Skip to main content

Apa Itu Bios?

Apa Itu Bios?



Harini saya nak berkongsi sedikit topic tentang perihal komponen dalam komputer yang dinamakan BIOS ini. Fungsi & kegunaannya. 

Jadi, apa itu BIOS? Secara ringkasnya BIOS atau Basic Input Output system adalah program pertama yang diakses oleh processor sebaik sahaja kita menekan button on pada komputer kita untuk menghidupkan komputer. BIOS kemudiannya akan menjalankan tugas untuk memeriksa dan memastikan semua program lain seperti seperti CPU, Hardisk, Processor, VGA, DVD Rom dan sebagainya berada dalam keadaan baik sebelum mula menjalankan operating system(OS) seperti Windows, Linux, Fedora dan sebagainya. Kedudukan BIOS berada di chip memori flash atau ROM yang berada di Motherboard (Mobo).


BACA : Cara Buat Partition Hardisk Pada Komputer Anda



Antara tugas-tugas BIOS

Si dia yang bersegi empat tepat tu la namanya Bios ;D


  • Bagi arahan pada Microprocessor untuk menghidupkan komputer.
  • Detect jenis hardware yang perlu diakses untuk pertama kali dan detect jenis Operqting System yang ada pada hardware tersebut
  • Menjalankan proses Booting yang dikenali sebagai "Boot Order"
  • Power on Self Test (POST) : verify CPU register, verify Basic component seperti DMA, timer, interrupt controller. find, size and verify system main memory, initialize BIOS, identify, organize & pilih jenis devices yang available untuk booting and etc.


pernah nampak ni tak sepanjang kauworang menggunakan komputer? :D


kebanyakan BIOS jenis baru juga berkebolehan untuk detect error daripada urutan bunyi beep (Sequence of beep). Bunyi beep ni datang daripada mobo yang dah siap-siap di attach loudspeaker semata-mata untuk detect error. Tapi tengok jugak pada jenis BIOS tu kan. 

Selain itu daripada BIOS ni lah korang boleh tukar/ tentukan boot order. Maksudnya korang boleh boot OS yang bukan dalam laptop, tapi OS di pendrive, usb dan sebagainya. 

Secara kesimpulannya, BIOS ni merupakan komponen penting yang perlu ada dalam komputer. Tanpa BIOS komputer takleh boot. Maksudnya tak leh la on dan running os dalam tu dan sebagainya.

Okay, setakat ini sahaja kowt pengenalan ringkas saya tentang apa itu Bios. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada yang memerlukan & menambah ilmu anda sekalian. Terima kasih sudi baca. 
sumber gambar : howtogeek


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda