Facebook Page

Tuesday, 1 November 2016

Samyang Spicy Ramen Betul ke Pedas?

Assalamualaikum & Hi!



Finally dapat jugak merasa Samyang spicy ramen yang pernah trending sebelum ni. Lagi-lagi time orang semua dok buat challenge. Dengar je perkataan "pedas" time tu lagi dah rasa teruja nak beli. Tapi, bukanla sebab nak join challenge tu suma kendian nak post kat utube, ig bagai. Tidak. Tidak sama sekali. Lebih pada nak uji kemampuan diri yang sememangnya sukakan makanan pedas.


 So far tahap kepedasan kita ni if makan sesudu nasi bersama sebijik cili padi adalah kebiasaan dan menjadi penambah selera. So yela nak tahu jugak betui ka pedas sangat seperti yang diviralkan & mampu ke tak tahan kepedasan samyang ramen ni.


Tapi, nak cari kat market berdekatan memang sangatlah susah, cepat je abes. Yelah benda tengah hot kan time tu. Then, fikir takpalah nanti-nanti jelah beli, tunggu sampai dah suam-suam kuku, nampak stock kat mana2 market, baru beli. hahaha. 

So, finally. Jumpa jugak ;D 





Disebabkan saya memang nak uji kemampuan diri, so memang pakai satu bungkusan samyang tu, then letak dia punya paste sampai habis+gaul2 sampai rata.

Mula-mula kunyah memang tak rasa apa. Masuk suap ke dua, ketiga, still rasa macam maggi goreng biasa. Masuk suap seterusnya, barulah terasa berangin-angin sikit. Tapi, still boleh tahan & makan macam biasa. Time tu sambil kunyah sambil fikir "Betui ka ni yang orang dok khabar paling pedas kat dunia? hmmm..."

Tiada niatla nak brag ke apa ke kan.. Tapi,  pernah rasa yang jauh lebih pedas dari ini, iaitu belacan mak usu kita ;D Kalau makan memang berasap telinga dibuatnya+ tak senang duduk

Last2 sebab bosan makan kosong camtu je, lagi-lagi portion dia memang besar, so sempatla pegi goreng telur jap sambil campak kepingan cheese atas telur lalu makan dengan ramen ni. Siyesly dap. hehe

So overall samyang Spicy Ramen ni memang tak lah pedas mana bagi kita. hihi. Anda pulak bagaimana? Ada yang sama tekak dengan kita tak? ;D kekeke

Wokay, sekian ;D


18 comments:

  1. kite tak pernah pun makan ramen ni walaupun minat korea sunguh sebabnya tak tahan pedas haha. kalau ginila ceritanya boleh la makan lepas ni :p

    ReplyDelete
  2. Pada kakak pun bukan pedas tapi pijar tu yg terasa kat bibir
    Kalau dalam mulut rasa kakak cili padi lagi pedas kan.

    ReplyDelete
  3. tak pernah try lagi...nanti nak.cuba lah...terliur bila ckp letak telur bagai...yummm

    ReplyDelete
  4. Belum pernah rasa lagi ni sis..adik akak dah pernah mkn..katanya pedas jgk.. hehe.. sini susah nak carik, tu yg belum jumpa2 lagi...

    ReplyDelete
  5. makan sehelai dah pedas gila... memeang takkkk la beli lagi..

    ReplyDelete
  6. cili padi pedas lg TT_TT , tpi ramen boleh buat air mata keluar la jugak

    ReplyDelete
  7. tak pnh rasa lagi... dan x penah dgr lagi org kata tak pedas.. hahahaha

    ReplyDelete
  8. Setuju takdelah pedas sangat.
    Pernah makan pecal yang lagi pedas dari spicy ramen tu.

    ReplyDelete
  9. Nak kata pedas, takde la pedas sangat. Nak kata tak pedas, tipu la. Haha so 50 50. Sakit gak la bibir kita ni.

    ReplyDelete
  10. tak pernah rasa. and serammm nak rasaaaa

    hahaha

    ReplyDelete
  11. hahaha... tu la org duk kata tak pedas dorg ckp pedas... tak taw la..
    kena buh cili padi bnyk sikit tu nad baru rasa pedas..
    cicah petai dgn sambal belacan pun sedap ooo.. :D

    ReplyDelete
  12. pedas dy xda lah pedas yang melampau still boleh habiskan tapi lambat sikit laa... hehe

    ReplyDelete
  13. Sama laa...baru je dapat rasa last few weeks... Rasa dia sedappp...tapi kita x tahan pedas..maggie kari biasa pun letak sparuh je perencah.. makan ramen ni..rasa mcm berapi perut..hehe

    ReplyDelete
  14. tak pernah try ramen ni lagi... =) sis mmg jenis tak tahan pedas sgt. pedih perut dan blh cherry berry. jadi takpela sis tgk org makan je! heheeh

    ReplyDelete
  15. Macam kata kak zakie, rasa pijar aje dlm mulut tu. Sempat jugaklah berair hidung.

    ReplyDelete
  16. ternanti2 entry terbaru..follow u dear

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...