. Yang bab rendam dalam beras tu berkesan. Sebab my fren pernah buat masa phone dia dimasuki air.
ReplyDeletekan. dengar cam old school je tanam dlm beras bagai. tp mmg berkesan. kekeke
Delete